Hari ini aku ingin berkongsi sesuatu mengenai cinta..Mesti sesiapa yang membaca akan terfikir aku sedang dilamun cintakan?Kalau anda mengikuti blog ini aku banyak menulis mengenai cinta sesama manusia yang berlandaskan syariat yang mana hubungan watak-watak dalam cerpen ini berakhir dengan perkahwinan yang bahagia..Happy ending gitu..
Terus terang aku katakan..bila berbicara soal cinta,aku tak paham..Apa itu cinta?Bagaimana bercinta?Mestikah semua orang akan mengalaminya?Pelbagai definisi yang diberikan oleh orang yang bijak pandai diluar sana tentang cinta..Cinta?Seronok ke?Aku ketawa geli hati..Membuang masa untuk mencari jawapan bagi persoalan cinta...aduh!
Kebiasaannya wanita lebih suka membaca novel berbanding lelaki..jarang sangat lelaki yang suka membaca novel..terutamanya novel cinta..Aku juga mungkin tak terlepas..Setakat membaca saja,aku bukanlah terlalu obses dengan novel cinta..Jiwangnya tahap entah apa-apa..Mungkin aku lebih berminat dengan novel yang berunsurkan islamik,lebih mendidik jiwa..
Wanita dan cinta tak boleh dipisahkan..Betul tak?Malu untuk mengakuinya?Jangan menafikannya..Kajian menunjukkan wanita lebih cenderung kepada cinta..Itu fitrah semulajadi insan yang bergelar wanita..Terasa ingin dikasihi,dibelai dan disayangi..terasa selamat dan dilindungi..Itulah kebahagian yang hakiki..Jadi walauapapun cinta tak boleh ditolak,juga tak boleh ditahan apatah lagi dipaksa..ia datang dan pergi tanpa kita pinta..Soal hati siapa yang tahu?
Cinta atau suka?Sama atau serupa?eh,silap!cinta dan suka lain.Kalau cinta sudah semestinya kita suka..tapi kalau suka tak semestinya kita cinta..betul tak?Cinta bahagia atau sengsara?Jawapannya dua-dua.Mana ada orang yang bercinta bahagia..Nampak saja bahagia tapi dalam hati masing-masing siapa yang tahu..Selalunya orang percaya cinta Allah cinta hakiki..tapi kenapa tak buat?Sibuk mengejar cinta manusia,akhirnya cinta kepada Allah di abaikan..Mahukan cinta yang sempurna tapi cinta manusia itu tidak sempurna..Percayalah..
Bukannya menghalang untuk bercinta tapi percayalah kenikmatanya cuma sementara..Gapailah cinta Allah terlebih dahulu sebelum gapai cinta manusia..Cinta itu usah difikirkan sangat..pujuklah Allah supaya memberi pasangan yang terbaik buat kita..Kita tidak sempurna..dia juga tak sempurna.Apabila tiba masanya,terimalah sesiapa saja yang telah tertulis untuk bersama kita.Bila cinta Allah dalam genggaman..cinta manusia pasti dalam pegangan..Sama-sama kita berdoa dari sekarang..:
22 January, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment