Love isn't something you find. Love is something that finds you.


03 July, 2012

Cinta High Class❤❤❤



Bismillahirahmanirahim..
Assalamualaikum❤..


Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya. Jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya. Kembalilah meraih cinta agung iaitu Allah dan Rasul, kemudian meraih pemilik cintaku setelah Allah Dan Rasul. 

Hai, apa khabar? Sedar tak sedar sudah masuk bulan Julai. Bulan Ramadhan juga semakin hampir. Sebenarnya, entah kenapa saya rasa tak sabar-sabar ingin menjalani ibadah puasa. Mungkin saat itu, syaitan akan diikat dan manusia akan mampu melaksanakan ibadah dengan sebaiknya. Bulan Ramadhan adalah bulan yang barakah. Bulan penuh keampunan. Bulan penuh kenikmatan. Bulan yang akan lebih mendekatkan kita dengan Allah SWT. Semoga saya berupaya melaksanakan ibadah di bulan Ramadhan dalam definisi HIGH CLASS. 

Apa yang saya ingin kongsikan di sini adalah baru-baru ini, tunang saya menghadiahkan saya beberapa buah buku. Salah-satunya adalah buku CINTA HIGH CLASS. Saya memang sudah lama ingin memiliki buku ini. Saya mampu beli sendiri tapi saya saja tidak mahu terburu-buru memilikinya. Tidak sangka, dia bertanyakan saya apakah saya sudah memilikinya? Bukankah, lebih manis kalau buku ini dihadiahkan oleh orang yang tersayang? Barulah terasa lebih bermakna! >_<


Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan dia kerana sentiasa memahami dan menyokong diri ini.   Dia sentiasa melakukan sesuatu yang membuatkan saya rasa begitu terharu. Saya ingin sekali membawa hubungan ini dalam definisi cinta high class. Saya mendoakan begitu.


Saya pasti semua orang inginkan  percintaan yang kekal dan indah. Namun, setiap kali hubungan tersebut diuji dengan pelbagai ujian, mereka tidak menjaganya, maka akan hancur dan punahlah hubungan yang terbina sejak sekian lama. Yang berjaya meletakkan cinta kerana Allah itu pasti akan lebih indah. Terasa seolah-olah Allah merestui hubungan yang dibina itu. Tapi sayangnya, apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. 



Contoh paling mudah. Facebok. Saya lihat kerana facebook, mereka berpisah. Kerana facebook mereka berkenalan dengan orang lain. Kerana facebook juga mereka mengkhianati antara satu sama lain. Adakah mereka fikir mereka layak untuk bertemu yang lebih baik daripada yang ada. Bukan seorang dua yang begini. Kadang-kadang berkali-kali mereka bertukar-tukar pasangan dan mereka tidak serik-serik serta tidak ambil pengajaran atas apa yang berlaku. 


Setiap orang ada pelbagai bentuk pertemuan jodoh mereka. Paling ramai saya lihat melalui facebook. Hanya sedikit sahaja yang berjaya mengekalkan hubungan tersebut sehingga ke jinjang pelamin. Itu bukti cinta muka buku memang wujud. Dan saya akui bukan semua yang bertemu jodoh itu membawa hubungan  mereka dalam definisi cinta high class. Akibatnya, hubungan itu sering bergolak dan dilandai badai. 


Sejujurnya, saya bimbang melihat keadaan sosial zaman sekarang. Zaman alaf siber ini begitu menakutkan.  Jadi saya akan terus berusaha untuk menjadikan hubungan saya dan dia dalam definisi cinta high class. Saya tahu dia juga sedang berusaha ke arah itu. Cukuplah dia sedar. Hubungan ini ada matlamat. Restu ibu bapa itu penting. Keredhaan Allah yang utama. Insya-Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Amin.


Wallahualam

No comments:

Post a Comment