Love isn't something you find. Love is something that finds you.


17 August, 2011

Salam nuzul Al-Quran.

Assalamualaikum..
Terlebih dulu saya mohon maaf kepada sahabat-sahabat yang mengikuti perkembangan blog saya..saya sudah menukar website saya dari mujahidahilahi.blogspot.com kepada mawadatulhumaira.blogspot.com.
Tiada apa yang terjadi..sekadar menukar arah..Segala kesulitan harap dikesali..Saya hanyalah manusia biasa yang tidak lepas dari melakukan kesilapan dan kesalahan..Apapun,terima kasih kerana mengikuti perkembangan saya..Semoga Allah beri saya kekuatan  dan keyakinan untuk terus menulis di sini..Sekadar berkongsi rasa dan buah fikiran untuk dijadikan santapan jiwa..Mana yang baik,jadikan tauladan,yang buruk jadikan sempadan..Paling penting,doa sahabat sekalian menjadi penawar buat hati saya..Terima kasih atas sokongan kalian!

Baiklah..buat permulaan,saya ingin berkongsi mengenai nuzul Al-Quran.Saya ambil artikel ini daripada buku Pengantar Ulum Al-Quran yang saya pelajari semasa di tingkatan 6 dahulu..Perkongsian yang sedikit ini,mudah-mudahan dapat memberi input dan output yang berguna,InsyaAllah.


  • Pengertian nuzul Al-Quran

Penurunan Al Quran untuk membawa petunjuk kepada seluruh dunia dan juga merupakan mukjizat terbesar kepada Nabi Muhammad SAW.Dari segi bahasa ialah.turun dari tempat yang tinggi dimana merujuk kepada kemuliaan Al Quran itu sendiri.Manakala dari segi istilah ialah,penurunan dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan Malaikat Jibril yang mengambil masa lebih kurang 22 tahun 2 bulan 22 hari atau 23 tahun.

  • Peringkat Nuzul Al Quran
  1. Nuzul Jumlatan( sekali gus)
Nuzul Jumlatan berlaku dalam 2 tahap.Pertama,daripada Allah ke Luh Mahfuz.Kedua dari Luh Mahfuz ke Baitul I'zzah di langit dunia.Hikmahnya,untuk membezakan Al-Quran dengan kitab Samawi(Taurat,Zabur,Injil..)yang diturunkan sekaligus kepada rasul-Nya dan juga untuk membuktikan keunggulan Al Quran dan meninggikan martabat Baginda.

Allah SWT berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia Dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk Dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak Hari yang ditinggalkan itu pada hari-Hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjuk-Nya dan supaya kamu bersyukur.” (al-Baqarah:185)
    2.   Nuzul  Munajaman(beransur-ansur)

Penurunan secara berperingkat-peringkat mempunyai hikmah tertentu,antaranya ialah;untuk memudahkan nabi menghafal dan memahami maksud dan kandungannya.Selain itu,supaya nabi sentiasa bergembira dengan kedatangan wahyu dari Allah dan perhatian daripada Malaikat Jibril.Seterusnya,supaya dapat menjadi senjata untuk menentang mereka yang tidak percayakan Al-Quran.

Seperti yang diketahui,ayat pertama yang diturunkan adalah daripada Surah Al-A'laq pada malam Jumaat,17 Ramadhan,tahun ke 41 keputeraan baginda.Terdapat juga hadis-hadis yang berkaitan nuzul Al-Quran yang kebanyakannya menjelaskan tentang  Lailatul Qadar( bermula malam ke 21 Ramadhan) dan kelahiran Rasulullah juga jatuhnya pd hari isnin,maka,dapatlah disimpulkan bahawa Al Quran diturunkan ke bumi pada Isnin malam 21 Ramadhan,13 tahun sebelum Rasulullah berhijrah ke Madinah.

Firman Allah SWT,
إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (al-Qadr:1)
Alhamdulillah..setakat ini saja perkongsian saya buat  sahabat-sahabat yang saya cintai..Mudah-mudahan kita dapat perbaiki dan pertingkatkan amalan-amalan kita Insya-Allah..Salam rindu penuh kasih daripada saya buat semua..Insya-Allah,saya akan menulis entry berkaitan Lailatul Qadar dalam masa terdekat ini..Nantikan saja ya..

~Wallahualam~

No comments:

Post a Comment