Love isn't something you find. Love is something that finds you.


03 August, 2011

Lagi Hikmah Berpuasa 2

Assalamualaikum w.b.t..
Bismillahirahmanirahim..Saya mulakan penulisan ini dengan bait yang cukup indah..Sesungguhnya Allah itu memang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Apa khabar semua?Mudah-mudahan semuanya dalam keadaan sihat-walafiat saja hendaknya..Insya-Allah.

Baru-baru in,hujan turun juga akhirnya..Biasalah..Taiping memang terkenal dengan kelembapannya.Kata orang,hujan yang turun akan membawa sekali rahmat..bahawa Allah kasihkan kita..Sebab itulah ketika hujan turun,kita digalakkan untuk berdoa..InsyaAllah..Allah akan mendengarnya dan memakbulkan doa-doa kita..Yakinlah ya ^_^

Baiklah..seperti biasa,saya akan menyambung lagi hikmah puasa seperti entry-entry yang sebelumnya ini..Kali ini saya akan tunjukkan lagi antara 4 hikmahnya..Sekali lagi saya berharap agar perkongsian saya ini berguna buat semua..Tiada lain yang saya harapkan dari pembaca yang saya cintai sekalian,..melainkan doa yang berterusan dari semua..agar hati dan jiwa saya masih kuat untuk menyampaikan apa saja yang saya perolehi ini ke jalan yang diredhaiNya..

Saya menulis bukanlah kerana saya sempurna,tetapi kerana saya juga perlukan peringatan buat diri saya..Seperti orang lain,saya juga berusaha untuk perbaiki diri ini agar menjadi lebih baik lagi untuk masa-masa akan datang.Maka bacalah tulisan saya ini dengan hati ikhlas dan jiwa yang terbuka ya..Sekadar tarbiyah buat hati-hati yang lemah ini!InsyaAllah..Selamat membaca!

7. Dijauhkan dari Neraka
Seperti yang kita ketahui,saya sudah nyatakan sebelumnya,dimana bulan Ramadhan ini,pintu syurga akan dibuka manakala pintu neraka akan ditutup dan syaitan pula akan dibelengu.Sudah tentulah sesiapa yang berpuasa yang sebenar-benar puasa pasti akan dijauhkan dari semua pintu-pintu neraka.Namun,saya pasti..kita semua mampu berpuasa..tapi..untuk dapat yang dikatakan sebenar-benar puasa itu bukanlah mudah..Tidak mengapalah..akuilah..itu memang kelemahan kita sebagai manusia biasa.
“Tiada orang berpuasa sehari pada jalan Allah, kecuali Allah menjauhkan wajahnya dari sengatan api neraka sejauh 70 tahun” (HR Bukhari, Muslim).
8. Doa Mustajab
Saya akui,ini adalah point yang paling saya suka.Dimana dikatakan bulan Ramadhan adalah bulan yang Allah angkat doanya..Sebagai manusia yang tidak sempurna ,saya pasti banyak perkara yang baik,yang kita inginkan dalam hidup ini..Maka,ambillah kesempatan ini..berdoalah bersungguh-sungguh..
“Telah datang kepadamu bulan Ramadhan dimana Allah melimpahkan keberkahan menurunkan rahmat dan mengampuni dosa dosamu, menerima doa doamu…” (HR Thabrani).
Satu yang saya ingin ingatkan..apa yang kita minta itu,janganlah berlebih-lebihan..Saya tidak katakan apa yang kita minta itu,tidak semestinya kita perolehi..Maka jangan rasa sedih dan kecewa andai apa yang kita doakan tidak tercapai buat masa sekarang..bersabarlah dan yakinlah Allah akan makbulkan jua impian kita suatu masa nanti.
“Tiga jenis orang yang doa mereka tiada ditolak adalah, doa orang berpuasa sampai ia berbuka, doa pemimpin yang adil, dan doa orang yang didzalimi… “ (HR Ahmad).
9. Pelipatgandaan Pahala
Ini yang dikatakan keistimewaan yang paling nyata dalam bulan Ramadhan berbanding bulan-bulan yang lain.Setiap amalan yang dilakukan walau sebesar zarah sekalipun,Allah akan pasti akan gandakannya..apatah lagi ibadah yang wajib.Masya-Allah!
“Barangsiapa yang ingin mendekatkan diri di bulan ini kepada Allah dengan suatu amalan sunnah, maka pahalanya bagaikan melakukan amalan fardhu di bulan lainnya; dan barangsiapa melakukan amalan fardhu di bulan ini, maka pahalanya adalah 70 amalan fardhu di bulan lainnya” (HR Ibnu Khuzaimah dalam shahihnya).

10. Jangan Tinggalkan Solat terawih dan Ibadah Malam yang lainnya
Apabila bercakap soal bulan Ramadhan,pasti yang terlintas di kepala ialah solat terawih..Saya ingin pesan kepada diri saya dan sahabat sekelian..janganlah tinggalkan solat terawih tanpa sebab yang kukuh kerana pahalanya amatlah besar..diibaratkan sebagai nadi bulan Ramadhan..Hanya puasa tanpa bertarawih,kelihatan kosongnya bulan puasa.Tunaikan solat terakwih walau sekadar  ditunaikan di rumah sahaja..Alangkah ruginya kalau kita tidak laksanakanya kerana solat terawih ini hanya wujud di bulan Ramadhan sahaja.Begitu juga dengan amalan-amalan sunat yang lain..Ruginya jika kita tidak rebut peluang ini!
“Barangsiapa yang menegakkan (ibadah) malam di bulan Ramadhan karena iman dan berharap kepada Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu” (HR Bukhari, Muslim).
Teringin solat terawih di Baitul Haram..
Maka..sama-samalah kita penuhi bulan Ramadhan ini dengan amalan-amalan fardhu disamping amalan-amalan sunnat yang lain..Mudah-mudahan Ramadhan kali ini membawa lebih erti buat kita semua.InsyaAllah!Setakat ini dahulu perkongsian saya..Teruskan membaca dan menantikan sambungan hikmah Ramadhan ini untuk entry saya yang seterusnya ya..Selamat Menjalani Ibadah Puasa!

~Wassalam~

No comments:

Post a Comment