Love isn't something you find. Love is something that finds you.


17 July, 2012

First things first

Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum.



Apa khabar? Hehe.. tu mulalah tu. Kalau tak cerita sedih, cerita happy. Ia dah memang lah. Habis nak cerita apa lagi? Huhh.. tinggal dua hari lagi nak puasa kan?Exited pula.. ^_^. Orait, today I want to talk about this. Ia bukanlah tentang kisah happy or sedih. Ia sesuatu yang boleh kita renung-renungkan dan fikir-fikirkan. Apa yang saya nak cakap ni adalah perkara normal yang berlaku pada kita. So, keeps reading! 

Sometimes bila kita rasa sedih kita akan menangis, kan? Tapi pernah tak korang terasa teramat sedih sangat tapi korang tak boleh nangis. Korang cuba sedaya upaya menangis tapi tak ada air mata yang keluar. Maybe waktu tu korang rasa down dengan diri sendiri. But, korang tak boleh nak share dengan orang lain. Jadi korang need time and space for yourself to be rasional, cool, relax and calm. 

The best things you can do is to let it go. Doa and mengadu pada Allah. Sometimes kita nak meluahkan pada orang lain rasa tak tergamak. Selalu saya cakap dalam hati, 'Its my own problem. Let me handle it'. Kalau masalah itu melibatkan orang lain, maybe we need to talk to someone or somebody. Selagi kita mampu bertahan, bersabarlah kerana semuanya akan kembali normal kalau kita bersabar. Dan kerana sabar itu sesuatu yang susah maka kita akan rasa terbeban. Dan setiap kali saya rasa begitu, hanya ayat ini yang berjaya memujuk hati.


First things first, saya sedar sesuatu perkara. Apabila zaman persekolahan ditinggalkan, maka bermulalah perjalanan saya sebagai pelajar universiti. Dan masa saya berseorangan, jauh dari family, saya selalu dalam kebimbangan. Bimbang diri ini tidak kuat hadapi pancaroba kehidupan dunia luar. Saya selalu terbayang perkara yang menakutkan. Jadi, saya sering berdoa semoga saya kuat. Diuji dengan ujian dan nikmat, benar-benar mengajar saya erti bersyukur. Saat saya bersendirian, Allah lah yang paling saya percaya. Maka, saya bergantung pada Allah segala rasa yang bermain di dalam hati ini. Saya menangis setiap kali saya diuji dengan ujian mahupun nikmat. Sungguh, air mata ini juga yang menjadi peneman hati kala rindu pada mereka yang saya sayang bertamu. 

Tapi bila saya dekat dengan family, saya gembira dan saya semakin susah untuk menangis atau mengalir air mata. Bukankah itu, bagus? Hidup ini bukan untuk ditangisi tapi untuk dinikmati. Ya. Saya nikmati hidup ini. Setiap rasa yang bermain di jiwa sehingga saya susah mahu menangis walaupun saya terasa ingin menangis. Sampai satu masa saya rasa nak pinjam bahu untuk menangis kerana ada ketika saya rasa lemah dan saya sangat sedih. Saya tak tahu kepada siapa yang saya mahu luahkan. Walaupun saya dekat dengan mereka tapi saya rasa keseorangan dan bersendirian pula. Now, I wonder which is better?hmm..

Saya sedih but I can't crying. I'm happy but I can't crying. Dan saya tertanya-tanya, mana pergi air mata saya? Maybe because I'm feel stronger than before? I can feel their doa's make me much stronger. Saya tak mahu mereka melihat saya menangis. Jadi melihat wajah mereka, hilang rasa kesedihan. Saya tidak mahu menambah masalah dengan menangis dan mengada-ngada pada hal yang remeh-temeh. Saya kan kuat. Kalau kuat tak boleh menangis. Itu yang saya fikir. Jadi saya berhenti bersedih. Tidak mahu terus berfikir. Serahkan pada Allah yang mengatur segala rasa yang ada. Dan kata-kata ini membuatkan saya kembali bersemangat.



Betullah. Allah tidak akan ubah nasib seseorang itu melainkan mereka yang mahu mengubah nasib mereka sendiri. Believe me, wherever you are, is not the problem. You just need to have a list in your life. Kita kene selalu diperingatkan. Kadang-kadang kita terlupa. Jadi make the first things first. Saya yakin semua orang juga pernah mempunyai pengalaman lalu yang sentiasa segar di ingatan. Percaya atau tidak apa juga perkara yang pernah kita persoalkan dahulu kepada Allah, Allah pasti akan tunjukkan. Contohnya, kita bertanya, 'Ya Allah, mengapa mereka membuat diriku seperti ini? Apa salah aku pada mereka?' 

Dan kemudian apabila situasi yang sama berlaku lagi tapi watak kita diambil alih orang lain. Bermakna kita berada di tempat mereka yang memperlakukan kita suatu ketika dulu. Tentu kita dapat merasai perasaan masing-masing. Cuma kini, yang berbeza adalah orang yang berlainan. Waktu inilah, kita ingat kembali, dan jadikan pengajaran. Jadi kita dapat melihat seolah-olah apa yang kita tanya dulu sudah Allah beri jawapannya. Sama ada kita sedar atau tidak. Jadi, sebelum ambil apa-apa tindakan, fikirlah sebaiknya terlebih dahulu kerana what you give you will get back! 

Sesungguhnya, kehidupan adalah sekolah untuk kita belajar bermacam-macam perkara. Orang yang berjaya ialah orang yang sentiasa mengambil pengajaran atas setiap pengalaman hidupnya. Dan saya mahu jadi orang yang berjaya. Orang berjaya tidak semestinya  menjadi yang pertama dalam setiap bidang tapi yang sentiasa bangun dan berusaha setiap kali terjatuh.

Apa yang diberikan sebenarnya lebih banyak daripada apa yang kita inginkan.

Nikmat yang telah Allah beri, jarang kita syukuri.

Nikmat yang belum dimiliki, itulah yang sering kita ingini...

Namun tidak salah untuk terus meminta... tetapi pintalah dengan hati yang bersyukur.


Allah tidak akan gerakkan hati kita untuk berdoa, jika DIA tidak ingin memakbulkan doa itu.


Justeru, kemampuan hati kita untuk berdoa... itulah yang terlebih dahulu perlu kita syukuri!

Syukur... kerana dikurniakan hati yang masih mampu bersyukur.




Okaylah, so this is my way untuk perbaiki segala kelemahan and to make me feel much better. Disinilah saya menaikkan kembali semangat saya. Saya lega. Kini I'm just follow the way Allah put me on. I'm believe Allah knows better than anyone. Semua orang ada pelbagai impian. Dan saya hanya akan utamakan yang pertama. Sabar dan tidak mahu tamak. Allah juga tentu meletakkan yang utama sebagai yang pertama. Sekali mencuba jangan pernah berhenti atau berpatah balik. Kita mungkin lalui jalan yang orang lain tidak lalui tapi mana tahu itulah jalan yang akan membawa kita lebih dekat dengan pencipta. Saya lagi suka kalau saya dapat bantu kawan-kawan yang kadang-kadang rasa down tiba-tiba. Dan saya paling suka kalau kawan-kawan mendoakan yang terbaik untuk saya. Saya  tak tahu apa yang anda doakan. But, I'm also prays yang terbaik untuk kita semua. Insya-Allah.

Untuk muhasabah diri samada kita insan yang baik atau sebaliknya ialah dengan menilai rasa hati terhadap insan di sekeliling...

Jika banyak sangka baik, insyaAllah... mudah-mudahan kita baik.
Jika sebaliknya, berhati-hatilah... yang kita lihat itu, itulah diri kita.

Hanya orang yang baik dapat melihat kebaikan dan bersangka baik, manakala orang yang buruk akan sentiasa melihat keburukan dan bersangka buruk!
Wallahualam. 

No comments:

Post a Comment