Love isn't something you find. Love is something that finds you.


22 January, 2011

Sekudus Doa...


PROLOG

   Ammar senyap.Dia menundukkan kepala.Debaran di dada kian meninggi.Kaki dan lututnya menggeletar dengan sendiri.Sambil menarik nafas dalam-dalam dia mengangkat wajahnya.Mardhiah di renungnya.Tetapi gadis itu masih menundukkan wajahnya.Seketika gadis itu mengangkat wajah.Muammar terpana.Mata mereka bertemu.Tetapi kelihatan di wajah Mardhiah suram.Air bertakung di kelopak matanya.Jiwa Ammar gelisah.Resah menunggu kebisuan gadis di hadapannya itu.

“Saya setuju..”bisik Mardhiah lalu air matanya tumpah.Mengalir jernih di pipinya.Itu sahaja yang mampu di ucapkannya tika itu.Lidahnya kelu untuk menutur kata yang seterusnya.Hatinya sebak.Dia cukup terharu tika itu.

“Alhamdulillah..Mengapa Mar menangis?”Ammar bertanya meminta kepastian.Cuba mengawal emosi.Dia terasa melayang tika itu.Terasa dirinya cukup ringan.Setelah sekian lama dia memendam perasaan dan menanti jawapan dari Mardhiah,akhirnya Allah sudah membuka pintu hatinya.Allah sudah memakbulkan doanya.Syukur!

“Orang perempuan Ammar..jiwanya halus..sensitif..Ammar,akak terharu dengan cara kamu melamar Mardhiah tadi..”Umairah muncul sambil memeluk Mardhiah.Mardhiah tersenyum.Air matanya sudah di kesat siap-siap sebaik Ammar bertanya tadi.Dia terasa segan berdiri di hadapan lelaki itu.Lelaki itu seraya menundukkan wajahnya.Mungkin cuba menutup rasa malu yang bermukim di hati.

“Ya lah Ammar..abang ingat Ammar ni seorang yang pemalu..tapi tak sangka Ammar boleh buat Mardhiah menangis..Abang tabik la!”Mustaqim menepuk bahu adiknya itu.Rasa sedikit bangga dengan adiknya itu.Rasa bersyukur kerana Mardhiah akan menjadi adik iparnya.Muammar terus-terusan mengucap syukur dalam hati.Tiba-tiba dia membisu dengan kehadiran abang dan kakaknya.Dalam hatinya sedikit geram apabila mereka berdua mencuri dengar perbualan antaranya dan Mardhiah.

BAB 1

   Suasana dalam tingkatan 4 Sains Agama sunyi sepi.Semua pelajar kelihatan sibuk menyalin sesuatu di buku tulis.Mata pelajaran Syariah berlangsung dalam suasana aman.Ustazah Salehah masih sibuk mencatat beberapa potong ayat  Quran di papan tulis.Barangkali suasana yang masih awal pagi membuatkan para pelajar bersemangat untuk memulakan pembelajaran. Tambahan pula sekolah baru dibuka dua minggu.Semangat untuk kembali ke sekolah masih segar lagi dalam kalangan para pelajar.Selalunya kelas mereka akan tamat sehingga pukul tiga petang.Usai melepasi angka dua belas tengah hari,pasti para pelajar mula kehilangan semangat. 

   Tiba-tiba pintu kelas diketuk.Semua mata tertumpu pada pintu kelas.Kelihatan seorang kerani sekolah dan seorang pelajar lelaki di sebelahnya.Ustazah Salehah menutup marker pen dan meletakkan di atas meja.Sambil tersenyum dia menuju ke luar kelas.Para pelajar mula membuat bising.Kelas 4SA menjadi gamat untuk seketika.Masing-masing berpandangan dan berbicara antara satu sama lain.Ada tawa kedengaran di kalangan pelajar lelaki.Entah apa yang melucukan sangat pun tidak diketahui.Manakala pelajar perempuan sibuk berbisik sesama sendiri.

    Seorang pelajar lelaki masuk sambil tertunduk malu.Segera mengambil tempat duduk di hadapan.Pelajar lelaki mula beramah mesra.Pelajar perempuan pula ada yang tersenyum sipu.Ustazah Solehah masih sibuk berbincang dengan kerani sekolah di luar kelas.Sesekali dia memberi isyarat menyuruh para pelajar supaya senyap sedikit.Kelas semakin terkawal apabila ketua kelas pula memberi isyarat supaya kelas senyap.Beberapa minit kemudian,Ustazah Salehah masuk ke kelas.Kelas menjadi sunyi sepi semula.

“Baiklah semua,seperti yang kamu lihat kita ada pelajar baru.Namanya Amirul Naim bin Ahmad Nasir..Dari Sekolah Agama Tafiz Darul Fatah..Selamat datang ke kelas 4SA..”Jelas Ustazah Solehah penuh lemah lembut.Tiba-tiba seorang pelajar wanita mengangkat tangan.Keadaan menjadi sedikit riuh dengan usikan terutama dari pelajar lelaki.

“Err..kita semua nak panggil pelajar baru dengan panggilan apa?Amirul atau Naim?”Soal Mawardah yang duduk betul-betul di hadapan Ustazah Solehah.Hafiz yang kebetulan duduk berhampiran pelajar baru itu mengulang soalan Mawardah apabila Amirul Naim tidak menjawab soalan yang ditanya.

“Apa-apa pun boleh..Tapi biasa orang panggil Naim saja..”Jawab Amirul Naim sambil menunduk kepala.Mungkin masih kekok berada di kelas tersebut.Almaklumlah semasa di sekolah lamanya dahulu semua pelajar terdiri daripada lelaki,tetapi kini dia terpaksa berhadapan dengan pelajar perempuan dalam satu kelas.Bukan sedikit saja bilangannya,tetapi lebih dari separuh pelajar dalam kelas tersebut terdiri daripada pelajar perempuan.Debar di dada ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Ustazah Salehah menyuruh Amirul Naim duduk.Kemudian memandang pelajar-pelajarnya.“Terima kasih Naim..Mungkin hari ini hari bertuah kamu semua,sebab kamu bukan sahaja menerima Naim sebagai ahli baru dalam kelas ini tetapi ustazah dapat makluman ada seorang lagi pelajar baru yang akan masuk ke dalam kelas ini..”Berhati-hati Ustazah Salehah menuturkan kata.Kelas yang sunyi jadi gamat semula.
“Siapa ustazah?”

“Lelaki atau perempuan?”

“Kamu akan tahu sebentar lagi..”ujar Ustazah Salehah mengakhiri kelas pada hari itu.Para pelajar bangun dan mengucapkan terima kasih dengan perasaan tanda tanya.Kelas riuh kembali apabila Ustazah Salehah keluar dari kelas.

* * *
     Mardhiah memegang tangan Pn. Salwa erat-erat.Mukanya sedikit gusar.
“Umi..betul ke keputusan Mar ni?”Soal Mardhiah seketika.Ibunya memandang wajah anaknya dalam-dalam.Cuba menyelami perasaan anaknya.Dia tahu anaknya itu masih keliru dalam membuat keputusan.Tapi saat ini itu sahaja jalan yang dirasakan terbaik untuk anak gadisnya itu.

“Umi yakin..apapun kita cuba dulu,ya?Kalau Mar rasa tak okay,bagitau umi..”Pn. Salwa cuba meyakinkan Mardhiah.Sedaya upaya dia meniupkan semangat dalam diri Mardhiah..Dia tahu anaknya itu seorang yang lemah semangat dan mudah berputus asa.Jadi dia yang terpaksa membuat keputusan untuk Mardhiah.Dan Mardhiah menurut dalam terpaksa.

“Mar takut la..Takut tak biasa..Ini sekolah menengah biasa,tak sama dengan sekolah Mar dulu..”Mardhiah meluahkan kebimbangannya.Tika itu dia terasa ingin berlari pulang ke rumah dan tak mahu jejak ke sekolah lagi.Seluruh badan berasa tidak selesa.

“Kan Umi ada?Umi mahu Mar ada di rumah,supaya umi boleh tolong Mar..jangan risaulah..mari umi hantar sampai depan pintu kelas..”Ujar Pn. Salwa lalu menarik tangan Mardhiah ke kelas yang ditunjukkan.Mardhiah akur walaupun tidak rela dengan keputusan ibunya.

     Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim,Mardhiah menuju ke kelas 4SA.Salam diberi.Seorang lelaki berkopiah keluar dari kelas.Pada tag namanya tertulis nama Hamzah.Ustaz Hamzah mempersilakan Mardhiah masuk ke kelas.Usai bersalaman dengan Pn. Salwa,uminya terus pulang ke rumah.Rasa berat mahu melepaskan uminya.Mahu sahaja Mardhiah menyuruh uminya menanti di luar sehingga dia habis kelas.Mardhiah begitu takut menghadapi hari ini.

* * *
     Suasana dalam kelas itu sunyi sepi.Hanya Mardhiah dan seorang pelajar lelaki yang berdiri di meja masing-masing,manakala pelajar lain duduk.

“Sila perkenalkan diri anti kepada semua dan jelaskan mengapa anti berpindah ke sini?”Soal Ustaz Hamzah penuh lemah lembut tetapi tegas.

“Assalamualaikum..Nama ana Siti Nur Mardhiah bt Mohd Amin..Dulu ana bersekolah di sekolah agama berasrama penuh di Kulim.Ana pindah ke sini sebab ana ingin ambil matapelajaran Sains dan dalam masa yang sama Ana nak terus belajar Bahasa Arab memandangkan sudah tiga tahun ana belajar subjek itu di sekolah lama dulu..Sebab itu ana memilih kelas ini kerana ia bersesuaian dengan apa yang ana inginkan..”Tutur Mardhiah perlahan.Sedikit teragagap.Serasanya, tidak semua pelajar dapat mendengar suaranya itu. Ustaz Hamzah menganggukkan kepala.

“Kenapa?Di sana tiada pekej seperti ini ke?”Soal Ustaz Hamzah lagi.Mardhiah menelan air liur.Ustaz ni belum lihat keputusan peperiksaan penilaian menengah rendah aku ke? Aku tidak layak menyambung pengajian di situ kerana aku tidak melepasi tahap keputusan yang dimahukan.Sekiranya aku ingin terus belajar di sekolah yang hebat itu,aku harus membuat rayuan terlebih dahulu. Hati Mardhiah berbisik.

“Bukan tidak ada..tapi berdasarkan result ana,ana akan dimasukkan ke kelas tsanawi dan ana tidak layak mengambil subjek sains..”Jelas Mardhiah lagi.Tubuhnya terasa berpeluh sedikit.Ustaz Hamzah mengangguk lagi tanda memahami.Mardhiah menanti lagi soalan yang bakal ditanya oleh Ustaz Hamzah seterusnya.Usai mengucapkan terima kasih,Ustaz Hamzah menyuruh Mardhiah duduk.Mardhiah menarik nafaz lega.Kini giliran seorang lagi pelajar baru lelaki yang di soal siasat oleh Ustaz Hamzah.

“Baiklah pelajar semua..Alhamdulillah,kita sudah betaaruf dengan dua orang ahli baru kita iaitu Amirul Naim dan Siti Nur Mardhiah..Ustaz harap,kamu semua akan membantu mereka berdua jika mereka mempunyai masalah nanti..Ingat,Mardhiah dan Naim apa-apa masalah jangan segan silu bertanya..Mereka semua sudah menjadi kawan baru kamu..Ambil masa untuk bertaaruf dengan kawan-kawan kamu dalam kelas ini,okay?Dan sekarang,siapkan kerja yang Ustaz berikan pada kamu..nanti Hakim kumpulkan,letak atas meja Ustaz ya..Ustaz ada kerja yang perlu di uruskan lagi..”jelas Ustaz Hamzah lalu terus ke mejanya menyambung kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.Kelas kembali sepi sehinggalah loceng rehat berbunyi.

* * *
      Kelas mulai lenggang.Pelajar lelaki semua menuju ke kantin.Mardhiah masih kekok disekolah barunya.Maklumlah hari pertama.Terasa dirinya selalu diperhatikan.Ramai yang mengajaknya makan tapi dia tidak terasa mahu ke kantin.Akhirnya dia duduk menyendiri di tempatnya.

“Assalamualaikum..masih kekok ya?”Seorang pelajar wanita menghampirinya.Dia tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah yang kosong.

“Waalaikumussalam..ya..emh,tak pergi rehat ke?’Mardhiah menjawab salam.Cuba untuk beramah mesra dengan kawan barunya itu.

“Tak..malas nak ke kantin..tapi dah pesan dekat yang lain,minta tolong belikan makanan..Kalau tak makan sekarang,perut akan lapar..”Sambil tersenyum,dia menjawab penuh semangat.

“Ye ke?Hari ni kelas habis pukul berapa?”Soal Mardhiah lagi.Rasa menyesal apabila tidak memesan makanan kepada beberapa orang yang menawarkan diri untuk membeli makanan tadi.

“Pukul tiga.Nah,ambil jadual ni dan salin..senang la nanti..”Dia terus bangun dan menuju ke mejanya lalu kembali dan menyerahkan sekeping kertas kepada Mardhiah.

“Oh..okay,thanks..emm..”Mardhiah cuba mengingat nama gadis di sebelahnya tapi seingatnya,dia belum memberitahu namanya.

“Eh lupa pula..Hana..Nurin Farhana..Selamat berkenalan!”Nurin Farhana baru tersedar,Segera dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.

“Selamat berkenalan,Hana..”Mardhiah menyambut tangan Hana.Tangan mereka bertaut.Jalinan persahabatan mulai terjalin.Serta merta Mardhiah teringat pada sahabat-sahabatnya di sekolah lamanya.Apa khabar kalian?Gesit hatinya.

“Okaylah,selalu-selalu lah tegur tau..aku duduk belakang..nanti apa-apahal tanya la aku..Aku nak sambung kerja ya..”Hana berlalu ke mejanya.Dia mula menyambung kerja sekolah yang belum disiapkan.

“Okay,baiklah..bye!”Jawab Mardhiah.Dia tersenyum.Gadis itu pasti akan menjadi sahabat baiknya.Dia terus menyambung menyalin jadual waktu yang diberi sebentar tadi dengan tekun.Seketika kemudian,loceng pertama berbunyi.Menandakan masa rehat hampir tamat.Suasana mulai riuh.Kelas yang lenggang,semakin penuh.Pembelajaran akan bermula.

Bersambung.... :)

No comments:

Post a Comment