Love isn't something you find. Love is something that finds you.


04 August, 2011

Lagi Hikmah Puasa 3

Assalamualaikum..
Kita bertemu lagi disini..di alam maya..walau kita tidak bersua muka..biarlah hati-hati kita ditaut dengan cinta dan keredhaan Allah SWt.Mudah-mudahan perkongsian saya yang tidak seberapa ini berguna buat semua..Hampir seminggu sudah kita berpuasa bukan?Bagaimana agaknya puasa-puasa yang anda lalui sebelum ini?saya harap semuanya lancar ya..

Janganlah dilihat pada berapa banyak amalan yang anda lakukan..tapi lihatlah istiqamahkan anda melaksanakan amalan-amalan tersebut..Banyak atau sedikit..tidak mengapa..semuanya Allah terima..janji dilaksanakan dengan  hati yang ikhlas.

Ramadhan pada tahun ini membawa sedikit kesedihan dalam hidup saya.Ia mengingatkan saya pada dua orang insan yang paling saya sayangi..Datuk saya meninggal akhir Ramadhan 4 tahun lalu..manakala nenek saya pula meninggal hampir tiga bulan yang lalu..pada bulan Mei tahun ini..betul-betul 2 hari sebelum saya bertunang..Kini tinggal seorang saja nenek di sebelah ayah yang masih sihat di kampung..Alhamdulillah..Masih kuat lagi sehingga turut serta menghantar saya ke Terengganu selepas raya ini..

Kalau mahu diceritakan tentang dua insan ini..saya tak mampu ceritakannya..Pemergian mereka berdua benar-benar memberi kesan di hati saya..Apa yang tinggal untuk saya sekadar kenangan dan memori saya buat mereka.Terutama dengan  arwah nenek saya..Kenangan saya bersama dengan nenek semasa menemani nenek di pondok Sungai Bakap masih berlegar-legar di ingatan saya..Dua perkara penting yang berlaku dalam hidup saya,nenek tiada di sisi..saya sedikit ralat..iaitu di hari majlis pertunangan saya dan di hari saya akan menyambung pengajian saya..Apapun setiap kali saya membaca yassin atau kitab Al-Quran pasti nama mereka saya doakan sekali..Mudah-mudahan amalan saya yang tidak seberapa ini  sampai kepada mereka di sana nanti..Ini adalah hadiah saya buat mereka.InsyaAllah.

Baiklah..cukup mengenai luahan hati saya..Sekarang mari kita sambung lagi hikmah Ramadhan yang seterusnya.;

11. Perbanyak Sedekah & Tadarus
Pada bulan Ramadhan,kita digalakkan untuk bersedekah dan bertadarus.Rasulullah sendiri melaksanakan amalan tersebut semasa hayatnya..Namun bagi  yang tidak mampu bersedekah ini,cukuplah sedekahkan senyuman anda pada orang disekeliling anda..dapat eratkan silaturahim bersama jiran tetangga dan sahabat handai..Begitu juga amalan tadarus..sangat dituntut untuk membacanya secara berjemaah..Jadi marilah sama-sama kita imarahkan bulan Ramadhan dengan perbanyakkan tadarus dan sedekah ya.
Dari Ibnu Abbas, “Rasul adalah manusia yang paling bermurah hati, terutama dalam bulan Ramadhan, … dan beliau tadarus Al Quran” (HR Bukhari, Muslim).
12. Perbanyak Memberi 
Memeberi lebih kurang seperti bersedekah..tapi memberi ini seperti saling bertukar-tukar juadah hidangan dengan jiran sebelah..Hari ini dia beri kita mi goreng..esok kita beri pula mereka spegetti..hari ini kita beri kuih cucur kodok,dia balas dengan cucur pisang..dan begitulah seterusnya..yang terlebih,terkurang tu halalkan saja..Insya-Allah..Allah akan murahkan rezeki kepada sesiapa yang rajin memberi dan bersedekah..percayalah.
“Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa, maka pahalanya baginya seperti yang berpuasa, tanpa mengurangi pahala yang berpuasa sedikitpun” (HR Turmudzi).

13. Perbanyak 4 Perkara
Ini juga antara hikmah terbesar berpuasa di bulan Ramadhan..
“Perbanyaklah di bulan ini 4 perkara. Dua perkara dapat mendatangkan keridhaan Tuhanmu, dua perkara lainnya pasti kamu memerlukannya. Dua perkara yang dapat mendatangkan keridhaan Allah adalah hendaknya kalian membaca kalimat Thayibah dan istighfar sebanyak banyaknya. Dan dua perkara yang kamu memerlukannya iaitu hendaknya kamu memohon kepada-Nya untuk masuk syurga dan berlindung dari api neraka Jahannam” (HR Ibnu Khuzaimah).
4 perkara itu;
  • membaca khalimah thayibah
  • membaca istighfar
  • memohon syurga
  • berlindung dari neraka jahannam.
2 perkara diatas kita perlu laksanakna untuk memohon keredhaan Allah.Kalimah Thayibah adalah kalimah LAILAHAILALLAH MUHAMMADARASULULLAH..dan istigfar ialah kalimah ASTAGFIRULLAHALAZIM..Jaga pertuturan kita di bulan Ramadhan..Jangan mengumpat.Jangan mengeji.Jangan berburuk sangka.Biarlah setiap kejahatan dibalas dengan kebaikan dan setiap kebaikan dibalas dengan doa juga.Manakala dua perkara dibawahnya pula adalah perkara yang kita perlu meminta pada Allah SWT..Semuanya sudah jelas bukan seperti yang dinyatakan dalam hadith..Maka,mari kita laksanakan bersama ya!
Alhamdulillah..setakat ini dahulu perkongsian dari saya..Saya doakan mudah-mudahan kita dapat melakukan amalan dengan lebih baik dari semasa ke semasa..Yang baik datang dari Allah..yang buruk itu juga datang dari Allah tetapi bersandarkan atas kelemahan saya sendiri yang masih perlu banyak  belajar lagi..Salah dan silap harap tidak disimpan di hati..Sekali lagi saya menyeru..kepada semua marilah kita saling mendoakan kebaikan untuk orang lain..Sesungguhnya Allah amat menyukai kebaikan..Kita tidak rudi sebaliknya..kita bertuah..dapat berada dalam nikmat Islam dan Iman ini..Maka,gunakanlah anugerah ini sebaiknya.dan bersyukurlah selalu.

Wallahualam..wassalam!

1 comment:

  1. Saya mohon maaf atas kesilapan ejaan yang terjadi..mungkin saya tidak perasan semasa menyemak..maklumlah nak cepat..rasanya boleh faham kan?perkataan rudi sepatutnya rugi..>lihat baris ke 3 dari bawah.

    ReplyDelete