Assalamualaikum..
Apa khabar semua?Sahabat yang jauh tapi dekat di hati..Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar malah mungkin harapnya hari ini lebih baik dari semalam.Insya-Allah..Mari kita sama-sama doakan ya..Sedar-tak sedar sudah 2 minggu kita di bulan Ramadhan..Kita sudahpun di separuh jalan..Agaknya bagaimana amalan kita?Mudah-mudahan amalan kita ini diterima oleh Allah SWT..Amin!
Baiklah..entry kali ini berkaitan contoh yang baik,ikutan terbaik..Pernahkah kita mendengar ungkapan ini?
Meluntur buluh,biarlah dari rebungnya
Bapak borek,anak rintik
Bagaimana acuan,begitulah jua kuihnya
Dimana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi?
Sememangnya kita ini kaya dengan peribahasa melayu bukan?Jika dilihat peribahasa-peribahasa yang saya nyatakan di atas,semuanya berlainan,bukan?Tetapi sebenarnya ia membawa maksud yang sama..saling berkaitan...dan..sudah tentulah ia sangat-sangat berkaitan dengan tajuk entry saya kali ini ^_^
Kita semua adalah generasi yang terdidik..Ibu bapa mendidik kita dengan acuan Islam itu sendiri..Mari kita lihat dalam konteks yang kecil dahulu..
Seorang anak gadis belasan tahun,diajar oleh ibunya bagaimana selepas memasak,mestilah mengemas..sedang dalam masa yang sama,si ibu langsung tidak membantunya..sekadar mengarah tapi tidak mengajar..Apabila si anak itu tidak menjalankan tugas dengan baik,si ibu marah-marah malah berleter sambil menujukkan cara yang betul..Situasi ini sepatutnya tidak terjadi..jika si ibu turut serta membantu si anak tadi..Apabila si anak memerhatikan hasil kerja si ibu..Si anak itu akan mencontohinya dan selepas itu akan membandingkan hasilnya dengan hasil si ibu tadi..apakah setanding dengan kekemasan yang dilakukan oleh si ibu,ataupun lebih baik dari si ibu tadi?Nampak tak?
Apa yang saya ingin katakan di sini,contah yang terbaik ialah melalui perbuatan..Kurang bercakap tapi lebihkan melaksanakannya..Begitu juga konsep dakwah dalam Islam..Tidak perlulah kalau kita mengaku hebat sebagai orang Islam,sedangkan dari segi amalan,akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan Islam itu sendiri.Nabi Muhammad SAW,menyuruh kita berdakwah,berjuang,dan mengajak manusia ke arah kebaikan..Tetapi,kita tidak mampu untuk menyampaikan dakwah,tidak mampu bercakap di khalayak ramai..tidak mampu menarik orang ke jalan kebaikan,tidak mampu berjuang mendaulatkan agama Allah..
Maka,kita dituntut mengamalkan Qudwatul Hasanah..Akhlak yang baik adalah ikutan yang terbaik..
Apabila orang melihat peribadi yang baik dan indah,dengan hidayah Allah,Insya-Allah..akan terbuka juga hatinya untuk mencontohi kita sekaligus mengikut jejak langkah kita..Sebagai contoh,pakaian kita yang menutup aurat,labuhkan tudung kita,jaga kekemasan..hiaskan diri sekadarnya saja..maniskan wajah dengan senyuman,atur langkah dengan penuh sopan santun,jaga bicara dengan penuh hikmah..Siapa yang tidak sejuk melihat semua ini..Pasti sekurang-kurangnya,mereka akan berkata dalam hati..
Cantiknya dia..Teringin mahu pakai jubah sepertinya..
Baiknya dia..Teringin mahu jadi sepertinya..
Kemudian istiqamahlah..Lambat laun apabila tiba masanya,dia akan berubah dengan rela hati..Semuanya kerana dia melihat contoh yang baik dan menjadikan contoh yang baik itu sebagai ikutan terbaik..Insya-Allah..dapat pahala pada kita..Tapi,awas!Jangan lupa ikhlaskan hati..Niatkan kerana Allah..Setiap perbuatan kita dilihat oleh Allah..Maka jangan mudah meninggi diri..Merendah dirilah selalu..agar Allah permudahkan langkahmu..Bacalah doa ini selalu..
Alhamdulillah..sedikit sebanyak perkongsian daripada saya..Semoga kita dapat sama-sama berusaha dan melaksanakan perintah Allah SWT ini dengan sebaiknya..Sebelum saya undur diri,saya mohon maaf andai ada salah dan silap sepanjang saya menulis..Saya harapkan keredhaan Allah dalam menyampaikan apa saja yang saya telah saya sampaikan di sini..Untuk akhirnya,saya ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua!
Wallahualam~Wassalam.
No comments:
Post a Comment