Love isn't something you find. Love is something that finds you.


25 August, 2011

Malam Lailatul Qadar


Assalamualaikum..

Apa khabar semua?Bagaimana setakat ini?Harapnya semua masih baik dan terjaga dalam peliharaan Allah..InsyaAllah..Yang jauh di perantauan pasti sudah dalam perjalanan untuk pulang ke kampung..Jalan raya semakin sesak..Pesan saya,berhati-hatilah semasa memandu..Saya nasihatkan pada diri saya sendiri terutamanya.

Baiklah..kali ini saya ingin berkongsi mengenai Malam Lailatul Qadar..Mungkin ini merupakan entry berkenaan Ramadhan yang terakhir yang akan saya kongsikan bersama memandangkan Syawal semakin menjelma tiba..Sebelum meneruskan lagi,saya mohon ampun dan maaf andai ada salah dan silap daripada pihak saya..Sekadar perkongsian yang tidak seberapa daripada saya..Terimalah buah tangan ini dengan hati yang terbuka..Mudah-mudahan Allah meredhai apa jua yang kita lakukan..Insya-Allah.

Bulan Ramadhan, Al Quran dan malam Lailatulqadar mempunyai hubungan yang rapat antara satu sama lain sebagaimana yang diterangkan di dalam kitab Allah dan hadis Rasulullah s.a.w. di antaranya firman Allah s.w.t.
Maksudnya: "Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatulqadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar".

Sebab turun surah al-Qadr

Lailatulqadar mempunyai kelebihan yang begitu besar. Ianya lebih baik dari 1000 bulan yang lain. Sebab diturunkan ayat tersebut diriwayatkan daripada Mujahid dikatakan sebab turun ayat tersebut ialah Nabi s.a.w. telah menyebut tentang seorang lelaki daripada Bani Israel yang telah menggunakan alat senjatanya untuk berperang pada jalan Allah maka orang Islam pun kagum di atas perbuatan itu lalu Allah menurunkan ayat di atas.

Riwayat yang lain pula dari Ali bin Aurah pada satu hari Rasulullah telah menyebut 4 orang Bani Israel yang telah beribadah kepada Allah selama 80 tahun. Mereka sedikitpun tidak derhaka kepada Allah lalu para sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah bahawa Allah w.s.t. menurunkan yang lebih baik dari amalan mereka. Jibril pun membaca surah Al Qadar dan Jibril berkata kepada Rasulullah ayat ini lebih baik daripada apa yang engkau kagumkan ini menjadikan Rasulullah s.a.w. dan para sahabat amat gembira.

Daripada ayat di atas dapatlah kita ketahui bagaimana besar kelebihan orang yang beribadah pada malam lailatulqadar. Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.

Dalam hadis Rasulullah s.a.w. menyebut
Maksudnya: "Rasulullah bersungguh-sungguh beribadah pada 10 akhir bulan Ramadhan lebih daripada yang lainnya"

Rasulullah s.a.w. melakukan ibadah pada malam itu bukan hanya setakat baginda sahaja tetapi baginda menyuruh ahli keluarga bangun bersama beribadah. Kata Aisyah r.a.
Maksudnya: "Nabi s.a.w. apabila masuk 10 akhir bulan Ramadhan baginda mengikat kainnya. Menghidupkan malam dengan beribadah dan membangunkan keluarganya untuk sama-sama beribadah. Mengikat kainnya bermaksud bersungguh-sungguh mengerjakan ibadah."

Kelebihan Menghayati Malam Lailatulqadar

Kerana mulianya Lailatulqadar, Rasulullah s.a.w. menganjurkan supaya umatnya bersedia menyambut dan menghayati malam yang berkat itu dengan pelbagai jenis amalan dan ibadah yang diterangkan di antaranya hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a.
Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.

Rasulullah s.a.w. sendiri menjadi contoh yang baik yang menghayati malam lailatulqadar terutama 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan dengan beriktikaf di Masjid mengerjakan pelbagai amal ibadah untuk menyambut malam Lailatulqadar yang mulia.
Ini diterangkan di dalam satu hadis diriwayatkan daripada Aishah r.a. Katanya:
Maksudnya: "Biasanya Rasulullah s.a.w. berusaha dengan bersungguh-sungguh memperbanyakan amal ibadah pada 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan berbanding dengan masa yang lain."

Dalam hadis yang lain Aishah juga meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil dalam 10 malam yang akhir daripada bulan Ramadhan.

Malam-malam yang ganjil yang tersebut ialah malam 21, 23, 25, 27 & 29 dari bulan Ramadhan. Dalam pada itu terdapat juga beberapa hadis yang menyatakan bahawa malam Lailatulqadar itu pernah ditemui dalam zaman Rasulullah s.a.w. pada malam 21 Ramadhan. Pernah juga ditemui pada malam 23 Ramadhan. 

Terdapat juga hadis yang mengatakan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. menjawab pertanyaan seorang sahabat yang bertanya mengenai masa Lailatulqadar supaya ianya bersedia dan menghayatinya. Baginda menjelaskan malam Lailatulqadar itu adalah malam 27 Ramadhan. Dari keterangan-keterangan di atas dapatlah kita membuat kesimpulan bahawa malam Lailatulqadar itu berpindah dari satu tahun ke satu tahun yang lain di dalam lingkungan 10 malam yang akhir dari bulan Ramadhan. Yang pastinya bahawa masa berlakunya malam Lailatulqadar itu tetap dirahsiakan oleh Allah s.w.t. supaya setiap umat Islam menghayati 10 malam yang akhir daripada Ramadhan dengan amal ibadat. Kerana dengan cara itulah sahaja mudah-mudahan akan dapat menemuinya dan dapat pula rahmat yang diharapkan yang akan menjadikan seseorang itu hidup bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Orang yang beribadah pada 10 malam yang tersebut akan mendapat rahmat yang dijanjikan dan telah sabit di dalam hadis-hadis yang sahih bahawa malam Lailatulqadar ujud pada salah satu malam yang 10 itu terutama pada malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Orang-orang yang tekun beribadah di dalam masa tersebut untuk menemui malam Lailatulqadar akan mendapat rahmat yang dijanjikan itu samada ia dapat menemui atau tidak dan tidak melihat apa-apa kerana yang penting yang tersebut di dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslim ialah:

1. Menghayati malam tersebut dengan beribadah.
2. Beriman dengan yakin bahawa malam Lailatulqadar itu adalah benar dan dituntut menghayatinya dengan amal ibadah.
3. Amal ibadah itu dikerjakan kerana Allah semata-mata dengan mengharapkan rahmatnya dan keredaannya.
Adalah diharapkan sebelum daripada kita beramal ibadat di malam Lailatulqadar hendaklah kita bertaubat dengan sebenar-benarnya iaitu taubat nasuha dan terus beristiqamah tetap teguh mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya.

Tanda Malam Lailatulqadar

Para alim ulamak r.h. menyebutkan beberapa tanda atau alamat berhubung dengan malam Lailatulqadar:

- Ada yang berkata orang yang menemui malam Lailatulqadar ia melihat nur yang terang benderang di segenap tempat hingga di segala cerok yang gelap gelita.
- Ada pula yang berkata ia mendengar ucapan salam dan kata-kata yang lain dari Malaikat.
- Ada juga yang berkata ia melihat segala benda termasuk pohon-pohon kayu rebah sujud.
- Ada pula yang berkata doa permohonannya makbul.
Imam Tabari r.h. memilih kaul yang menegaskan bahawa semuanya itu tidak lazim dan tidak semestinya ia dapat melihatnya kerana tidak disyaratkan melihat sesuatu atau mendengarnya untuk menemui malam Lailatulqadar.


Amalan-amalan yang diamalkan pada malamnya: Mulai jam 12.00 tengah malam: 

1. Sembahyang sunat wudhuk. 

2. Sembahyang sunat hajat berdoa minta dipertemukan Allah dengan malam Lailatul Qadar.

3. Membaca al-Quran.

4. Istighfar: 



5. Zikrullah:


6. Bertasbih: 







7. Selawat:



8. Sembahyang sunat tahajjud.

9. Sembahyang sunat tasbih.
Orang yang bertemu dengan Lailatul Qadar akan terus dingin badannya kerana dihampiri oleh para malaikat (sebentar sahaja). Hendaklah segera kita membaca: 



Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa beribadat sesaat pada malam Qadar, kira-kira selama seorang penggembala memerah susu kambingnya, maka adalah lebih disukai Allah daripada berpuasa setahun penuh. Demi Allah yang telah mengutus daku dengan hak menjadi nabi, sesungguhnya membaca satu ayat dari al-Quran pada malam Qadar adalah lebih disukai Allah daripada mengkhatamkannya pada malam-malam yang lain.

Dari Aisyah r.a bahawa dia mengatakan, aku bertanya: "Ya Rasulullah, kalau aku bertepatan dengan malam Qadar, maka apakah yang patut aku baca? Jawab Rasulullah s.a.w.: Ucapkanlah: 



Ertinya: "Ya Allah, sesungguhnya Engkau adalah Tuhan Yang Maha Pemaaf lagi Pemurah, yang suka memberi kemaafan, maka maafkanlah aku."


Alhamdulillah..selesai sudah perkongsian saya kali ini..Terima kasih kerana sudi membaca..Semoga dapat memberi manfaat buat semua..Pada saya,Ramadhan kali ini benar-benar membahagiakan saya..Saya benar-benar terdidik dan terjaga..Entah esok lusa,bolehkah saya menjalani Ramadhan seperti kali ini..Syukur pada Allah atas nikmat Iman dan Islam yang diberiNya..Saya berdoa,mudah-mudahan Allah permudahkan langkah saya selepas ini..Akan datang,saya akan melangkah ke dunia baru..Memburu cita-cita dan impian yang menggunung tinggi..Saya gembira menghitung hari tapi dalam masa yang sama saya sedih T_T ..Segalanya bercampur-baur.Belum berjauhan lagi,air mata kerinduan mula bergenang..Saya pasti akan rindukan keluarga saya..Ya Allah!Tolong doakan saya..agar dipermudahkan segalanya ya..Amin!

21 August, 2011

Lalui 10 terakhir Ramadhan..

بسم الله الرحمن الرحيم



Apa khabar semua?Mudah-mudahan semuanya dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya..Sedar tak sedar kita sudah melalui sepuluh hari terakhir dalam bulan Ramadhan..Alhamdulillah.Kali ini saya akan menulis mengenai I'tikaf sepanjang 10 terakhir Ramadhan.Mungin agak terlewat sedikit..tapi tak mengapalah..Saya akan cuba yang terbaik..InsyaAllah!Saya berdoa supaya perkongsian kali ini dapat memberi kebaikan buat semua..Selamat Membaca ya ^_^

PANDUAN I’TIKAF  SEPULUH AKHIR RAMADHAN

Pengertian I’tikaf .      1.
الاعتكاف هو اللبث في المسجد من شخص مخصوص بنية.     
Menetap dan mendiamkan diri di Masjid oleh seseorang yang tertentu , serta berniat I’tikaf. 
Maksudnya: I’tikaf  disini bermaksud , merupakan satu bentuk ibadat  dengan cara  menetap disesebuah Masjid dan menumpukan perhatian  untuk beribadat yang dilakukan oleh  seseorang yang sedang berpuasa dengan cara yang telah ditentukan oleh Syara’.

  2. Asas di Syariat kan I’tikaf .

Asas atau dalil  diSyara’kan I’tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan ialah                                                           
 a)
عن عائشة رضى الله عنها , أن النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان حتى توفاه الله ثم اعتكف أزواجه من بعده .   

Maksudnya : Daripada Aisyah r.anha , Bahawa Nabi saw selalu berI’tikaf pada sepuluh akhir bulan Ramadhan hingga diwafatkan oleh Allah swt , kemudiannya diteruskan sunnah I’tikaf selepasnya oleh Para
Isteri Baginda saw.  

b)
عن أبي هريرة رضى الله عنه قال : كان صلى الله عليه وسلم يعتكف في كل رمضان عشرة أيام .  فلما كان العام  الذى قبض فيه اعتكف عشرين          يوما.
Maksudnya : Daripada Abi Hurairah r.anhu , Beliau berkata : Adalah Nabi saw selalu berI'tikaf pada tiap-   tiap sepuluh Ramadhan yang terakhir. Manakala pada tahun Baginda saw diwafatkan , Baginda  telah            berI’tikaf selama dua puluh  hari.                                                                                                             
Oleh yang demikian nyatalah bahawa I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah Sunnah yang diamalkan
secara berkekalan oleh Nabi saw dan Para Isteri Baginda saw dan juga Para Sahabat r.anhum.                      

3.Hukum I'tikaf                                                                                                                         

Telah sependapat seluruh Imam Mazhab yang empat dan seluruh Umat Islam , bahawa Hukum I'tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan adalah “Sunat Mu akkad”.  Bertujuan menuruti Sunnah Nabi saw dan menuntut   kelebihan Lailatul Qadar                                                                                                                                Tiada khilaf  bahawa Tidak Wajib I’tikaf melainkan apabila bernazar dengannya.
      
4. Kelebihan I'tikaf.
عن ابن عباس رضى الله عنهما عن النبى صلى الله عليه وسلم قال: ومن اعتكف يوما ابتغا وجه الله جعل الله بينه وبين النار ثلاث خنادق . كل خندق أبعد مما بين الخافقين .


Maksudnya : Daripada Ibnu Abbas r.anhu, daripada Nabi saw , Baginda bersabda: Dan barangsiapa ber I'tikaf satu hari kerana menuntut keredhoaan Allah , nescaya Allah jadikan diantaranya dan antara Api Neraka (berjauhan) tiga puluh parit, dimana jarak diantara tiap-tiap satu parit lebih jauh daripada jarak   antara dua mata angin. 

Diantara Hikmah dan tujuan I'tikaf ialah:

a) Meluangkan diri daripada kesibukkan duniawi ,demi mencari kejernihan jiwa dan membina kekuatan Rohani sebagai bekalan melancarkan kegiatan hidup dengan lebih baik. 

b) Kalaulah Ramadhan merupakan bulan ujian yang akan memenuhkan   rahmat untuk sepanjang tahun , maka I’tikaf pada 10 hari yang terakhir adalah merupakan satu keistimewaan yang lebih khas dan lebih   tinggi  bagi mereka yang  melakukannya.

c) Usaha-usaha mendapatkan lailatul Qadar adalah satu Sunnah Nabi saw.
 I’tikaf  diakhir Ramadhan , adalah merupakan salah satu dari usaha tersebut.                                                                                                                                                                                                                                                                                                       
6. Rukun I'tikaf.

Rukun I'tikaf 4 perkara.

a) Tetap berada didalam Masjid, sekurang-kurang masanya sekadar Tama’ninah  didalam ruku’ (sekadar beberapa saat). Tidak keluar dari Masjid melainkan atas sebab-sebab yang diharuskan Syara’. (Yaitu sebab-sebab yang tidak memutus dan membatalkan I’tikaf).

b) Niat pada permulaan I'tikaf atau pembaharuan niat semula (jika terbatal) ,misalnya:

“ Sahaja aku berI’tikaf sepuluh hari akhir Ramadhan kerana Allah” .

c) Orang yang berI’tikaf.

Seseorang yang berI’tikaf disyaratkan :
(1) Islam.
(2) Berakal.
(3) Bersih dari haidh dan nifas .
(4) Bersih dari hadas Junub.   

  d) Tempat I’tikaf , yaitu Masjid

7. Cara berI’tikaf diakhir Ramadhan.

a) Mulai masuk keMasjid sebelum  matahari terbenam (sebelum Maghrib) pada hari ke dua puluh    Ramadhan , dengan  berniat I’tikaf sepuluh  hari terakhir  dan keluar setelah selesai masa I’tikaf  pada pagi A’idil Fithri atau setelah masuk waktu Maghrib pada malam Aidil Fithri.

b) Diharuskan setiap orang yang berI'tikaf membawa hamparan khas miliknya kemasjid dan diharuskan juga mengambil mana-mana ruangan diMasjid sebagai tempat khas baginya, tetapi dengan syarat tidak   menyempitkan (mengganggu) orang lain yang akan  bersembahyang. 

c)  Solat sunat Tahiyyatul Masjid dua rakaat, seterusnya tetap berada diMasjid melainkan jika berlaku perkara-perkara yang diharuskan keluar dari Masjid (yaitu tidak dianggap memutuskan I'tikaf ).

d) Harus menjalankan Ibadat I’tikaf yang sunat secara tidak penuh atau tidak berturut-turut . Misalnya :
BerI’tikaf hanya sehari atau dua hari sahaja nisbah kepada masa selama sepuluh hari  diakhir Ramadhan, atau diselang-selikan harinya atau hanya berI’tikaf diwaktu malam sahaja atau sebagainya.

8. Masjid-masjid  untuk berI’tikaf.

a) Terafdhal adalah Masjid Haram di Mekah, diikuti Masjid Nabawi di Madinah , Masjid Aqsa di Baitul Maqdis , Masjid-masjid Jami’ (yang didirikan solat jumaat)  umumnya menurut tertib , menurut besar dan ramainya ahli jemaah.

b) Sah berI’tikaf didalam semua  jenis Masjid.

c) Sah berI’tikaf didalam Masjid atau Suthuh nya ( atapnya yang lapang  yang  boleh diduduki ) , Menaranya yang berhubung dengan masjid. , Rohbahnya ( serambinya) atau di kawasan yang masih dinamakan Masjid. 

9. Sebab-sebab yang mengharuskan keluar dari Masjid.

a) Qadha hajat.
Iaitu buang air besar dan buang air kecil. 

b) Berwudhu.
Jika tiada kemudahan berwudhu didalam Masjid.

c) Menyuci  najis.
Samada pada badan atau pakaian.

d) Sakit .
Sakit berat atau sakit yang boleh mencemarkan masjid.

e) Hadas Besar.
Semasa berI’tikaf, berhadas besar  mewajibkan keluar dari Masjid, maka keluar tersebut tidak memutuskan I’tikaf. Keadaan  ini berbeza jika berhadas besar  sebelum berI’tikaf  yang sememangnya tidak sah  pada permulaannya lagi.

f)  Dipaksa keluar dari Masjid.

g) Makan
Walaupun diharuskan makan didalam Masjid dengan syarat menjaga  kebersihan, adalah dibolehkan keluar untuk makan diluar Masjid tanpa sebarang syarat.

h) Minum.
Jika ketiadaan air didalam Masjid.

i) Takut bahaya.
Kerana takut sebarang bahaya yang datang dari mana-mana pihak.

i) Kecemasan.

j) Keluar dengan terlupa.
a) Keluar dari Masjid tanpa sebab yang dibolehkan , adalah membatalkan I'tikaf. Tidak dianggap keluar selagimana tidak dengan seluruh tubuh . Termasuk dalam ertikata “Keluar” disisi Syara’ ,apabila seseorang itu berdiri dengan kakinya diluar Masjid sekalipun badannya , masih berada didalam Masjid.

b) Semua sebab-sebab yang dimaafkan /tidak membatalkan I’tikaf tersebut , setelah selesai , hendaklah segera kembali masuk kedalam Masjid dan tidak perlu mengulangi semula niat  I’tikaf. Sebaliknya , jika setelah selesai atau hilang sebab-sebab tersebut , tidak pula segera masuk keMasjid, ianya  akan membatalkan I’tikaf. Maka keadaan ini  perlu  diulangi semula niat I’tikaf .    

c)  Mimpi hingga keluar mani ,tidak membatalkan I’tikaf tetapi wajib segera keluar Masjid untuk mandi   wajib. 

d) Sembahyang  Jumaat, bagi mereka yang berItikaf di Masjid yang tidak dibuat sembahyang Jumaat,  hendaklah keluar dari tempat I’tikafnya untuk pergi ke masjid yang di buat Jumaat, dan I’tikafnya di anggap batal menurut Jumhur Ulamak. Maka diulangi semula niat I’tikaf bila mereka kembali semula.
Maka difahamkan dari keadaan ini, bagi mereka yang sengaja pergi sembahyang jumaat di Masjid lain yang didirikan Jumaat padahal Masjid I’tikaf  mengadakan Jumaat , akan membatalkan I’tikaf dan perlulah diulangi semula niatnya.
  
e) Mereka yang mempunyai sesuatu Kewajiban  yang lebih utama dari I’tikaf  Sunat ,  hendaklah keluar dari Masjid dan melaksanakannya, I’tikafnya adalah terbatal.   Jika mereka kembali semula ke Masjid untuk berI’tikaf adalah disyaratkan mengulangi semula niat .
  
11. Perkara yang harus/boleh dilakukan ketika I'tikaf.

a) Berpakaian biasa.
b) Makan/minum didalam Masjid, tetapi disunatkan menggunakan alat-alat seperti hamparan supaya terpelihara kebersihan Masjid.
c) Memakai bau-bauan . ( Ketika berpuasa sebaik-baiknya ditinggalkan pada  waktu siang).
d) Kerja-kerja yang ringan.
e) Menyambut tetamu, berbual dan menghantarnya pulang.
f) Sedikit jual-beli yang mustahak/ berhajat.
g) Berkahwin dan mengkahwinkan.
h) Bercukur, bersikat rambut dan mengerat kuku.
i) Belajar dan mengajar.
j) Tidur.    

12. Amalan-amalan semasa I’tikaf.

Pada dasarnya , tiada dalil yang khas untuk suatu bentuk amalan  yang dibuat  semasa I’tikaf selain dari anjuran agar bersungguh-sungguh beramal . Semua bentuk amalan taat boleh dilakukan semasa I’tikaf. 


عن عائشة قالت : كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يجتهد فى العشر الأواخر ما لا يجتهد فى غيرها.  ( a)    

 Maksudnya: Daripada Siti Aisyah r.anha, “Adalah Rasulullah saw bersungguh-sungguh (beribadat)  pada    hari –hari yang sepuluh di akhir Ramadhan , lebih banyak daripada (ibadatnya) pada masa-masa lain.” 

عن عائشة قالت : كان النبي صلى الله عليه وسلم اذا دخل العشر شد مئزره وأحيا ليله وأيقظ أهله . (b) 

Maksudnya: Daripada Aisyah r.anha. " Adalah Rasulullah saw apabila masuk sepuluh akhir Ramadhan , bersungguh-sungguh Baginda mengerjakan ibadat , menghidupkan malamnya dan menggerakkan Isterinya dari tidur”.    

(c) Adalah sangat baik bagi orang yang berI'tikaf memenuhi masanya dengan amalan-amalan taat seperti : Sembahyang , Membaca tasbih , zikir, Membaca Quran  (khususnya tadarus) , Belajar dan Mengajar , Mentelaah Kitab dan Mengarang. 

(e) Sebahagian Ulamak berpendapat bahawa dikehendaki agar setiap yang berI’tikaf  hanyalah menumpukan masanya dengan amalan asas I’tikaf  sahaja, yaitu Zikir , Sembahyang , Membaca Quran (sendirian)  dan Doa.


13. Realiti I'tikaf dalam masyarakat Islam.

Terlalu sedikit  jumlah Umat Islam  yang berI’tikaf pada sepuluh akhir Ramadhan jika dibandingkan dengan jumlah Umat Islam sejagat semenjak dulu lagi. Lantaran itu  Ibnu Syihab Az Zuhri yang hidup dikurun terawal pernah menyuarakan,

عجبا للمسلمين . تركوا الاعتكاف والنبي صلى الله عليه وسلم لم يتركه منذ دخل  المدينة حتى قبضه الله.  

Maksudnya: Hairan sekali keadaan Umat Islam. Mereka meninggalkan I’tikaf (akhir Ramadhan) sedangkan Nabi saw tidak pernah meninggalkan I’tikaf sejak Baginda datang ke Madinah Al Munawwarah sehingga  Allah wafatkan Baginda SAW.                                                                                                              

Oleh yang demikian, tidak sepatutnya ditinggalkan satu Warisan yang sangat bernilai yang diwarisi dari Rasulullah saw, terutamanya  bagi Para Pendakwah, Pendidik , Mereka yang terlibat dengan pendidikan , Penguasa dan Setiap yang terlibat dengan Pentadbiran untuk mendapatkan limpahan kekuatan rohani dan kejernihan fikiran melalui Ibadat I’tikaf   Sahih  yang penuh dengan Hikmah  yang besar .

Mengapa semestinya Itikaf di Masjid?.

Jawab: Dalam kitab Al Majmuk  muka surat 483 juzuk 6, Imam Nawawi menjelaskan sebab kenapa I’tikaf  hanya sah dilakukan di Masjid sahaja.   
  
قد ذكرنا أن مذهبنا اشتراط المسجد لصحة الاعتكاف .  وأنه يصح فى كل مسجد.  
Sesungguhnya telah kami nyatakan bahawasa Mazhab Kami  (Syafie) mensyaratkan masjid untuk sah beri`tikaf, dan bahawasanya sah beri`tikaf didalam semua jenis  Masjid (tanpa pengecualian)


واحتج أصحابنا بقوله تعالى (ولاتباشرهن وأنتم عاكفون فى المساجد ) ووجه الدلالة من الآية لاشتراط المسجد أنه لو صح الاعتكاف فى غير المسجد لم يخص تحريم المباشرة بالاعتكاف فى المسجد لاأنها منافية لللاعتكاف فعلم أن المعنى بيان أن الاعتكاف انما يكون فى المسجد واذا ثبت جوازه فى المسجد صح في كل مسجد.

Telah berhujah Ashab Kami  (I`tikaf hanya sah dimasjid sahaja) dengan firman Allah Taala, surah Al-Baqarah Ayat .. “Dan jangan Kamu menyetubuhi wanita itu (Isteri2 Kamu) padahal Kamu sedang beri`tikaf dalam Masjid2”.  Wajah dilalah daripada ayat tersebut adalah mensyaratkan masjid sebagai tempat I`tikaf. Bahawasanya jikalau sahlah beri`tikaf di tempat selain Masjid, nescaya Allah S.W.T tidak mengkhaskan ketentuan pengharaman jimak semasa I`tikaf semasa di dalam masjid, kerana bahawasa berjimak itu sendiri adalah menafikan kesahihan I`tikaf. Maka difahamai   daripada makna ini, Adalah suatu keterangan bahawa I`tikaf hanyalah berlaku di dalam segala Masjid sahaja. Dan apabila sabitlah keharusan beri`tikaf dalam semua Masjid, maka sah beri`tikaf di dalam tiap2 Masjid tanpa pengecualian jenis ( sekalipun Masjid yang tidak didirikan sembahyang Jumaat).


Maka adalah difahami bahawa, surau tidak dianggap masjid dan tiada jenis Itikaf didalamnya. Sekalipun begitu, tidak pula bermakna tiada keharusan beribadat didalam surau . Harus beribadat dimana-mana jua , Cuma kalau atas nama I’tikaf, tidak diistilahkan ibadat I’tikaf di surau .  

Alhamdulillah..Setakat ini sahaja..Nanti kalau banyak-banyak sangat tak mampu pula nak membaca..Terima kasih kerana setia membacanya sehingga ke ayat-ayat terakhir..Semoga apa yang kita lakukan ini mendapat keredhaan Allah SWT..Amin..Sebelum undur diri,sekali lagi saya mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya menulis..Insya-Allah..kita akan bertemu lagi pada entry saya akan datang..Nantikan saja ya!

Wallahu a’lam.




19 August, 2011

Ikhlas & redha jalan yang dipilih..

Assalamualaikum..

Sesuatu berlaku..membuatkan saya terasa ingin meluahkan di sini..agar bebanan yang tersimpan ini sedikit berkurangan..memang sebenarnya  bukan rancangan saya untuk menulis tentang ini..tapi..saya sedang memujuk hati ini..Hal yang terjadi ini langsung tidak ada kaitan dengan sesiapapun,cuma teringatkan seseorang yang saya pernah kenali suatu ketika dulu yang tiba-tiba hilang tanpa khabar berita..saya harap perginya dia membawa sekali memori yang masih sukar untuk saya lupakan sehingga kini..Dan jika ditakdirkan dia muncul semula,biarlah ketika itu saya sudah bersedia dan yakin untuk berdepan dengannya..

Saya sedang mencuba untuk ikhlas dan redha dalam apa jua keadaan..Beberapa tahun sebelum ini saya jalani kehidupan yang agak sukar..saya hampir hilang arah..tapi mujur saya tak keseorangan..Alhamdulillah,Allah berikan insan-insan istimewa ini..Ibubapa dan sahabat yang baik buat saya.Saya lalui hari-hari dengan tabah..doa-doa yang tidak putus-putus..agar saya dapat kuatkan langkah ini..saya terima setiap kesusahan dan kepayahan itu sebagai satu kifarah dan pengorbanan yang perlu saya terima dalam menemui kebahagiaan yang hakiki.Saya yakin dan percaya apa yang terjadi itu pasti ada hikmahnya..

Saya telah memilih jalan hidup saya..Ini yang saya inginkan..Maka inilah yang saya usahakan..Saya benar-benar ikhlas dan redha dengan jalan yang saya pilih ini..Namun,bila ujian mendatang,saya harap saya kuat untuk menghadapinya..Semoga Allah permudahkan segala urusan saya..Saya cukup bersyukur dengan apa yang saya miliki..Kadang-kadang saya takut untuk terlalu bahagia..Saya bimbang,adakah ini satu nikmat atau ujian buat saya?Maka saya putuskan ianya satu ujian..agar hati ini lebih terdidik dan terpelihara.

Kalau dulu..saya sering membandingkan diri ini dengan orang lain yang jauh lebih hebat dari saya..Ini menyebabkan saya rasa begitu rendah diri..Terasa hidup saya asyik melalui kegagalan..Saya hampir berputus asa..Sebaliknya pula,bila saya lihat orang yang kurang bernasib baik,saya bersimpati..apa yang saya lalui amatlah kecil untuk dibandingkan dengan apa yang mereka lalui ini..Sejujurnya,ianya mengajar saya supaya lebih bersyukur dengan apa yang saya miliki..Mungkin rasa rendah diri itu harus ada..tapi haruslah diletakkan di tempat yang sepatutnya..Membandingkan itu perlu agar segala kelemahan yang ada dapat diperbaiki..Tapi jangan bandingkan luarannya sahaja..dalaman itu yang lebih penting..


Alhamdulillah..saya sedikit lega dapat meluahkan di sini..Semasa memujuk hati,saya temui jawapan yang satu..ALLAH..DIAlah yang mengatur segalanya..Saya redha.Saya pasrah.Saya Ikhlas.Saya mohon maaf andai entry saya ini menyinggung perasaan sesiapa..Saya tiada niat yang lain melainkan sekadar perkongsian buat jiwa yang mungkin pernah lalui apa yang saya rasai..Lihatlah mesej yang saya cuba sampaikan bukan pada kisah yang berlaku disebaliknya..Segala yang terjadi itu,biarlah saya simpan sebagai rahsia peribadi saya..Terima kasih di atas doa-doa anda buat saya..Saya amat menghargainya.

~Wassalam~