Love isn't something you find. Love is something that finds you.


02 August, 2011

Lagi hikmah berpuasa.

Assalamualaikum..
Bagaimana dua hari berpuasa?Saya pasti dugaannya banyak,bukan?Teruskan bersabar ya..Apapun..saya pasti sahabat semua pasti boleh melaksanakannya.Saya mencuri-curi sedikit masa untuk menyambung lagi hikmah berpuasa melalui entry saya ini..Kepada yang sudi membaca,terima kasih saya ucapkan.Untuk hari ini,saya akan nyatakan 3 lagi hikmahnya.
Aktiviti saya sepanjang bulan Ramadhan tidak lain ialah menjalankan rutin harian saya seperti biasa,menunaikan solat terawih dan membaca kalamullah.Petang tadi,saya sempat menemani ibu ke bazar Ramadhan..Kelihatan sungguh sesak sekali..Namun,bukan mudah untuk mencari juadah berbuka yang berkenan di hati ibu.Setiap malam pula,saya akan mengunci jam pukul 4 pagi sebelum masuk tidur.Kemudian,saya akan bangun melaksanakan qiamulail sekadar yang mampu sebelum membantu ibu menyediakan juadah untuk sahur.
Marilah kita lihat hikmah yang seterusnya seperti yang saya janjikan..
4. Ibadah Agung, Sebagai Benteng 
Seperti yang kita ketahui,puasa merupakan ibadah yang agung dimana ia menjadi benteng kita supaya tidak melakukan kemaksiatan.Namun,realiti kehidupan sekarang tidak begitu..Apa agaknya punca terjadinya maksiat ini?Jawapanya kerana lemahnya iman dan taqwa kepada Allah SWT.Ada juga realiti yang berlaku hanya di bulan puasa mereka menjadi insaf dan meningkatkan amal ibadah yang dahulunya sering ditinggalkan..tapi apabila berlalunya bulan Ramadhan,segera ibadah sunat yang lain ditinggalkan..Contoh yang paling mudah,ialah membaca Al-Quran.Saya tidak kata orang lain.Saya sendiri juga kadang-kadang begitu.Mungkin disebabkan kekhilafan dan kealpaan kita dalam melaksanakan tuntutan kita didunia ini..Naudzubillah..
Rasul bersabda, Allah berfirman“Seluruh amal anak adam untuknya, kecuali puasa, sebab puasa adalah untuk-Ku, dan Aku pasti menjaminnya. Puasa adalah merupakan benteng, maka ketika seseorang tengah melakukan puasa janganlah berbuat keji dan kerusuhan; apabila ada yang mencaci maki kepadanya atau mengajak bertengkar, katakanlah “Aku tengah berpuasa”. Demi Allah yang Muhammad ditangan-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih harum dari kesturi di sisi Allah; dan baginya dua kegembiraan, iaitu ketika berbuka dan ketika berjumpa dengan Tuhannya, memperoleh balasannya” (HR Bukhari, Muslim).
5. Pintu Syurga Terbuka, Pintu Neraka Tertutup, Syaitan Dibelenggu
Aduhai sayang..sungguh bertuahnya kita ini..Lihatlah betapa banyaknya kasih sayang Allah pada kita..Jika syaitan benar dibelenggu..mengapakan kita masih melakukan kemungkaran lagi?Kita jangan terlupa yang kita masih punya nafsu dalam diri..Nafsu inilah yang akan memainkan peranan yang besar semasa syaitan-syaitan dibelengu..Maka,marilah sama-sama kita mengawal nafsu supaya kita tidak terjebak ke dalam kemungkaran..
“Ketika bulan Ramadhan tiba, maka dibukalah pintu-pintu syurga, pintu-pintu neraka ditutup, dan syaitan di belenggu “(HR Bukhari, Muslim).
6. Bulan keampunan
Pada ketika inilah..semua pintu taubat akan dibuka..Saya akui,manusia ini tidak lepas dalam melakukan dosa dan noda.Rasulullah sendiri sering bertaubat dan memohon keampunan atas dosa-dosanya..apatah lagi kita ini yang penuh hina dan kerdil di sisi Allah SWT.Sesungguhnya Allah mencintai orang yang sering bertaubat..Ketahuilah dan yakinlah..Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang..Allah akan ampunkan dosanya  walau seberat mana dosa yang dilakukannya..dengan syarat dia bersungguh-sungguh taubat nasuha.
“Barang siapa berpuasa di bulan Ramadhan kerana iman dan berharap kepada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari, Muslim).
Sekian saja dulu untuk kali ini..Nantikan entry saya yang seterusnya akan datang..Sekali lagi,saya mohon ampun dan maaf andai tulisan saya kurang menyenangkan..Saya sampaikan melalui hati..mudah-mudahan dekat di hati anda semua..Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri yang masih perlu belajar lagi..Teruskan mendoakan yang terbaik untuk saya,dia,kamu dan kita semua serta buat sesiapa saja yang berada disamping kita..Selamat menjalani ibadah puasa!

~Wassalam~

No comments:

Post a Comment