Bismillahirahmanirahim.
Assalamualaikum.
Apa khabar?Saya khabar baik.Tengok entry macam menakutkan la sangat. Saja nak buat suspen je. hehe. Jangan la risau. Saya tak akan makan kucing tu. Even geram tapi semua dah berlalu. I'm okay! Actually, saya nak cerita pasal kesedihan yang sedang menyelebungi saya. Itulah, nak sangat minta nangis. Nah, nangis lah puas-puas.
Baru-baru ni saya terima result saya. Alhamdulillah semuanya lulus. Cuma saya sedih kerana result saya agak menurun. Masih kekal di pointer 3 ke atas. Saya memang cakap saya redha saja tapi hakikatnya saya betul-betul sedih. Saya masih sedang pujuk hati saya. Ya. Hidup ini ibarat roda. Apa yang kita nampak di mata tidak semestinya itu yang berlaku. Hakikatnya, Allah sudah pernah memberi saya perasaan berada di atas. Apa salahnya giliran saya merasa jatuh sikit. Jatuh sikit kali ini bukan menyebabkan saya lumpuh malah membuatkan saya menjadi lebih baik. Insya-Allah.
Saya juga tidak lepas diuji menjelang exam. Peristiwa di suatu pagi itu menyebabkan saya kehilangan semangat untuk menjawab peperiksaan pada hari itu. Kes kucing kencing depan pintu bilik. Nampak remeh tapi sebenarnya peristiwa itu benar-benar mninggalkan kesan kepada diri saya. Dari dulu lagi saya bukanlah pencinta kucing. Saya bukanlah bencikan kucing tapi saya kurang suka dengan bulu kucing. Nak-nak lagi bila tengok dia jilat bulu dia. Lepas tu boleh pula kita usap bulu dia. Kalau peluk dia lagi lah. Habis semua baju melekat dengan bulu kucing. Agak-agaknya kalau pakaian itu dibawa solat sah tak?
Okaylah. Apa yang saya nak cerita ialah tergamak kucing itu kencing di depan bilik saya. Habis semua kasut terkena kencing kucing. Kelam kabut saya bersiap pagi itu. Saya terpaksa tukar stokin. Saya terpaksa pinjam kasut kawan. Saya rasa bersalah pada kawan-kawan kerana membuatkan mereka tertunggu-tunggu. Kami terlewat kerana saya. Atau lebih tepat lagi kerana kucing itu. Sudahlah semalaman saya tidak lena tidur. Dengan debar perut lagi!Aih kucing, sem nak habis kau buat pasal dengan aku. Sampai hati kau. T_T
Saya ingat lagi waktu itu. Kebetulan hari itu paper hafalan Al-Quran. Saya cuba menenangkan hati dengan membaca kembali ayat-ayat hafalan tersebut semasa melangkah ke bilik peperiksaan.. Namun, saya tak ingat satu pun. Rasa nak nangispun ada. Saya tak tergamak nak beritahu kawan-kawan saya apa yang saya rasai sekarang. Saya pasti mereka juga sedang melakukan persediaan ketika itu. Saya tidak mahu mereka terganggu sebab saya. Jadi saya diam diri. Saya pendam perasaan ini. Sehinggalah tiba di depan bilik peperiksaan. Kertas soalan di depan mata. Masa sejam pada saya cukup lama. Saya tak selesa dengan keadaan saya. Tangan saya menggeletar semasa menjawab exam. Perasaan ketika itu juga bercampur-baur. Takut, sedih, marah, risau, bersalah. Semua ada. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang saya rasakan saat itu. Rasa nak postpone je exam hari ni tau tak! T_T
Keluar dari dewan peperiksaan mereka bersembang dan berbincang. Saya hanya mendiamkan diri. Saya tidak suka berbincang pasal apa yang sudah di jawab. Jika mereka bertanya baru saya akan jawab. Biasanya bila saya yakin dengan jawapan saya, saya akan beritahu jawapan saya. Kalau tidak saya hanya diam saja. Bila kawan-kawan tanya saya dapat jawab atau tidak. Saya hanya jawab entahlah. :(
Balik bilik saya nampak roomate saya sedang membersihkan kencing kucing depan pintu bilik kami. Saya tahu dia juga ada exam sekejap lagi. Perasaan sedih, kasihan dan bersalah datang lagi. Mesti dia tidak sempat nak study sebab dia terpaksa bersihkan kencing kucing. Saya membantunya membersihkan. Selesai semua dia mempersiapkan diri untuk ke mengambil peperiksaannya. Saya rasa bersalah pula walaupun bukan salah saya tapi salah kucing tu.
Sebaik bilik tersebut kosong, saya duduk termenung memikirkan apa yang saya sudah jawab tadi. Apa agaknya saya tulis? Nak cek takut. Sah merepek. Mata saya beralih ke dinding bilik. Terkebil-kebil saya memandang jadual yang ditampal di dinding. Ada dua lagi test besar yang perlu saya tempuhi. Kedua-duanya susah dan berat. Aduh, kepala saya berserabut.
Saya tak boleh terus begini. Saya bangun dari katil. Saya makan bersama mereka untuk hilangkan kesedihan yang dirasai. Saya tak boleh bersendirian. Kalau tidak saya akan nangis. Di hadapan mereka saya benar-benar memakai topeng. Saya sembunyikan kesedihan supaya saya tak terus berputus asa. Walaupun hakikatnya saya memang tak lalu tapi saya tak boleh zalim pada diri sendiri. Saya masih bertanggungjawab pada diri saya dan dua paper lagi. Tak mungkin sebab paper 1 jam kredit saya dah putus asa lantas melupakan subjek 3 jam kredit dan 2 jam kredit?
Selesai makan, saya masuk ke bilik. Saya kunci pintu. Saya merebahkan diri ke katil dan kemudian, air mata saya keluar seperti mencurah-curah ke ladang gandum. Saya tak boleh menahan lagi. Saya biarkan saja.Untuk beberapa minit saya menangis, saya sedar menangis tak akan mampu mengubah apa yang sudah berlaku. Masa tidak akan berpatah balik. Saya harus sedar saya perlu bangun semula. Fokus pada subjek yang seterusnya. Saya kena kuat. Saya tak boleh lemah.
Saya bangun dari katil dan menuju ke meja study. Saya mencapai sehelai kertas A4 dan pen warna-warni. Saya menulis kata-kata semangat. Sambil saya tulis, air mata turut sama mengalir menemani tarian tangan saya. Saya tak ingat sangat apa yang saya tulis, tapi lebih kurang beginilah bunyinya.
"Atin sayang, sabarlah.. Tinggal 2 paper saja lagi. Kuatkan semangat. Jangan putus asa. Kau
dah berusaha
sungguh-sungguh. Allah pasti akan membantu. Yakinlah pada Allah. Dia Maha Mendengar!"
Saya tampalkan di dinding. Saya kesat air mata. Saya tarik nafas dalam-dalam dan hembus. Saya buat berkali-kali sehingga saya benar-benar rasa lega. Saya buka buku dan mula belajar. Mungkin setengah orang akan ambil masa untuk merehatkan otak selepas menjawab exam tadi tapi saya tidak. Saya takut terjadi lagi perkara seumpama itu. Biarlah itu cara saya. Alhamdulillah,saya rasa mudah benar saya belajar kali ini. Semua masuk ke dalam otak. Allah benar-benar membantu saya. Allah tidak pernah tinggalkan saya rupanya. :)
Akhirnya hari yang dtunggu tiba. Result keluar. Dalam debaran melihat keputusan,saya dapat lihat sekurang-kurangnya saya tidak gagal untuk subjek Hafalan Al-Quran. Malah saya dapat A untuk kedua-dua subjek selepasnya iaitu subjek 3 jam kredit bagi Psikologi Perkembangan dan subjek 2 jam kredit iaitu Hubungan Etnik. Ada 3 lagi subjek 2 jam redit saya dapat A-. Yang selebihnya saya lulus. Alhamdulillah. Syukur sangat-sangat.
Saya yakin, itu tandanya, Allah memberi ganjaran pada setiap usaha kita. Ia berbaloi. Bagi kes kucing ini, mungkin Allah nak tunjuk pada saya, sebelum ini, saya kurang mengambil berat pada subjek ini kerana memikirkan subjek ini cuma 1 jam kredit sahaja. Selepas ini saya akan ambil berat pada semua subjek tanpa mengira susah ataupun senang. Anything can happen, right?
Saya tak nafikan saya sangat cemburu melihat mereka yang dapat pointer tinggi. Saya tahu yang dikejar itu ilmu bukan pointer tapi sebagai manusia biasa saya tak dapat lari daripada perasaan cemburu. Dan saya tidak pandai. Jadi saya hanya bergantung kepada kerajinan saya bukan kebijaksanaan saya. Setiap mereka ada kelebihan masing-masing. Ada yang nampak, ada yang tersembunyi. Ada yang cepat dan ada yang lambat sedar akan kelebihan mereka. Bila kita lihat kelebihan orang lain, kita nak kelebihan mereka sampai kita terlupa kita juga punya kelebihan yang orang lain tak ada.
Jadi bersyukurlah kerana diberi kelebihan itu. Jangan sampai kita merendah-rendahkan mereka yang kurang bijak. Jika nak dibandingkan dengan orang lain saya masih di tahap yang sederhana. Memang dari dulu lagi saya begitu. Cukuplah. Saya bimbang kalau saya selalu di atas saya akan mudah merasa riak.
Bila agaknya saya boleh dapat result macam ni?Hmm.. |
Lah.. ni kenapa nangis ni? Dah-dah jangan sedih. Saya kongsikan supaya kita semua ambil pengajaran. Saya yakin kita semua pernah rasa kecewa, down, sedih, sakit hati dan sebagainya kan? Lumrah lah. Allah aturkan semuanya untuk kita supaya kita sedar, perbaiki semula kelemahan dan tingkatkan usaha lagi. Pengalaman ini benar-benar mematangkan saya. Saya bersyukur kerana orang disekeliling saya, sahabat-sahabat saya, ibu bapa dan tunang sentiasa memberi galakan, dorongan dan kata-kata semangat. Saya yakin saya tidak kuat seperti ini kalau tidak kerana doa dan harapan mereka.
Bila saya bagitau pada mak result saya kali ini menurun, mak hanya tersenyum dan suruh saya usaha lagi. Saya tahu, mak tak pernah presure saya supaya dapat dekan list atau apa saja. Itu kemahuan saya. Itu impian saya. Ini baru tahun satu. Saya ada 2 tahun setengah lagi untuk mengejar impian saya. Saya tahu mak hanya mahu lihat saya hidup dengan gembira. Melihat anak-anak berjaya dalam pelajaran memang impian mereka tapi melihat anak-anak berjaya dalam hidup itu lebih utama. Bezakan?
Maka sama-samalah kita berusaha dan tingkatkan usaha lagi. Perjalanan masih panjang dan masih jauh. Ada banyak lagi yang belum kita tempuhi. Kita kena terus yakin Allah tidak akan aturkan setiap ujian dan nikmat itu saja-saja. Dan Allah tidak aturkan setiap ujian dan inikmat itu sama kepada hambanya. Kita yang mencorakkannya hidup kita seperti apa. Allah lebih tahu akan apa yang kita rancangkan untuk hidup kita!
Wallahualam.
Haa.. ini baru betul Athin Saidin!
ReplyDeleteSenyum ok? Yg berlalu, biarkan berlalu. Sekarang fokus apa yg mahu dikejar dulu. Ok?
Senyum sikit boleh?
Haa gitulah.. ^___^)b