Assalamualaikum..
Apa khabar?Saya harap semuanya baik-baik sahaja.Insya-Allah..Ayuh!Kita bangun dari lena.Mari kita bawa jasad dan minda kita pada Allah.Mengingati segala tentangNya..merupakan suatu anugerah yang tidak terhingga.Tika sendirian..pasti sakinah itu datang..cukup menenangkan dan mendamaikan..Tapi bila kita dalam persekitaran dimana setiap orang sedang bergembira,dan kita pula sedang berduka..Apa yang patut kita lakukan?
Adakah marahkan mereka kerana tidak memahami perasaan kita?
Atau sembunyikan air mata disebalik senda gurau?
Atau luahkan dan kongsikan segalanya pada orang yang paling kita percaya?
Setiap masalah ada jalannya..Bergantung pada masalah tersebut..Bijak dan rasionallah dengan ujian yang diberi..Tidak semua perkara boleh kita kongsikan,walhal dengan orang yang kita percaya..Kerana Apa???
Kerana..Setiap masalah yang datang dari Allah itu,pasti penawarnya dari Allah..Andai masalah itu melibatkan hubungan dengan Allah maka pada Allah sahaja kita mengadu..
Saya terkenang seorang sahabat saya yang seorang ni..Dia sering dalam dilema.Saya cuba bertanya apa masalahnya..Katanya hatinya tak tenang..Jiwanya gelisah..Ceritanya..Dia diganggu oleh seorang lelaki..Dia bencikan lelaki itu kerana sering mengusik dan menyakatnya..Dia benci tapi dalam diam dia sukakan lelaki itu..Saya tersenyum mendengar kisahnya..
Saya tak nafikan perasaan suka itu..pasti ada..setiap orang tentu pernah menyukai seseorang,bukan?Saya juga pernah mengalami situasi yang sama..Saya beritahu cara saya menanganinya..Setiap kali dia menganggu..Saya akan memandang wajahnya tanpa berkata apa-apa..Senyum tidak.Masam tidak.Dia pasti akan terkejut bila kita memerhatinya.Kemudian,jangan tunjuk lemah depannya..Pura-pura tidak ambil kisah dengan usikannya dan sibukkan diri dengan kerja-kerja kita..Lama-kelamaan,bila kita tidak memberi respon..pasti dia akan menjauh dan meninggalkan kita sendirian..
Kemudian,sahabat saya ini datang bertemu saya dan memeluk saya erat-erat..Katanya dia sudah rasa tenang..Alhamdulillah..Saya mengucap syukur dalam hati..Gembira dapat membantunya..Tidak lama kemudian,dia datang kembali..katanya dia tak dapat nak khusyuk dalam solat..hatinya kotor dan jiwanya tak tenang kembali..Kali ini apa sayang?
Rupanya,lelaki itu sudah beralih arah..menganggu dan mengusik orang lain pula..Dan dia rasa cemburu!Masya-Allah..sayang..Cemburu untuk perkara sebegitu?Dia tahu perbuatanya itu salah tapi dia perlu mengadu pada saya kerana katanya bicara saya boleh menyedarkannya..boleh menginsafkannya..Subhanallah..Ada yang salah ini..
Saya menariknya dekat dengan saya..Saya beritahunya..semua itu normal..tapi percayalah untuk sementara saja..Bukan semua masalah saya boleh selesaikan..Memujuk orang lebih mudah dari memujuk diri sendiri..Saya tahu itu..Saya memujuk orang dalam masa yang sama saya memperingatkan diri saya sendiri ..kerana saya sedar saya juga bukan seorang yang kuat dan sempurna..Saya bukanlah pemberi ketenangan tapi sebaliknya,Allah yang memberinya tapi saya menjadi sandarannya..Sungguh!
Kurangkan bergantung pada orang lain dan kuatkan diri untuk cuba berdiri di atas kaki sendiri..Buktikan pada semua yang kita ini tidak lemah..Kemudian tautkan tangan kita semua..supaya benteng yang dibina lebih kukuh..Wanita yang solehah saling bersandaran antara satu sama lain..Saya setuju itu..Kita saling memerlukan..Bila susah..ada bahu untuk kita menangis..Bila senang ada tangan yang menyapa..Berpimpinan tangan menuju ke jannah abadi..Itulah dia Sahabat Sejati!Saling mendoakan antara satu sama lain..
Indahnya bila dibayangkan..Sahabat sejati..Bolehkah kita berkumpul begini suatu hari nanti..Masing-masing jauh..Dan kita terpisah..Tapi percayalah..doa pasti sampai pada kita walau kita jauh antara satu sama lain..Hargailah setiap kebaikan yang diterima..Jangan takut..jangan malu untuk berbuat baik dengan orang lain..Kerana bukan balasan darinya yang kita harapkan..tapi keredhaan Allah yang kita buru!
Ayuh!Mari semua!!Kita buru sakinah qalbu..Ketenangan hati itu hanya milik Allah!Jangan rasa lemah bilamana hati dirundung kesedihan kerana kedamaian dan kebahagiaan itu akan mengiringi kita setiap saat kita ikhlas menerima ujian dan cubaan dari Allah SWT.Sayangilah Iman kita!Cintailah Islam kita..Kerana itulah yang mendekatkan kita pada Allah!Insya-Allah ^_^
Wassalam~Wallahualam
No comments:
Post a Comment