Bismillahirahmanirahim..
Assalamalaikum..
Apa khabar?Alhamdulillah sudah masuk hari ke 3 puasa. Kalau setakat puasa, setakat ini tidaklah apa-apa. Semuanya baik-baik saja. Yang dirungsingkan biasanya perkara-perkara lain. Apabila terasa beban sebenarnya akan membuatkan kita lagi dekat dengan Allah. Exited puasa masih lagi dirasai. Maklumlah awal-awal ni. Seleranya lain macam sikit. Tapi disebabkan sudah biasa berlapar jadi tiadalah rasa nak makan yang bukan-bukan sangat..hihi. Tak adalah. Lagipun duduk rumah saja bukan buat apa-apa pun. Alhamdulillah, puasa tahun ini jatuhnya pada hari Sabtu. Kiranya kalau yang berkerja tu or belajar ke, first puasa mestilah best dan kurang rasa penat ya tak? Sebab boleh tidur dan berehat di rumah sahaja.
First puasa kami di Kuala Lumpur. Di rumah pak cik saya. Abang kepada mak. Namanya Khalid. Jadi kami anak-anak buah panggil Pak Cik Lid. Kami ke sana untuk mengirim lappy untuk Amat. Amat adik saya yang ketiga. Dia perlukan lappy dengan segera tapi dia tidak boleh balik kerana dia sibuk dengan assignment. Tapi alang-alang dah datang. Gagah juga dia balik kejap dan bersahur bersama-sama kami di rumah pak cik. Tapi yang sedihnya, angah tak boleh join sekali. Sebab dia duduk nun jauh di perantauan sana. Sudahlah waktu siang lagi panjang dari malam. Kesian angah.
Cerita pasal pak cik sikit lah. Rumah pak cik adalah destinasi terakhir arwah nenek. Di sinilah arwah nenek menghembuskan nafas terakhirnya. Dan sudah dua kali Ramadhan tanpa arwah. Semoga Allah cucuri rahmah ke atas arwah. Saya juga tidak lupa sedekahkan Al-Fatihah sebagai bekalan amalan untuk nya. Amin. Okay, berbalik kepada cerita pak cik tadi. Rumah pak cik meriah dengan kedatangan kami. Anak-anaknya juga semua ada sekali. Pak Cik Lid seorang peniaga. Setiap pagi dia menjual nasi lemak dan roti canai. Roti canai pak cik yang terbaik!Sambal ikan bilis mak cik yang paling best! Aduhai, ni kenapa pula cakap pasal makanan pula. Mulalah perut ni nak berbunyi. Okay, stop kat sini.
Saya nak sentuh pasal my lovely cousin, Fadila. Saya sangat rapat dengan sepupu saya seorang ni. Even dia lagi tua setahun daripada saya tapi kami rapat macam kami ni sebaya. Of course, dia sibuk nak tahu pasal my relationship..hihi. Walaupun dapat sembang sekejap tapi cukup bermakna. Dia juga tak lama lagi akan bertunang dengan lelaki yang dia berhubung sejak dia tingkatan 2 lagi. Means sudah 8 tahun hubungan mereka. Mungkin disebabkan terlalu lama mereka bercinta, mereka buat keputusan untuk bertunang dulu. For me better terus berkahwin je. Anyway,saya lega mereka buat keputusan untuk bertunang. Makna mereka serius bercintalah. Baguslah. Saya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua. Apapun this is for them.
Maybe you'll be the next, dear. |
Next bincang pasal aktiviti saya. Time free-free macam inilah saya nak paksa diri. Rajin-rajin baca Al-Quran dan buat solat sunat. Alhamdulillah. Memang kalau ikut nafsu malas tapi hati ini kalau tidak diisi dengan pengisian rohani mulalah diganggu oleh perasaan pelik. Kemudian, teringat perkara-perkara sedih. Susah hati dan akhirnya menangis. Kali ini air mata senang mengalir. Lega. Tapi akhirnya saya lupakan masalah itu. Saya tidak mahu ia terus mengganggu fikiran lagi. Saya yakin Allah sedang merancang sesuatu untuk saya. Terima kasih Allah kerana pinjamkan kekuatan untuk saya terus berdiri dengan yakin!
Baru-baru ini blog saya didatangi virus malware. Sedih juga. Tapi saya tak tahu nak buat macamana. Saya membiarkan sahaja. Baru hari ini saya buka, virus itu sudah tiada. Biasanya dia akan beri warning dulu. Jadi saya buat keputusan untuk berblog kejap. Sebelum ini saya ambil keputusan untuk tutup blog. Mungkin itu yang terbaik. Tapi adik saya bertanya yang tiba-tiba buat saya tersenyum.
"Habis macamana dengan entry-entry sebelum ini?Nak padamkan saja?Tak sayang ke?"
"Yalah.. nak buat macam mana. Tak kisah pun. Rasa nak berehat dari tulis blog. Tengoklah kalau ada rezeki buatlah bolg yang baru.."
"Habis follower macamana?"
Apalah, saya buat keputusan tanpa memikirkan perasaan follower saya. Saya teringin nak rasa ada follower yang ramai. Best sangat ke? Tapi setakat yang ada inipun dah cukup, buat apa ramai-ramai. Bila dilihat balik, hampir semua follower yang saya kenal. Yang tetap tahulah yang tak tetap wallahualam. Itu saya tak tahulah berapa ramai. Asalnya saya menulis blog sekadar suka-suka. Untuk diri saya saja. Tempat di mana saya boleh berkongsi perasaan happy, sedih dan sebagainya. Apabila saya rasa down, saya buka entry lama-lama yang boleh beri semangat. Sekurang-kurangnya saya tidak keseorangan.
Oleh sebab sudah ada follower saya jadi berhati-hati dalam menulis dan meluahkan rasa. Ada juga terjadi beberapa kali saya menulis panjang lebar last-last saya biarkan saja dalam draft. Malulah nak share dengan orang lain. Setakat ini apa yang saya share, 60 % adalah benar datang dari perasaan saya. Selebihnya saya terpaksa sembunyikan for my own privasi. Jadi mana yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan.
Okaylah, setakat ini dahulu. Marilah kita perbanyakkan amalan dan cuba istiqamah ya. Semoga ujian yang datang akan membuatkan kita bertambah kuat. Semoga nikmat yang hadir akan mengajar kita erti menghargai. Semoga Ramadhan ini akan mendidik kita menjadi orang yang bersabar dan bersyukur. Muhasabah selalu akan diri sendiri. Tingkatkan ketaqwaan. Insya-Allah, setiap yang hilang atau kurang itu pasti Allah akan gantikan dengan yang lain dan yang lebih baik. Berbaik sangkalah dengan apa yang Allah rancangkan untuk kita. Kerana tiada yang lebih indah dan bermakna selain mendapat keredhaan dan keberkatan Allah SWT.
Solat Tarawikh jangan lupa tau! |
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment