Love isn't something you find. Love is something that finds you.


01 August, 2011

Salam Ramadhan!


Assalamualaikum!!!

Seperti yang dijanjikan..saya menyediakan entri terbaru bersempena dengan 1 Ramadhan 2011..Ini bukanlah apa-apa..sekadar perkongsian yang saya ingin kongsikan buat hati-hati yang dahagakan peringatan dan tazkirah yang tidak seberapa ini..saya sampaikan secara santai supaya dapat menarik minat untuk membacanya..Saya berpegang pada sabda Baginda SAW;sampaikanlah walau satu ayat..Jangan dinilai apa yang ditulis tapi lihatlah ianya sebagai suatu ilmu yang berguna untuk dikongsikan bersama.



Saya tertanya-tanya..apakah hikmah puasa di bulan Ramadhan?Kita tahu..Ramadhan bulan yang sangat barakah dan mulia..Tanpa Ramadhan,tiadalah Syawal..Sebenarnya, banyak hikmah menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan..tapi biarlah saya nyatakan 3 daripada 17 hikmahnya..Sambungannya akan saya masukkan dalam entry saya yang akan datang..InsyaAllah! 

1. Puasa, Tangga Menuju Syurga
Siapa yang tidak mahu menuju ke syurga?Saya pasti kalau ditanya pada anak kecil juga mereka akan memberikan jawapan yang sama..Syurga dikatakan tempat yang paling indah,paling nikmat dan paling bahagia sekali..Namun,untuk menuju ke syurga,bukanlah semudah yang disangka..Maka,salah satunya adalah melalui puasa!Allah SWT telah berfirman;
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada umat-umat sebelum kamu agar kamu menjadi orang yang bertaqwa” (QS Al Baqarah:183).
Kerana apa?Kerana..di bulan puasalah kita sentiasa dididik dengan perkataan sabar.Kita mengenal erti lapar dan dahaga..Tidak boleh marah-marah dan perbanyakan melakukan ibadah pada Allah SWT.Allah nyatakan janjiNya seperti dalam firman Allah;
Sesungguhnya orang yang bertaqwa ditempatkan dalam surga yang mengalir sungai-sungai” (QS Al Hijr:45)
2. Ibadah yang Tidak Dapat Ditinggalkan

Puasa ialah salah satu rukun Islam yang wajib kita laksanakan..Jika tidak..bukan Islam lah jawabnya..Tiada sebab mana-mana umat Islampun dibenarkan meninggalkan puasa di bulan Ramadhan ini..Ianya wajib dan tidak boleh ditinggalkan tanpa sebab-sebab yang kukuh sekalipun kepada wanita yang mengalami uzur syari'e,tetap wajib menggantikan ibadah puasa yang ditinggalkanya.
Barangsiapa berbuka (dengan sengaja) satu hari pada siang hari bulan Ramadhan tanpa rukhsah atau sakit, maka tidak akan dapat menggantinya walaupun berpuasa sampai akhir hayatnya” (HR Bukhari, Ahmad, Turmudzi dll).
3. Sesuatu yang Baik Bagi Manusia
“Dan berpuasa baik untukmu, jika kamu mengetahuinya” (QS Al Baqarah:184).
Berdasarkan firmanAllah SWT di atas,memang benar,puasa memberikan kebaikan kepada manusia.Itu sebabnya Allah mewajibkan kita semua berpuasa.Mari lihat keistimewaan puasa menurut kajian ilmu sains.Pengaruh mekanisme puasa terhadap kesihatan jasmani meliputi berbagai aspek, diantaranya iaitu :
  • Memberikan kesempatan  kepada alat pencernaan dalam tubuh manusia berehat
  • membersihkan tubuh dari racun & kotoran (detoksifikasi). Puasa merupakan terapi detoksifikasi yang paling tua. Dengan puasa, bererti menghalang kalori yang masuk dalam tubuh kita sehingga menghasilkan enzim antioksidan yang dapat membersihkan zat-zat yang bersifat racun dari dalam tubuh.
  • menambah jumlah sel darah putih sehingga dapat meningkatkan daya tahan tubuh
  • menggantikan sel-sel tubuh yang rosak dengan yang baru
  • meningkatkan daya serap makanan,
  • memperbaiki fungsi hormon & meningkatkan fungsi organ tubuh.

Ibadah puasa juga memberi kebaikan dalam menjauhi penyakit.Antaranya:
  • menurunkan kolesterol dan trigliserida tinggi,
  • menurunkan berat badan dan mencegah obesiti (kegemukan),
  • mengurangkan risiko kencing manis (diabetes mellitus) tipe II
  • menurunkan tekanan darah tinggi,
  • mencegah pengerasan pembuluh darah,
  • mencegah gangguan jantung dan stroke

Namun puasa juga harus diimbangi dengan cara makan yang benar. Makanlah secara teratur untuk buka puasa dan sahur dengan menu seimbang. Maksudnya adalah makanan yang terdiri dari karbohidrat 50-60%, protein 10-20%, lemak 20-25%, cukup vitamin dan mineral dari sayur dan buah. Selain itu, cukup serat dari sayuran untuk memperlancar buang air besar. Cukup cairan, dengan minum kurang lebih 7-8 gelas sehari. Terdiri dari 3 gelas waktu sahur dan 5 gelas dari buka sampai sebelum tidur. Pembagian makan adalah 50% untuk berbuka, 10% setelah sholat tarawih, 40% pada waktu sahur.
(bersambung lagi di entry yang seterusnya..)
Alhamdulillah setakat ini dulu perkongsian yang saya boleh kongsikan..mudah-mudahan,ia memberi sedikit sebanyak info dan pengetahuan buat kita semua..Sama-samalah kita berusaha untuk perbaiki ibadah puasa kita pada tahun ini..Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Dia wajibkan kita berpuasa itu supaya kita lebih dekat kepadaNya bukan untuk menyiksa kita..Kita seharusnya merasa bertuah dan bersyukur dilahirkan sebagai umat Islam yang hikmahnya sudah terbentang di depan mata..Oleh itu,wajarlah kita menghargai kesempatan yang diberi oleh Allah SWT dengan sebaik-baiknya.Rebutlah peluang ini sementara kita masih ada di muka dunia ini..Sebelum saya akhiri tulisan saya ini,hayatilah puisi di bawah ya..khas buat tatapan sahabat-sahabat yang saya cintai sekalian.


Ramadhan…

Daun jingga berguguran itu,Adalah saksi betapa penjiwa soleh,Merungkai segala kehendak ammarah,Bergelut.. meronta… mendidik jiwa,Terluluh lantak nafsu pendosa,Suci umpama seri anak kecil,Yang lahir dari rahim si ibu.Hening syahdu subuh…Menyinsinglah fajar Redha…Terhiaslah hari seawal pagi,Dengan permata zikruLLah,Serta bait-bait indah KalamuLLah.Angin dingin beku..sejuk menerjah,Adalah bukti betapa sang mukhlis,Mengatur langkah-langkah zuhud,Mundar-mandir hari ke hari,Pergi dan pulang dengan tekad,Menyahut seru Illahi.Sepi malam gelap..pekat gelita itu,Menyimpan erat satu rahsia,Berdamping satu dengan satu…berlutut, tangan menadah..Khusyu’ Tawaddu’,Tangis hamba memohon ampunan,Dari Yang Esa.Wahai hati…..Berjanjilah dengan Ramadhan,Segala rahmah & maghfirah yang terperah dari-mu,Bukan kerja sia-sia, bukan jua hiasan sementara…Biar tersemai, kukuh..ampuh di lubuk sanubari,Buat menempuh hari-hari mendatang.Andai jiwa tidak lagi ketemu-mu…Salam rindu teramat aku buat-mu….Semoga lelah ku di malam-malam-mu,Bisa sahaja buat aku tersenyum bila bersua tuhan...Rabbul Alamin….


Wallahualam..Wassalam..

No comments:

Post a Comment