Suatu hari ketika Imam Abu Hanifah sedang berjalan-jalan melalui sebuah rumah yang jendelanya masih terbuka, terdengar oleh beliau suara orang yang mengeluh dan menangis tersedu-sedu."Aduhai, alangkah malangnya nasibku ini, agaknya tiada seorang pun yang lebih malang dari nasibku ini. Sejak dari pagi lagi belum datang sesuap nasi atau makanan pun di kerongkongku sehingga seluruh badanku menjadi lemah longlai. Oh Tuhan, manakah hati yang belas ikhsan yang sudi memberi curahan air walaupun setitik."
Mendengar keluhan itu, Abu Hanifah berasa sangat kasihan lalu beliau pun balik ke rumahnya dan mengambil bungkusan wang untuk diberikan kepada orang itu. Sebaik sahaja dia sampai ke rumah orang itu, dia terus melemparkan bungkusan yang berisi wang tersebut kepada si malang tadi lalu meneruskan perjalanannya. Apabila si malang membuka bungkusan tersebut, dia berasa terkejut setelah mendapati sebuah bungkusan yang tidak diketahui dari mana datangnya dan secebis kertas yang bertulis, " Hai manusia, sungguh tidak wajar kamu mengeluh sedemikian itu, kamu tidak pernah atau perlu mengeluh supaya diperuntungkan nasibmu. Ingatlah kepada kemurahan Allah s.w.t. dan cubalah bermohon kepada-Nya dengan bersungguh-sungguh. Jangan suka berputus asa, hai kawan, tetapi berusahalah terus."Begitulah yang tertulis di cebisan kertas itu.
Pada keesokan harinya, Imam Abu Hanifah melalui lagi rumah itu dan suara keluhan itu kedengaran lagi, "Ya Allah Tuhan Yang Maha Belas Kasihan dan Pemurah, sudilah kiranya memberikan bungkusan lain seperti kelmarin, sekadar untuk menyenangkan hidupku yang melarat ini. Sungguh jika Tuhan tidak beri, akan lebih sengsaralah hidupku, wahai untung nasibku." Mendengar keluhan itu lagi, maka Abu Hanifah pun lalu melemparkan lagi bungkusan berisi wang dan secebis kertas dari luar jendela itu, lalu dia pun meneruskan perjalanannya. Orang itu terlalu riang sebaik sahaja mendapat bungkusan itu. Lantas terus membukanya.
Seperti dahulu juga, di dalam bungkusan itu tetap ada cebisan kertas lalu dibacanya, "Hai kawan, bukan begitu cara bermohon, bukan demikian cara berikhtiar dan berusaha. Perbuatan demikian 'malas' namanya. Putus asa kepada kebenaran dan kekuasaan Allah s.w.t..Tuhan t melihat orang pemalas dan putus asa, enggan bekerja untuk keselamatan dirinya. Jangan….jangan berbuat demikian. Hendak senang mesti suka pada bekerja dan berusaha kerana kesenangan itu tidak mungkin datang sendiri tanpa dicari atau diusahakan. Orang hidup tidak perlu atau disuruh duduk diam tetapi harus bekerja dan berusaha. Allah s.w.t. tidak akan perkenankan permohonan orang yang malas bekerja. Allah s.w.t. tidak akan mengkabulkan doa orang yang berputus asa. Sebab itu, carilah pekerjaan yang halal untuk kesenangan dirimu. Berikhtiarlah sedapat mungkin dengan pertolongan Allah s.w.t.. Insya Allah, akan dapat juga pekerjaan itu selama kamu tidak berputus asa. Nah…carilah segera pekerjaan, saya doakan lekas berjaya."
Setelah habis membaca cebisan kertas tersebut,barulah dia tersedar akan kesilapannya.Selama ini dia tidak berusaha langsung untuk mencari rezeki.Dia hanya menunggu pertolongan Allah tiba.Dia merasa menyesal atas perbuatannya.Akhirnya dia keluar dari rumahnya dan mencari pekerjaan.
30 January, 2011
Wali Allah bersolat atas air.
Sebuah kapal yang sarat dengan muatan dan bersama 200 orang termasuk ahli perniagaan berlepas dari sebuah pelabuhan di Mesir. Apabila kapal itu berada di tengah lautan maka datanglah ribut petir dengan ombak yang kuat membuat kapal itu terumbang-ambing dan hampir tenggelam. Berbagai usaha dibuat untuk mengelakkan kapal itu dipukul ombak ribut, namun semua usaha mereka sia-sia sahaja. Kesemua orang yang berada di atas kapal itu sangat cemas dan menunggu apa yang akan terjadi pada kapal dan diri mereka.
Ketika semua orang berada dalam keadaan cemas, terdapat seorang lelaki yang sedikitpun tidak merasa cemas. Dia kelihatan tenang sambil berzikir kepada Allah s.w.t.. Kemudian lelaki itu turun dari kapal yang sedang terunbang-ambing dan berjalanlah dia di atas air dan mengerjakan solat di atas air. Beberapa orang peniaga yang bersama-sama dia dalam kapal itu melihat lelaki yang berjalan di atas air dan dia berkata, Wahai wali Allah, tolonglah kami. Janganlah tinggalkan kami!" Lelaki itu tidak memandang ke arah orang yang memanggilnya. Para peniaga itu memanggil lagi, "Wahai wali Allah, tolonglah kami. Jangan tinggalkan kami!"
Kemudian lelaki itu menoleh ke arah orang yang memanggilnya dengan berkata, "Apa hal?" Seolah-olah lelaki itu tidak mengetahui apa-apa. Peniaga itu berkata, "Wahai wali Allah, tidakkah kamu hendak mengambil berat tentang kapal yang hampir tenggelam ini?" Wali itu berkata, "Dekatkan dirimu kepada Allah s.w.t.." Para penumpang itu berkata, "Apa yang mesti kami buat?" Wali Allah itu berkata, "Tinggalkan semua hartamu, jiwamu akan selamat." Kesemua mereka sanggup meninggalkan harta mereka. Asalkan jiwa mereka selamat. Kemudian mereka berkata, "Wahai wali Allah, kami akan membuang semua harta kami asalkan jiwa kami semua selamat."
Wali Allah itu berkata lagi, "Turunlah kamu semua ke atas air dengan membaca Bismillah." Dengan membaca Bismillah, maka turunlah seorang demi seorang ke atas air dan berjalan menghampiri waliAllah yang sedang duduk di atas air sambil berzikir. Tidak berapa lama kemudian, kapal yang mengandungi muatan beratus ribu ringgit itu pun tenggelam ke dasar laut.
Habislah kesemua barang-barang perniagaan yang mahal-mahal terbenam ke laut. Para penumpang tidak tahu apa yang hendak dibuat, mereka berdiri di atas air sambil melihat kapal yang tenggelam itu.
Salah seorang daripada peniaga itu berkata lagi, "Siapakah kamu wahai wali Allah?" Wali Allah itu berkata, "Saya ialah Awais Al-Qarni." Peniaga itu berkata lagi, "Wahai wali Allah, sesungguhnya di dalam kapal yang tenggelam itu terdapat harta fakir-miskin Madinah yang dihantar oleh seorang jutawan Mesir." Wali Allah berkata, "Sekiranya Allah s.w.t. kembalikan semua harta kamu, adakah kamu betul-betul akan membahagikannya kepada orang-orang miskin di Madinah?" Peniaga itu berkata, "Betul, saya tidak akan menipu, ya wali Allah."
Setelah wali itu mendengar pengakuan dari peniaga itu, maka dia pun mengerjakan solat dua rakaat di atas air, kemudian dia memohon kepada Allah s.w.t. agar kapal itu ditimbulkan semula bersama-sama hartanya. Tidak berapa lama kemudian, kapal itu timbul sedikit demi sedikit sehingga terapung di atas air. Kesemua barang perniagaan dan lain-lain tetap seperti asal. Tiada yang kurang. Setelah itu dinaikkan kesemua penumpang ke atas kapal itu dan meneruskan pelayaran ke tempat yang dituju. Apabila sampai di Madinah, peniaga yang berjanji dengan wali Allah itu terus menunaikan janjinya dengan membahagikan harta kepada semua fakir miskin di Madinah sehingga tiada seorang pun yang tertinggal

Riak
Kita sebagai manusia biasa tidak lari dari perasaan riak,takbur,sombong dan sebagainya.Bukan kita hendak tapi ianya datang dengan sendiri tanpa kita sedari.Cuba lihat tanda-tanda riak di sebelah.Agak-agak pernah tak terjadi kepada kita?Sama-samalah kita renungkan.Tepuk dada,tanyalah iman!
Riak ini diibaratkan seperti semut hitam yang berjalan di atas batu hitam.Batu hitam itu ibarat hati kita.Ia tidak dapat dilihat tapi dapat dirasai.Ia sangat berbahaya..Sifat riak termasuk dalam nafsu lawammah.Iaitu apabila kita membuat kebaikan dan beribadah kepada Allah,kita akan rasa seolah-olah kita ini sudah cukup baik dan pasti akan masuk syurga.Orang yang mempunyai nafsu lawamah ini tidak sedar akan kelemahan diri.Mereka tenggelam dalam pujian dan sanjungan.Nauzubillah,jauhkan hambamu ini dari sifat-sifat itu!
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:"Ya Syidad, aku menangis kerana khuatir terhadap umatku akan perbuatan syirik, ketahuilah bahawa mereka itu tidak menyembah berhala tetapi mereka berlaku riak dengan amalan perbuatan mereka."
Rasulullah s.a.w. bersabda lagi, "Para malaikat penjaga akan naik membawa amal perbuatan para hamba dari puasanya, solatnya, dermanya dan sebagainya. Para malaikat itu mempunyai suara seperti suara lebah dan mempunyai sinar matahari dan bersama mereka itu 3,000 malaikat dan mereka membawa ke langit ketujuh."
Malaikat yang diserah ke langit berkata kepada para malaikat penjaga, "Berdirilah kamu semua dan pukulkanlah amal perbuatan ini ke muka pemiliknya dan semua anggotanya dan tutuplah hatinya, sungguh saya menghalangi sampainya kepada Tuhan saya setiap amal perbuatan yang tidak dikehendaki untuk Tuhan selain daripada Allah (membuat sesuatu amal bukan kerana Allah s.w.t.)." "Berlaku riak di kalangan ahli fiqh adalah kerana inginkan ketinggian supaya mereka menjadi sebutan. Di kalangan para ulama pula untuk menjadi popular di kota dan di kalangan umum. Allah s.w.t. telah memerintahkan agar saya tidak membiarkan amalnya melewati saya akan sampai selain kepada saya."
Begitulah kata-kata Allah buat mereka yang bersikap riak.Dan begitu jelas kerisauan baginda terhadap kita semua sehingga menitis air mata baginda.Walaupan kita tidak lagi menyembah berhala namun kita pasti akan didatangi oleh satu perasaan yang dipanggil riak.Kalau tidak dikawal,maka rosaklah iman kita,kawan-kawan..Marilah sama-sama kita berdoa semoga Allah memelihara iman dan tauhid kita.Ya Allah,jauhkanlah hambamu ini dari sifat riak,sombong dan takbur!Amin..

26 January, 2011
Suara Hati..
Duhai muslimin,
Kami mendambakan seorang lelaki yang soleh untuk memimpin kami,tapi dimanakah Engkau,wahai ikhwan sekalian?Kami takut!Kami bimbang!Kami ini lemah..Kami ini tak kuat..Kami tak mampu untuk berhadapan dengan mehnah dunia sendirian..Jangan lagi ambil kesempatan atas kelemahan kami ini..Kami dah cuba untuk menjaga diri kami tapi kalian masih tak mampu lindungi kami..Kalian biarkan kami berjuang sendirian!
Duhai muslimin,
Tolong jangan salahkan kami..Kami perlukan bimbingan dan pimpinan dari kalian supaya kami dapat memelihara diri kami,iman kami dan mata hati kami..Pada kalian kami mengharap..bantulah kami..Kami ingin menjadi bidadari kalian di syurga nanti.Kami perlukan muslimim yang sudi berjihad bersama kami..Jihad apa?Tentulah jihad melawan nafsu..
Aduhai muslimah sekalian,
Maafkan kami..Kami tak kemana-mana..Kami ada di sini..Sedang membina sahsiah kepimpinan kami untuk membimbing kalian...Kami mohon sabarlah dan tetaplah bertahan walau apa jua yang datang kerana satu saat nanti akan kami ambil kalian menjadi yang halal buat kami!
Aduhai muslimah sekelian,
Tolonglah jaga aurat kalian..Jangan biarkan kecantikan dan keindahan diri kalian dilihat oleh kami..Jangan biarkan kelembutan dan kesopanan kalian menggoda kami..Kami bimbang kami tak kuat untuk menghadapinya..Kami sedih..Kami sayangkan kalian..
Itulah antara luahan hati para wanita dan lelaki yang solehin dan mukminin..Sentiasa berusaha menjaga hati dan iman mereka..Marilah sama-sama kita muhasabah diri kita semula..Apa saja yang kita lakukan perlulah ada hubungannya dengan Allah..Kerana dia meyediakan yang terbaik buat hamba-hambanya yang beriman..Fikirlah jika kita melebihkan dunia apakah diakhirat nanti kita akan dilebihkan?Tepuk dada tanyalah iman!
Hayati lirik lagu di bawah ini dan cuba bayangkan sekiranya itu suara hati seorang muslim yang soleh dan mukmin yang menginginkan seorang muslimah solehah dan mukminah..Sesungguhnya,muslimah solehah itu cukup indah..Mereka menjadi dambaan buat lelaki-lelaki soleh..Semoga kita semua tergolong dalam kalangan yang indah di mata mereka..Insya-Allah!
Tak pernah aku menjauh darimu
Meninggalkan cinta kita
Tak pernah aku meluka hatimu
Perasaan dan jiwamu
Segalanya telah ku serah
Hanya engkau terindah
Chorus
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi
Tiada yang lain selain dirimu
Kekal tinggi di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Yang secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu
Rasa ini untukmu
Ulang Chorus 3X
Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan ‘tuk dicintai
(Perhatian:Tutup lagu di sidebar dulu sebelum tekan bawah untuk mendengar ya..)
Dewasakah aku?
Salam pengenalan buat semua..
Jam yang kukunci pada handset menunjukkan lagi 20 minit ke pukul 5 pagi.Ku mengintai ibu yang tidur lena disisiku.Kasihan,tentu ibu melalui hari yang cukup memenatkan.Aku ingin sekali membangunkan ibu namun ku tak sampai hati untuk melakukannya.Lantas ku biarkan saja ibu terus lena diulit mimpi.Aku bangun dari katil perlahan-lahan dan menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.Seusai mengambil wuduk,aku membentangkan tikar sejadah dan mula menunaikan solat tahajud dua rakaat diikuti solat hajat.Seketika aku duduk sambil terus berzikir dan memuhasabah diriku..
Pagi yang sunyi dan syahdu.Hatiku berbisik.Sudah dewasakah aku?Sedikit demi sedikit aku membuka fail memori yang tersimpan rapi dalam kotak ingatan.Kenangan di alam persekolahan masih belum dijangkiti virus.Satu persatu kisah suka dukaku terpapar jelas di skrin mataku.Air mataku menitis.Sungguh,aku merindui kenangan itu!Kalaulah diberi peluang sekali lagi untuk kembali ke masa lalu,akan kujadikan ia lebih bermakna lagi.Namun,semua itu telah berlalu..Hidup perlu diteruskan.
Di sekolah aku banyak menuntut ilmu dan mencari pengalaman.Bagai belum cukup rasanya.Aku dapat rasai perubahan pada diriku terutama dari segi pemikiran dan pembawakan diri.Aku mampu melontarkan idea dan pendapat yang bernas.Aku lebih banyak berdiam dari berbicara.Aku memerhati dari mata hati.Dari zaman kanak-kanak sehingga kini,kurasai satu perubahan yang cukup besar.Aku sudah dewasa!Oleh itu aku harus berfikiran matang,optimistik,kaliber,berani dan berjiwa besar!Tapi,mampukah aku?
Ku rasakan diriku begitu kerdil dan miliki banyak kelemahan.Kadang-kadang aku seperti tewas dan mengalah.Namun seperti ada satu bisikan yang mengasak jiwaku untuk bersabar dan terus bersabar.Kejayaan tidak datang dengan mudah.Harus melalui kesukaran dan mungkin juga kegagalan.Aku seharusnya tidak membiarkan diriku terus jatuh menangisi kegagalan yang bertandang tak putus-putus.Aku harus kuat melawannya.Bangkit,fathin..ini suatu mujahiddah!
Azan subuh berkumandang.Aku terleka seketika.Ibu memanggil aku dan adik-adik berjemaaah bersama-sama.Aku bulatkan tekad,biar rebah di medan jihad jangan rebah di medan maksiat!

24 January, 2011
Aku cuma musafir!
Hari ini aku bersiap-siap untuk menghadiri kenduri di rumah mak ngah inah. Kak Nora,sepupuku akan berkahwin pada hari ini.Aku menyarung baju kurung moden bewarna purple pada tubuhku dan dipadankan dengan tudung labuh yang sewarna dengannya.Aku merias sedikit wajahku dengan menyapu calitan krim 'UV' diwajah dan meratakannya dengan bedak wangi.Tujuannya supaya wajahku yang cukup sensitif dengan sinaran UV dapat dilindungi.Akhir sekali aku menyapu lip balm dibibirku supaya bibirku tidak nampak kering mahupun pucat.Tabarruj yang tidak berlebihan dibenarkan dalam Islam asalkan tidak berniat kearah kemaksiatan.Aku berpegang pada sabda Rasulullah SAW,"Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia menyukai kecantikan.."
Dua orang adik kecilku,Ihsan yang berumur 12 tahun dan Aiman yang berumur 9 tahun baru pulang dari pusat tahfiz.Sungguh,aku amat merindui kalian!Bagaimana dengan hafazan adik-adik?Aku tersenyum melihat mereka pulang dengan berpakaian jubah dan serban bewarna putih.Kalian berdua sungguh comel sekali.Kaklong betul-betul gembira.Dan tentu yang paling gembira sekali adalah ibu.Teruskan usaha dan jangan putus asa!Banggakan kaklong,ya sayang.
Mereka berdua tidak mengikut kami semua ke kenduri memandangkan mereka sudah makan.Adikku,Asyraf yang memandu kelihatan begitu tekun sekali.Disebelahnya kelihatan ayahku sedang membaca surat khabar.Dan aku bersama ibu,adikku yang ketiga,Ridha dan satu-satunya adik perempuanku,Farahin yang mesra kupanggil kakcik.Kami terpaksa berhimpit dibelakang buat sementara waktu sehingga tiba ke destinasi.
Kami tiba setelah lebih kurang 40 minit perjalanan.Perut sudah mula berkeroncong minta diisi.Nasi minyak,gulai daging,ayam masak kari dan air asam.Nampak simple tapi setelah merasainya,kurasakan inilah masakan kenduri yang paling sedap pernah kumakan.Buat pertama kalinya dalam sejarah aku minta ditambah nasi.Kelakar betul!Rupanya bukan aku seorang saja yang merasa begitu.Ibu,adik dan mak cik-makcikku semua memuji hidangan tersebut.Begitu juga pencuci mulut yang disediakan iaitu bubur kacang kegemaranku!Syukur Alhamdulillah atas rezeki yang Allah kurniakan..Lagu MaherZain yang dipasang menjadi hiburan.Aku sangat meminati beliau!
Selesai makan aku masuk kedalam rumah.Kawasan hadapan penuh dengan tetamu yang hadir mengadap mahligai persandingan untuk kedua mempelai yang dihias cukup indah.Tema merah putih menjadi pilihan.Aku bersalam dengan saudara-mara yang ada disitu.Tiba-tiba ada sesuatu yang menarik perhatianku.Sepupuku Ina yang tinggal jauh di Pahang,dan sebaya umur denganku kelihatan memegang seorang bayi kecil yang sangat comel.Dia menepuk-nepuk bayinya supaya tidur dalam kebisingan suasana.Meskipun sebaya umur tapi aku kurang rapat dengannya kerana terlalu jarang bertemu,kami berdua jadi segan untuk bertegur.Dia kahwin ketika aku masih belajar namun masih sempat menghabiskan SPM.Malah dia melangkah bendul abang dan kakaknya sendiri.Hebat betul!
Pada aku itu namanya JODOH.Allah menetapkan jodohnya sampai dahulu dari abang dan kakaknya.Melihatnya lantas mengingatkan aku pada kisah sahabatku,Izzah.Baru-baru ini dia menyatakan rasa gembira yang tidak terhingga kerana tidak lama lagi akan memperoleh anak saudara sulung dari abang ngah dan isterinya.Manakala kak longnya masih belum beroleh rezeki untuk menimang cahaya mata meskipun kakaknya itu kahwin dulu berbanding abang ngah dalam tahun yang sama.Apa yang menariknya,isteri abang ngah Izzah adalah sebaya dengannya.Dalam kata lain sebaya umurku juga!
Makin meniti hari makin kujumpa pelbagai ragam manusia.Aku sendiri tidak dapat menganggak bagaimana kesudahan hidupku.Yang pasti,itu semua urusan Al-Khaliq yang Maha Pencipta.Sesungguhnya hidup,mati,jodoh dan pertemuan semuanya rahsia Allah..Aku cuma seorang musafir!

23 January, 2011
Mimpi oh mimpi!
Anda percaya pada mimpi?Kata orang mimpi itu mainan tidur..Rasa-rasanya semua orang pernah melalui mimpi masing-masingkan..hmm..mimpi ni macam-macam.Ada yang merepek-repek dan tak masuk akal langsung..ada yang kelakar,ada juga yang menakutkan..ada yang sampai menangis mungkin mimpi itu mimpi yang menyedihkan sangat-sangat dan tak kurang mimpi yang menggembirakan sampai macam telenovela..bersambung-sambung..Apapun semua orang pernah bermimpi kan?Termasuklah diriku sendiri..
Mimpi aku baru-baru ni agar kelakar dan tak masuk akal..Tak perlulah aku ceritakan,kerana sememangnya tak ada kaitan langsung..Bila aku ceritakan semula perihal mimpi tersebut,adikku mentertawakan aku..Sebab aku menceritakannya dengan penuh semangat sekali agaknya..Apapun,selepas aku menceritakannya atau meluahkannya aku rasa lega dan puas..Kenapa ya?Aku pun terfikir-fikir.Lalu aku cuba mengkaji semula mengenai mimpi.
Pada pandangan aku,mimpi muncul dalam keadaan tidak sedar (tidur) dan pada saat fikiran berada di luar kendali akal sihat (di mana semua kesadaran itu didominasi oleh otak kiri). Mimpi merupakan sebahagian dari dunia kita yang lain.
Mimpi merupakan daya imaginasi otak atau alam bawah sedar kita, semua hal-hal dari yang wajar sampai yang aneh pun muncul, ataupun pengalaman-pengalaman masa lalu yang terakam di otak dapat terulang kembali dalam mimpi. Atau, ketika kita bangun kita masih "mengingat mimpi kita", Ini membuktikan bahawa bahagian alam sedar kita masih berhubungan dengan alam bawah sedar kita.
Menurut kajian biologi,jika kita masih boleh bermimpi menunjukkan fungsi otak kanan masih berjalan (daya imaginasi) dengan baik. Daya kreativiti dan imaginasi muncul dari otak kanan kita. Mimpi yang aneh, dahsyat, luar biasa, menunjukkan otak kita berdaya kreatif untuk menciptakan hal-hal yang unik .Tetapi, otak kanan boleh juga terpengaruh oleh otak kiri "yang mudah stress", dan bertukar menjadi mimpi buruk.
Setelah aku mengkaji serba sedikit,baru aku faham yang mimpi mengaplikasikan mood kita.Dalam mimpi yang aku alami,aku sedar..macam-macam mood aku ketika berada dalam mimpi seperti mood sedih,happy,marah,benci,suka,ingin tahu,ingin cuba dan macam-macam..Dan apabila aku menceritakan semula mimpi tersebut,aku membawa keluar sekali mood yang ada..Sebab itu aku rasa puas bila dapat luahkannya walaupun ia sekadar sebuah mainan tidur!
Dari situ aku faham,kehidupan yang kita lalui sehari-hari bukanlah sentiasa indah..apatah lagi jika kita bergaul dengan manusia dan berhadapan dengan pelbagai ragam manusia..Setiap manusia lain cara pembawakan diri..Bagi mereka yang suka mengekspresikan mood mereka,ia akan habis di situ saja.Contohnya,bila kita dalam keadaan marah,mood marah akan dikeluarkan seperti menengking dan sebagainya..begitu juga kalau kita sedih,kita akan menangis sehingga mengeluarkan air mata.Akhirnya ia akan segera kembali seperti biasa selepas mood tersebut ditonjolkan kepada orang yang terlibat.
Tetapi sebaliknya,bagi yang tidak mampu mengekpresikan atau melepaskan mood mereka kepada orang yang berkenaan,maknanya mereka jenis yang senyap dan bersabar saja,mereka akan memendam mood tersebut dalam fikiran mereka..Contohnya,bila mereka marahkan seseorang,mereka cuma bersabar dan memendam perasaan..Akibatnya,mereka mula rasa tertekan atau stress..Akhirnya,terbawa-bawa dalam mimpi..Kemudian mimipi tersebut akan mengaplikasi semula mood yang tidak berjaya dikeluarkan ketika di alam sedar..Sebab itu,sesudah bermimpi,seseorang itu rasa lega kerana mood tersebut telah berjaya dikeluarkan dari fikiran kita..lebih-lebih lagi kalau diluahkan pada mereka yang terlibat..Mungkin orang tersebut tidak akan tahu,jadi perkara yang buruk tak akan berlaku sebaliknya akan menjadi bahan ketawa pula,tak apalah janji kita juga tidak lagi stress.Betul tak?
Walauapapun,dalam kajian menujukkan mereka yang berjaya mengekspresikan mood mereka lebih maju dan berjaya..namun,bersabar itu lebih baik..itu yang dituntut dalam Islam kan?Cuma,bukan semua perkara kita perlu bersabar,ada masanya dan hendaklah kena pada tempatnya,okay!Apa yang penting..kita ikut apa yang terbaik untuk diri kita,ya..Ini adalah secebis coretan hidupku..Apa yang kufikirkan ku ingin kongsikan dengan semua supaya sama-sama kita renungkan dan selamat beramal!

22 January, 2011
Secebis cinta untuk dikongsi..
Hari ini aku ingin berkongsi sesuatu mengenai cinta..Mesti sesiapa yang membaca akan terfikir aku sedang dilamun cintakan?Kalau anda mengikuti blog ini aku banyak menulis mengenai cinta sesama manusia yang berlandaskan syariat yang mana hubungan watak-watak dalam cerpen ini berakhir dengan perkahwinan yang bahagia..Happy ending gitu..
Terus terang aku katakan..bila berbicara soal cinta,aku tak paham..Apa itu cinta?Bagaimana bercinta?Mestikah semua orang akan mengalaminya?Pelbagai definisi yang diberikan oleh orang yang bijak pandai diluar sana tentang cinta..Cinta?Seronok ke?Aku ketawa geli hati..Membuang masa untuk mencari jawapan bagi persoalan cinta...aduh!
Kebiasaannya wanita lebih suka membaca novel berbanding lelaki..jarang sangat lelaki yang suka membaca novel..terutamanya novel cinta..Aku juga mungkin tak terlepas..Setakat membaca saja,aku bukanlah terlalu obses dengan novel cinta..Jiwangnya tahap entah apa-apa..Mungkin aku lebih berminat dengan novel yang berunsurkan islamik,lebih mendidik jiwa..
Wanita dan cinta tak boleh dipisahkan..Betul tak?Malu untuk mengakuinya?Jangan menafikannya..Kajian menunjukkan wanita lebih cenderung kepada cinta..Itu fitrah semulajadi insan yang bergelar wanita..Terasa ingin dikasihi,dibelai dan disayangi..terasa selamat dan dilindungi..Itulah kebahagian yang hakiki..Jadi walauapapun cinta tak boleh ditolak,juga tak boleh ditahan apatah lagi dipaksa..ia datang dan pergi tanpa kita pinta..Soal hati siapa yang tahu?
Cinta atau suka?Sama atau serupa?eh,silap!cinta dan suka lain.Kalau cinta sudah semestinya kita suka..tapi kalau suka tak semestinya kita cinta..betul tak?Cinta bahagia atau sengsara?Jawapannya dua-dua.Mana ada orang yang bercinta bahagia..Nampak saja bahagia tapi dalam hati masing-masing siapa yang tahu..Selalunya orang percaya cinta Allah cinta hakiki..tapi kenapa tak buat?Sibuk mengejar cinta manusia,akhirnya cinta kepada Allah di abaikan..Mahukan cinta yang sempurna tapi cinta manusia itu tidak sempurna..Percayalah..
Bukannya menghalang untuk bercinta tapi percayalah kenikmatanya cuma sementara..Gapailah cinta Allah terlebih dahulu sebelum gapai cinta manusia..Cinta itu usah difikirkan sangat..pujuklah Allah supaya memberi pasangan yang terbaik buat kita..Kita tidak sempurna..dia juga tak sempurna.Apabila tiba masanya,terimalah sesiapa saja yang telah tertulis untuk bersama kita.Bila cinta Allah dalam genggaman..cinta manusia pasti dalam pegangan..Sama-sama kita berdoa dari sekarang..:

Sekudus Doa...
PROLOG
Ammar senyap.Dia menundukkan kepala.Debaran di dada kian meninggi.Kaki dan lututnya menggeletar dengan sendiri.Sambil menarik nafas dalam-dalam dia mengangkat wajahnya.Mardhiah di renungnya.Tetapi gadis itu masih menundukkan wajahnya.Seketika gadis itu mengangkat wajah.Muammar terpana.Mata mereka bertemu.Tetapi kelihatan di wajah Mardhiah suram.Air bertakung di kelopak matanya.Jiwa Ammar gelisah.Resah menunggu kebisuan gadis di hadapannya itu.
“Saya setuju..”bisik Mardhiah lalu air matanya tumpah.Mengalir jernih di pipinya.Itu sahaja yang mampu di ucapkannya tika itu.Lidahnya kelu untuk menutur kata yang seterusnya.Hatinya sebak.Dia cukup terharu tika itu.
“Alhamdulillah..Mengapa Mar menangis?”Ammar bertanya meminta kepastian.Cuba mengawal emosi.Dia terasa melayang tika itu.Terasa dirinya cukup ringan.Setelah sekian lama dia memendam perasaan dan menanti jawapan dari Mardhiah,akhirnya Allah sudah membuka pintu hatinya.Allah sudah memakbulkan doanya.Syukur!
“Orang perempuan Ammar..jiwanya halus..sensitif..Ammar,akak terharu dengan cara kamu melamar Mardhiah tadi..”Umairah muncul sambil memeluk Mardhiah.Mardhiah tersenyum.Air matanya sudah di kesat siap-siap sebaik Ammar bertanya tadi.Dia terasa segan berdiri di hadapan lelaki itu.Lelaki itu seraya menundukkan wajahnya.Mungkin cuba menutup rasa malu yang bermukim di hati.
“Ya lah Ammar..abang ingat Ammar ni seorang yang pemalu..tapi tak sangka Ammar boleh buat Mardhiah menangis..Abang tabik la!”Mustaqim menepuk bahu adiknya itu.Rasa sedikit bangga dengan adiknya itu.Rasa bersyukur kerana Mardhiah akan menjadi adik iparnya.Muammar terus-terusan mengucap syukur dalam hati.Tiba-tiba dia membisu dengan kehadiran abang dan kakaknya.Dalam hatinya sedikit geram apabila mereka berdua mencuri dengar perbualan antaranya dan Mardhiah.
BAB 1
Suasana dalam tingkatan 4 Sains Agama sunyi sepi.Semua pelajar kelihatan sibuk menyalin sesuatu di buku tulis.Mata pelajaran Syariah berlangsung dalam suasana aman.Ustazah Salehah masih sibuk mencatat beberapa potong ayat Quran di papan tulis.Barangkali suasana yang masih awal pagi membuatkan para pelajar bersemangat untuk memulakan pembelajaran. Tambahan pula sekolah baru dibuka dua minggu.Semangat untuk kembali ke sekolah masih segar lagi dalam kalangan para pelajar.Selalunya kelas mereka akan tamat sehingga pukul tiga petang.Usai melepasi angka dua belas tengah hari,pasti para pelajar mula kehilangan semangat.
Tiba-tiba pintu kelas diketuk.Semua mata tertumpu pada pintu kelas.Kelihatan seorang kerani sekolah dan seorang pelajar lelaki di sebelahnya.Ustazah Salehah menutup marker pen dan meletakkan di atas meja.Sambil tersenyum dia menuju ke luar kelas.Para pelajar mula membuat bising.Kelas 4SA menjadi gamat untuk seketika.Masing-masing berpandangan dan berbicara antara satu sama lain.Ada tawa kedengaran di kalangan pelajar lelaki.Entah apa yang melucukan sangat pun tidak diketahui.Manakala pelajar perempuan sibuk berbisik sesama sendiri.
Seorang pelajar lelaki masuk sambil tertunduk malu.Segera mengambil tempat duduk di hadapan.Pelajar lelaki mula beramah mesra.Pelajar perempuan pula ada yang tersenyum sipu.Ustazah Solehah masih sibuk berbincang dengan kerani sekolah di luar kelas.Sesekali dia memberi isyarat menyuruh para pelajar supaya senyap sedikit.Kelas semakin terkawal apabila ketua kelas pula memberi isyarat supaya kelas senyap.Beberapa minit kemudian,Ustazah Salehah masuk ke kelas.Kelas menjadi sunyi sepi semula.
“Baiklah semua,seperti yang kamu lihat kita ada pelajar baru.Namanya Amirul Naim bin Ahmad Nasir..Dari Sekolah Agama Tafiz Darul Fatah..Selamat datang ke kelas 4SA..”Jelas Ustazah Solehah penuh lemah lembut.Tiba-tiba seorang pelajar wanita mengangkat tangan.Keadaan menjadi sedikit riuh dengan usikan terutama dari pelajar lelaki.
“Err..kita semua nak panggil pelajar baru dengan panggilan apa?Amirul atau Naim?”Soal Mawardah yang duduk betul-betul di hadapan Ustazah Solehah.Hafiz yang kebetulan duduk berhampiran pelajar baru itu mengulang soalan Mawardah apabila Amirul Naim tidak menjawab soalan yang ditanya.
“Apa-apa pun boleh..Tapi biasa orang panggil Naim saja..”Jawab Amirul Naim sambil menunduk kepala.Mungkin masih kekok berada di kelas tersebut.Almaklumlah semasa di sekolah lamanya dahulu semua pelajar terdiri daripada lelaki,tetapi kini dia terpaksa berhadapan dengan pelajar perempuan dalam satu kelas.Bukan sedikit saja bilangannya,tetapi lebih dari separuh pelajar dalam kelas tersebut terdiri daripada pelajar perempuan.Debar di dada ketika itu hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Ustazah Salehah menyuruh Amirul Naim duduk.Kemudian memandang pelajar-pelajarnya.“Terima kasih Naim..Mungkin hari ini hari bertuah kamu semua,sebab kamu bukan sahaja menerima Naim sebagai ahli baru dalam kelas ini tetapi ustazah dapat makluman ada seorang lagi pelajar baru yang akan masuk ke dalam kelas ini..”Berhati-hati Ustazah Salehah menuturkan kata.Kelas yang sunyi jadi gamat semula.
“Siapa ustazah?”
“Lelaki atau perempuan?”
“Kamu akan tahu sebentar lagi..”ujar Ustazah Salehah mengakhiri kelas pada hari itu.Para pelajar bangun dan mengucapkan terima kasih dengan perasaan tanda tanya.Kelas riuh kembali apabila Ustazah Salehah keluar dari kelas.
* * *
Mardhiah memegang tangan Pn. Salwa erat-erat.Mukanya sedikit gusar.
“Umi..betul ke keputusan Mar ni?”Soal Mardhiah seketika.Ibunya memandang wajah anaknya dalam-dalam.Cuba menyelami perasaan anaknya.Dia tahu anaknya itu masih keliru dalam membuat keputusan.Tapi saat ini itu sahaja jalan yang dirasakan terbaik untuk anak gadisnya itu.
“Umi yakin..apapun kita cuba dulu,ya?Kalau Mar rasa tak okay,bagitau umi..”Pn. Salwa cuba meyakinkan Mardhiah.Sedaya upaya dia meniupkan semangat dalam diri Mardhiah..Dia tahu anaknya itu seorang yang lemah semangat dan mudah berputus asa.Jadi dia yang terpaksa membuat keputusan untuk Mardhiah.Dan Mardhiah menurut dalam terpaksa.
“Mar takut la..Takut tak biasa..Ini sekolah menengah biasa,tak sama dengan sekolah Mar dulu..”Mardhiah meluahkan kebimbangannya.Tika itu dia terasa ingin berlari pulang ke rumah dan tak mahu jejak ke sekolah lagi.Seluruh badan berasa tidak selesa.
“Kan Umi ada?Umi mahu Mar ada di rumah,supaya umi boleh tolong Mar..jangan risaulah..mari umi hantar sampai depan pintu kelas..”Ujar Pn. Salwa lalu menarik tangan Mardhiah ke kelas yang ditunjukkan.Mardhiah akur walaupun tidak rela dengan keputusan ibunya.
Dengan lafaz Bismillahirahmanirrahim,Mardhiah menuju ke kelas 4SA.Salam diberi.Seorang lelaki berkopiah keluar dari kelas.Pada tag namanya tertulis nama Hamzah.Ustaz Hamzah mempersilakan Mardhiah masuk ke kelas.Usai bersalaman dengan Pn. Salwa,uminya terus pulang ke rumah.Rasa berat mahu melepaskan uminya.Mahu sahaja Mardhiah menyuruh uminya menanti di luar sehingga dia habis kelas.Mardhiah begitu takut menghadapi hari ini.
* * *
Suasana dalam kelas itu sunyi sepi.Hanya Mardhiah dan seorang pelajar lelaki yang berdiri di meja masing-masing,manakala pelajar lain duduk.
“Sila perkenalkan diri anti kepada semua dan jelaskan mengapa anti berpindah ke sini?”Soal Ustaz Hamzah penuh lemah lembut tetapi tegas.
“Assalamualaikum..Nama ana Siti Nur Mardhiah bt Mohd Amin..Dulu ana bersekolah di sekolah agama berasrama penuh di Kulim.Ana pindah ke sini sebab ana ingin ambil matapelajaran Sains dan dalam masa yang sama Ana nak terus belajar Bahasa Arab memandangkan sudah tiga tahun ana belajar subjek itu di sekolah lama dulu..Sebab itu ana memilih kelas ini kerana ia bersesuaian dengan apa yang ana inginkan..”Tutur Mardhiah perlahan.Sedikit teragagap.Serasanya, tidak semua pelajar dapat mendengar suaranya itu. Ustaz Hamzah menganggukkan kepala.
“Kenapa?Di sana tiada pekej seperti ini ke?”Soal Ustaz Hamzah lagi.Mardhiah menelan air liur.Ustaz ni belum lihat keputusan peperiksaan penilaian menengah rendah aku ke? Aku tidak layak menyambung pengajian di situ kerana aku tidak melepasi tahap keputusan yang dimahukan.Sekiranya aku ingin terus belajar di sekolah yang hebat itu,aku harus membuat rayuan terlebih dahulu. Hati Mardhiah berbisik.
“Bukan tidak ada..tapi berdasarkan result ana,ana akan dimasukkan ke kelas tsanawi dan ana tidak layak mengambil subjek sains..”Jelas Mardhiah lagi.Tubuhnya terasa berpeluh sedikit.Ustaz Hamzah mengangguk lagi tanda memahami.Mardhiah menanti lagi soalan yang bakal ditanya oleh Ustaz Hamzah seterusnya.Usai mengucapkan terima kasih,Ustaz Hamzah menyuruh Mardhiah duduk.Mardhiah menarik nafaz lega.Kini giliran seorang lagi pelajar baru lelaki yang di soal siasat oleh Ustaz Hamzah.
“Baiklah pelajar semua..Alhamdulillah,kita sudah betaaruf dengan dua orang ahli baru kita iaitu Amirul Naim dan Siti Nur Mardhiah..Ustaz harap,kamu semua akan membantu mereka berdua jika mereka mempunyai masalah nanti..Ingat,Mardhiah dan Naim apa-apa masalah jangan segan silu bertanya..Mereka semua sudah menjadi kawan baru kamu..Ambil masa untuk bertaaruf dengan kawan-kawan kamu dalam kelas ini,okay?Dan sekarang,siapkan kerja yang Ustaz berikan pada kamu..nanti Hakim kumpulkan,letak atas meja Ustaz ya..Ustaz ada kerja yang perlu di uruskan lagi..”jelas Ustaz Hamzah lalu terus ke mejanya menyambung kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.Kelas kembali sepi sehinggalah loceng rehat berbunyi.
* * *
Kelas mulai lenggang.Pelajar lelaki semua menuju ke kantin.Mardhiah masih kekok disekolah barunya.Maklumlah hari pertama.Terasa dirinya selalu diperhatikan.Ramai yang mengajaknya makan tapi dia tidak terasa mahu ke kantin.Akhirnya dia duduk menyendiri di tempatnya.
“Assalamualaikum..masih kekok ya?”Seorang pelajar wanita menghampirinya.Dia tersenyum sambil melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah yang kosong.
“Waalaikumussalam..ya..emh,tak pergi rehat ke?’Mardhiah menjawab salam.Cuba untuk beramah mesra dengan kawan barunya itu.
“Tak..malas nak ke kantin..tapi dah pesan dekat yang lain,minta tolong belikan makanan..Kalau tak makan sekarang,perut akan lapar..”Sambil tersenyum,dia menjawab penuh semangat.
“Ye ke?Hari ni kelas habis pukul berapa?”Soal Mardhiah lagi.Rasa menyesal apabila tidak memesan makanan kepada beberapa orang yang menawarkan diri untuk membeli makanan tadi.
“Pukul tiga.Nah,ambil jadual ni dan salin..senang la nanti..”Dia terus bangun dan menuju ke mejanya lalu kembali dan menyerahkan sekeping kertas kepada Mardhiah.
“Oh..okay,thanks..emm..”Mardhiah cuba mengingat nama gadis di sebelahnya tapi seingatnya,dia belum memberitahu namanya.
“Eh lupa pula..Hana..Nurin Farhana..Selamat berkenalan!”Nurin Farhana baru tersedar,Segera dia memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangan.
“Selamat berkenalan,Hana..”Mardhiah menyambut tangan Hana.Tangan mereka bertaut.Jalinan persahabatan mulai terjalin.Serta merta Mardhiah teringat pada sahabat-sahabatnya di sekolah lamanya.Apa khabar kalian?Gesit hatinya.
“Okaylah,selalu-selalu lah tegur tau..aku duduk belakang..nanti apa-apahal tanya la aku..Aku nak sambung kerja ya..”Hana berlalu ke mejanya.Dia mula menyambung kerja sekolah yang belum disiapkan.
“Okay,baiklah..bye!”Jawab Mardhiah.Dia tersenyum.Gadis itu pasti akan menjadi sahabat baiknya.Dia terus menyambung menyalin jadual waktu yang diberi sebentar tadi dengan tekun.Seketika kemudian,loceng pertama berbunyi.Menandakan masa rehat hampir tamat.Suasana mulai riuh.Kelas yang lenggang,semakin penuh.Pembelajaran akan bermula.
Bersambung.... :)
Bersambung.... :)
Subscribe to:
Posts (Atom)