Love isn't something you find. Love is something that finds you.


25 February, 2011

Happy Birthday Fathin!!


Hari ini hari ulang tahun kelahiranku yang ke-20.Sukar untuk aku mempercayainya.Begitupun telah banyak suka duka yang telah kutempuhi.Mungkin zaman kanak-kanak itu sudah berlalu pergi tetapi ia akan sentiasa menjadi kenangan di kala aku kesedihan.Aku tidak akan sekali melupakannya.Hidup perlu diteruskan.Melangkah terus ke hadapan dengan penuh azam dan tekad yang menggunung.

Kata orang makin meniti usia makin kuat cabarannya.Kerana aku perlu lebih mempercayai diri sendiri berbanding orang lain.Kalau dulu aku mengharapkan pandangan,pendapat dan keputusan mereka yang lebih arif kerana ketika itu aku masih cetek pengalaman dan mentah dalam kehidupan.Sekarang segala keputusan ada di tanganku.Hanyaku yang berhak untuk mencorakkan hidupku dan bukan orang lain.

Dalam hidup ini aku tidak lepas dari menjadikan kesilapan aku sebagai pengajaran tapi juga menjadikan kesilapan orang lain sebagai pengajaran buat diriku.Sebagai manusia yang biasa,aku cuma berharap yang terbaik untuk diriku.Aku ingin terus mencari pengalaman dan pengetahuan sehingga ke akhir hayatku.Mudah-mudahan Allah akan merestui perjalananku dan perjuanganku ini..Insya-Allah..Amin ya rabal Alamin !

Sekudus Doa-Bab 5

Bab 5

        Persekolahan hampir tamat.Sebelum masing-masing memulakan cuti sekolah,4SA semua akan  mengadakan jamuan kelas akhir tahun.Kawasan pilihan mereka adalah di sekitar Pusat Perkelahan.Air sungai dan air terjun menjadi lokasi utama.Kebetulan kawasan perkelahan tersebut tidak terlalu jauh.

          Acara dipengerusikan oleh Arif Haiqal.Jamuan dimulakan dengan bacaan doa dari guru kelas 4SA iaitu Ustaz Hamzah.Seterusnya ucapan Ketua klelas,Hakim dan penolong Ketua kelas,Aini dan akhir sekali ucapan daripada Ustaz Hamzah sendiri.Acara diteruskan dengan upacara memotong kek dan seterusnya jamuan makan.Akhir sekali,gambar kelas di ambil untuk di abadikan oleh semua pelajar.Tahun itu menjadi tahun yang menyedihkan kerana tahun hadapan akan berganti guru kelas.Ustaz Hamzah tidak lagi menjadi guru kelas mereka tahun hadapan. 
         
          Pelajar lelaki hilang apabila semua mencari tempat yang selamat untuk mereka bermandi manda dengan tenang.Pelajar perempuan sibuk bersembang sambil mengemas apa yang patut.Kadang kala mereka bergelak ketawa sesama sendiri.

          Selepas solat Zohur di surau,mereka beramai-ramai memakan nasi ayam secara berjemaah.Mardhiah hanya makan sedikit sahaja memandang dia sudah merasainya di rumah terdahulu.Atas permintaan kawan-kawan,dia menawarkan diri untuk menyediakan nasi ayam.Semalaman Mardhiah dan uminya berjaga untuk menyiapkan nasi ayam yang special untuk kawan-kawannya.Alhamdulillah..semua memuji nasi ayam yang dimasakknya.

       Usai makan,Mardhiah mengangkat bekas-bekas yang kosong untuk di basuh.Dia sudah kenyang.

        “Hai,Mardhiah..sekejapnya kamu makan?Dah sudah?”Ustaz Hamzah menegurnya.Terasa semua mata memandang ke arahnya.

         “Mar cakap dia diet ustaz..”Mawardah mengusiknya.

          “Tak adalah ustaz,saya dah makan sikit sebelum pergi..Itu yang dah kenyang tu..”ujar Mardhiah terus menuruni tebing untuk membasuh bekas-bekas kotor ditepi sungai.Mardhiah sedar ada mata yang memandangnya.Dia cuba berlagak tenang.

           Sedang membasuh,salah satu bekas terlepas di tangannya dan hampir di bawa arus ke tengah sungai.Kawasannya cetek sahaja.Mardhiah mengeluh.Dia mahu membuka stokin yang tersarung di kakinya.Tiba-tiba terdengar namanya dipanggil.

           “Mardhiah!”Arif Haiqal yang berada tidak jauh darinya menghampiri kepadanya.Mardhiah tidak jadi membuka sarung kakinya.Arif Haiqal melipat seluarnya ke atas sehingga separas betis iaitu bawah sedikit daripada lutut.Sungai yang cetek setakat betis itu tidak membasahkan seluar yang dipakainya.Arif Haiqal segera mencapai bekas yang semakin menjauh dibawa arus.

           “Lain kali,bagi pelajar lelaki yang basuh..senang sikit..”
           “Hmm..err..terima kasih Arif..”
           “Sama-sama.Sedap nasi ayam tadi..”Arif Haiqal memujinya segera berlalu meninggalkannya dan menuju ke atas.Mardhiah terkejut.Tidak sempat untuk mengucapkan terima kasih.Rasa macam tak percaya.Seolah-olah mimpi pun ada.Dia termenung untuk beberapa ketika.

            “Mardhiah!Apa yang kau buat tercegat kat situ..Cepatlah naik..Kita dah nak balik ni..”Jerit Nurin Farhana.Mardhiah tersedar.Astagfirullahalazim..Jauhnya aku mengelamun.Mardhiah segera naik ke atas semula.Membantu kawan-kawannya mengemas.

            Sepanjang perjalanan pulang,Mardhiah hanya mendiamkan diri.Arif menegur aku?Betul ke Arif memuji aku tadi?Bukan ke dia anti-perempuan?Ah,aku perasan kot..getus hatinya,tidak percaya Arif akan bercakap dengannya.

            “Kenapa ni Mar?Senyap je..Ada masalah ke?”Nurin Farhana menegurnya.Mardhiah serba salah.Patut ke aku cerita pada Hana?Baik tak payah..Nanti dia ingat aku perasan pulak.Tak pasal-pasal aku akan digosipkan dengan Arif.Lepas tu,Wardah akan marahkan aku..Tak mungkin!Mardhiah terus melayan perasaannya tanpa menyedari Nurin Farhana sedang memerhati tingkah lakunya.Semacam mengesyaki sesuatu.

            “Mar..Sejak kat sana lagi aku perasan kau macam lain..Aku takut la kau kene sampuk dengan hantu ke?Risau aku tengok kau senyap macamni..”

            “Ishy..kau ni..ke situ pula..jangan risau la Hana,aku sihat..cuma penat sikit kot..”

            “Ye ke..kesian kau..Betul ke tak apa-apa ni?”Soal Nurin Farhana lagi.Mardhiah mengangguk sambil tersenyum.

* * *
       Arif Haiqal melemparkan pandangan ke luar tingkap.Ada sedikit senyuman di wajahnya.Amirul Naim yang duduk sebelah hanya merenung saja.

        “Aku nampak tadi..”
        “Nampak apa?”
        “Aku nampak kau dengan Mardhiah kat sungai tadi..”Mati senyuman Arif Haikal tiba-tiba.
        “Aku tak ada apa-apalah..aku cuma tolong dia saja..Kau jangan salah paham pula..”
        “Aku tahulah aku pun lelaki..Kau suka Mardhiah kan?”
        “Mana ada..kau tak tahu apa yang berlaku ketika itu..Kalau kau kat tempat akupun,kau akan lakukan perkara yang sama juga..”Arif Haiqal menjawab.Amirul Naim terdiam terus.Tidak mampu melawan kata-kata sahabatnya itu.Lelaki itu memang bijak berkata-kata.Lelaki itu juga yang menyedarkannya supaya tidak tergoda dengan Mawardah.Tetapi,Amirul Naim tahu,Arif Haiqal juga seorang manusia biasa.Dia takut kelembutan dan sifat pemalu Mardhiah akan menggoda Arif Haiqal.Tetapi dia yakin sahabatnya itu ada pendirian dan keegoannya yang tersendiri.Arif Haiqal takkan tersasar.Tetapi kenapa perasaannya rasa tidak tenteram?Apakah aku mencemburui Arif Haiqal?Takkan aku juga sudah jatuh hati pada Mardhiah?Kini Amirul Naim pula melayan perasaannya sendirian.

***
 Kelihatan Lokman,Arman dan Ikram masih sibuk mengulangkaji pelajaran sambil mengunyap halawiyat yang dibeli Muammar pagi tadi.Muammar menyudahkan ayat-ayat suci Al-Quran yang dibacanya di dalam biliknya.Beberapa minit kemudian dia keluar berkumpul bersama dengan sahabat-sahabatnya.

"Ammar...aku tanya sikit...?"Tanya Ikram.
"Tanyalah.."Muammar mengangguk.
"Kau tak ada buah hati kat kampung ke?"
"Kenapa tanya?"
"Sejuk hati aku tengok kau..yalah..kalau belum ada kau jadi adik ipar aku nak?"
"Ishy..kau ni..ke situ pula..aku tak terpikir lagi benda ni.."
"Hmm,untung siapa dapat kau..Pandai,soleh pula tu..rupa pun ada.."
"Jangan puji aku lebih-lebih..Nanti sebelah kaki masuk neraka tau..Nauzubillah.."Muammar beristighfar sambil menggeleng-geleng kepalanya.
"Kenapa pula?"Ikram menyoal.
"Riak!"Serentak Lokman dan Arman menjawab.Mereka menyambung ketawa.Lucu melihat wajah Ikram yang marah kerana dipermainkan oleh sahabat-sahabatnya.Muammar bangun menuju ke dapur.Mencapai gelas di rak dan menuang air ke dalam gelas lalu meneguknya sehingga habis.Dia kembali bersama kawan-kawannya.
"Tapi..aku nak berkongsi sesuatu dengan korang..fasal  bakal isteri aku.."Muammar tiba-tiba bersuara sebaik saja melabuhkan punggungnya ke atas lantai.Semua mata tertumpu kepada Muammar.
"Kau dah ada calon ke?Dasyat kau Ammar..Kami pun tak ada lagi.."Giliran Arman berubah wajah.
"Bukanlah..Ini doa aku setiap hari..Gadis yang di tangannya sentiasa memegang Al-Quran dan membacanya apabila ada kelapangan.Gadis itulah yang aku akan suntingnya menjadi bidadari hidup aku.."
"Alah..berlambak kat luar..Kau ni,tak masuk akal.."
"Al-Quran ada tapi tak dihayati apa gunanya,kawan..Aku akan terus mencari sampai satu hari nanti aku jumpa dengannya..gadis acuan Al-Quran.."
"Tapi jodoh pertemuan di tangan Allah..bukan boleh sesuka hati kau nak tentukan yang mana satu,Ammar.."
"Aku tahulah..sebab itu aku berdoa semoga jodohku dengan gadis yang selalu mendekati Al-Quran..isteri solehah,idaman lelaki..korang tak nak macam tu?"
"ya..lelaki baik untuk perempuan yang baik..perempuan solehah untuk lelaki yang soleh.."
"Betul tu..aku sokong!"
"Kalau macam tu..kitorang semua doakan semoga kau jumpa dengan muslimah acuan Al-Quran yang kau impikan tu.."
Terkoyak senyuman Muammar mendengar celoteh sahabat-sahabatnya yang gila-gila.Meskipun mereka gila-gila tapi mereka ini baik orangnya.Muammar bersyukur dia tinggal serumah dengan Arman,Ikram dan Lokman.Sangat memahami dan mengambil berat akan dirinya.Terima kasih sahabat-sahabatku sekalian!



24 February, 2011

Sekudus Doa-Bab 4

Bab 4

      Para pelajar semua tersenyum.Baik lelaki ataupun perempuan.Cuma ada beberapa wajah yang masam mencuka.Cikgu Fauziah juga tersenyum.

     “Baik kelas..cikgu berpuas hati dengan drama yang kawan-kawan kamu sampaikan sebentar tadi..Kalau boleh,cikgu mahu yang lebih baik terutama dari Puteri Gunung Ledang dan Laksamana Hang Tuah..Yang lain bagus terutama dari Arif yang memainkan watak Sultan..Bagus,semua..Selepas ini,buat nota mengenai tajuk ni..Hakim dan Aini kumpulkan dan minggu depan cikgu nak lihat ada di atas meja cikgu..Terima kasih..”Cikgu Fauziah mengemas barangnya dan keluar dari kelas.Kelas kembali gamat.

     Mardhiah menjadi usikan sahabat-sahabat mereka.Sesungguhnya dia gagal membawakan watak Puteri Gunung Ledang dengan baik..Begitu juga dengan Amirul Naim sebagai Hang Tuah..Tapi sekurang-kurangnya lebih baik dari Mardiah.Mardhiah terasa malu yang teramat sangat.Seumur hidup dia tidak pernah berlakon.Merah padam mukanya sewaktu berlakon di hadapan kelas.Berdebar-debar ,gemuruh dan rasa malu menjerut dirinya.Dia tak akan lupa bagaimana dia tergagap-gagap semasa bercakap dihadapan kelas.

       Amirul Naim tidak melayan usikan teman-temannya.Dia berpura-pura tidak mendengarnya.Kenapalah dalam banyak-banyak orang,undi aku yang sangkut?Bisiknya dalam hati.Sudahlah skripnya susah.Nak sebut ‘Adinda ku sayang’ pun rasa payah..Berpeluh juga dia berhadapan dengan Mardhiah di hadapan kelas tadi.

      Semenjak itu,mereka berdua di gosipkan bersama.Percintaan antara Hang Tuah dan Puteri Gunung Ledang Abad ke 20.Baik Amirul Naim mahupun Mardhiah masing-masing membisu.Malas melayan kerenah kawan-kawan mereka.

       “Mardhiah,puteri Gunung Ledang yang manis tetapi pemalu,Kekanda Laksamana Hang Tuah mengirim salam rindu buatmu adinda..”Ketawa memecah di kalangan mereka.Mardhiah geram dengan usikan kawan-kawannya.Sikapnya yang sombong dengan pelajar lelaki membuatkan dia selalu menjadi mangsa usikan pelajar lelaki.
‘Naim pun satu,boleh buat muka selamba dengan benda macam ni?Cuba bangun dan marah mereka tu..Rimas aku nak datang sekolah ni..’Mardhiah mengomel dalam hati.

         “Hei,apasal ni?Takkan marah kut kitorang usik kau dengan Naim?Ceritalah..takkan dengan akupun kau nak berahsia..Kata best friend..”

         “Rahsia apa?Aku dengan Naim tak ada apa-apalah..”

         “Lah,satu kelas dah gosip pasal korang berdua..Yang parahnya dah sampai ke pengetahuan pelajar asrama..Bila sudah macam tu,famouslah korang berdua..”

         “Macamana boleh kecoh benda ni?Aku tak pernah cerita apa-apa pun..Macamana boleh sampai kat sana?”

          “Itulah engkau..kelas kita ni,separuh dari budak lelaki dan separuh dari budak perempuan duduk di asrama..Bila cerita kau dan Naim tersebar di asrama,maknanya, famouslah kau..makin ramai yang nak tahu pasal pelajar baru yang mencipta kontroversi..”

           “Apa ni?Aku malu lah..Ini semua gosip..Apa yang kau dengar,Hana?Ceritalah kat aku..”

           “Mereka kata,kau dan Naim sebenarnya dah lama kenal..Korang bercouple dan berjanji nak bertemu di sekolah ini..Sebab tu,korang berdua masuk ke sini pada hari yang sama..Betul tak?”

           “Astagfirullahalazim..Siapa yang memandai-mandai buat cerita mengarut macam ni?Aku tak pernah kenal dengan Amirul Naim tu sebelum ni..Kau pun tengokkan aku tak pernah cakap dengan budak lelaki, termasuk Naim..”

            “Aku tak tahu..nasi sudah menjadi bubur..Baik kau mahupun Naim kene jelaskan pada semua orang tentang salah paham yang berlaku..Ini tidak,korang berdua diam je..Seolah-olah,mengiakan usikan mereka..Budak lelaki tanya aku,betul ke kau dengan Naim ada apa-apa?Kau tak jawabkan?Kau cakap,malaslah nak jawab..lepas tu budak  perempuan tanya pula budak lelaki,betul ke Naim dengan kau ada apa-apa?Kau tau dia jawab apa,No comment..So,nak salahkan siapa?Sepatutnya korang berdua kene tepis dari awal lagi..Bukan diam dan membiarkan gosip ni macam tu saja..paham,Tuan Puteri?”
Mardiah terkedu.Salah siapa?Akukah?

* * *

          Muammar berjalan keluar dari Dewan Kuliah.Salji semakin lebat.Sesudah sampai di rumah sewanya,Muammar membuka pemanas elektrik bagi memanaskan badannya yang kesejukan.Kelihatan Lukman dan Arman sedang lena di atas sofa sambil dibaluti oleh selimut tebal.

      Muammar membuka komputer ribanya.Satu email diterima.Email dari abangnya.Muammar tersenyum.Tidar sabar lagi untuk membaca isi kandungannya.

Assalamualaikum w.b.t.,

Apa khabar Ammar…Sihat ke?Harap semuanya okay..Kami di sini,sihat alhamdulillah..Ammar,ada berita gembira dan ada berita yang menyedihkan..Yang mana satu  Ammar nak dengar dulu?
Baiklah,abang lang cerita yang gembira dulu..Hmm,Abang Aqim ada ahli baru..Kak Zhulaikha selamat melahirkan anak sulung mereka malam tadi..Seorang bayi perempuan..Ammar nak cadangkan apa-apa nama?Ayah dan ibu sangat gembira dengan cucu pertama mereka..Lepas ni,Ammar jadi pak cik lah kan?Hehe..
Hmm,berita sedih ialah,Abang ngah putus tunang..Kesian abang ngah..Puncanya abang ngah saja yang tahu..Kalau Ammar dapat cakap dengan dia ,jangan lupa pujuk dan bagi kata-kata semangat tau..Mana tahu,Abang ngah akan kembali ceria semula.
Okaylah,Ammar..Abang Lang berhenti di sini dahulu.Sambutlah salam sayang dari kami semua dan baby baru kita ya!Jaga diri di sana..
Wassalam..
                                                                                                                 Mujahid


Dugaan Tuhan datang silih berganti.Dalam berbagai rupa dan bentuk.Itulah difikirkan nya ketika ini.Begitu juga nikmat yang diberikannya.Keduanya penting untuk menguji tahap kesabaran kita semua.

Assalamualaikum w.b.t.

Ammar telah terima kiriman daripada Abang Lang tadi..Alhamdulillah keadaan di sini semua okay.Sekarang musim sejuk.Ammar akan kirimkan gambar sebentar lagi.Pertama sekali Ammar nak ucapkan tahniah kepada Abang Aqim dan Kak Zhulaikha kerana telah selamat melahirkan cahaya mata yang pertama.Ammar rasa nama yang paling sesuai ialah Nurul Wahidah memandangkan dia ialah anak dan cucu pertama dalam keluarga kita.Seperti yang sedia maklum,wahid dalam Bahasa Arab bermaksud satu atau pertama.Ini cadangan Ammar sahaja.Nanti jangan lupa hantar gambar nya pada Ammar,ya..
Kepada Angah,takziah Ammar ucapkan..Ammar akan cuba menghubungi Angah nantiApapun Angah,kuatkan semangat dan redhalah keputusan yang diterima.Angah,bunga bukan sekuntum..Kalau Angah nak suiruh Ammar carikan gadis Jordon untuk Angah pun boleh..hehe..
Baiklah,Alang,terima kasih sebab menyampaikan berita ini secepat mungkin.Sampai di sini dahulu.Kirim salam pada semua dan anak saudara Ammar,okay..Sekian,
Wassalam..
                                                                                                          Abdul Muammar

Komputer ribanya di tutup.Sementara menanti waktu Maghrib masuk,Ammar membuat keputusan untuk membersihkan diri terlebih dahulu.Teman-teman serumahnya sudah bangun dari tidur.Muammar perlu bersiap sedia untuk solat berjemaah.Hari ini giliran dia untuk menjadi imam.Sejak musim sejuk mereka tidak solat di masjid berikutan cuaca sejuk di luar.

Sekudus Doa-Bab 3

Bab 3

            “Apa?Mawardah bagi surat dekat kau?”Aizat separuh menjerit.Gempar seketika suasana petang itu.Amirul Naim hanya mengangguk sedikit terkejut dengan kekagetan lelaki itu.Sebetulnya dia juga turut terkejut.Setahunya,Mawardah itu terlalu ramai peminat.Dia bukan saja cantik,wara’ malah pandai juga.Sebetulnya dia rasa tidak layak untuk berkawan dengan gadis itu.Tetapi jauh di sudut hatinya terasa bangga dan bertuah.

            “Aku rasa kau jangan balas surat dia,Naim..Dia nak mainkan perasaan kau saja..”Aizat menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu berkali-kali.

            “Err..aku dah balas surat dia..Tapi,aku cuma beri biodata aku seperti yang dia minta dalam surat tu je..Tak lebih dari tu..Tapi apasal kau tak bagi aku berkawan dengan dia?Jangan cakap yang kau jeleous dengan aku pula..”

            “Naim..naim..hmm,aku dah kenal dengan Wardah tu dah lama tau..Kau jangan nak bangga diri dengan aku..Aku tahulah aku siapa nak dibandingkan dengan kau..Tak kacak macam kau..tapi aku pandai sikit dari kau tau..Aku nasihat kau sebagai kawan..Apa faedahnya aku nak tikam kau dari belakang..Macam nilah,kalau kau tak percaya cakap aku,kau tanya Arif..Nanti baru kau paham..Aku pergi dulu..jumpa esok,kat sekolah..Assalamualaikum!”Aizat meninggalkan rumah Amirul Naim dengan perasaan marah.Dia sedikit kecewa dengan sikap sahabatnya itu.

           Amirul Naim memandang dengan ekor matanya.Semakin lama kelibat Aizat semakin menghilang.Amirul naim tersenyum.Aizat,aku tau kau jelous dengan aku sebab dapat Wardah kan?Untungnya aku!Rasa bangga memenuhi diri Amirul Naim.

* * *
          Arif Haiqal sibuk memasukkan buku ke dalam begnya.Amirul Naim sekadar merenungnya.Kelas sudah lama lenggang.Pelajar lelaki semua sudah pulang, hanya tinggal mereka berdua.Manakala pelajar perempuan tinggal 3 orang lagi.Mawardah,Mardhiah danNurin Farhana.Seketika kemudian,ketiga-tiga gadis itu bangkit dan bersiap-siap untuk pulang.Tiba-tiba Mawardah menghampiri meja Arif Haiqal.Amirul Naim terkejut.Betul ke kata-kata Aizat semalam yang Mawardah hanya mempermainkan perasaanya sahaja?Hatinya berbisik.

        “Arif,ini laporan untuk hari ni..Esok pagi Cikgu Zainal suruh kau letak atas meja di bilik ketua pengawas..”Tutur Mawardah penuh lemah lembut.Sambil itu matanya sempat mengerling ke arah Amirul Naim yang turut memandangnya.Arif Haiqal hanya mengangguk tanpa sedikitpun memandang ke arah Mawardah dan tanpa sepatah kata untuknya.Mawardah terus mendapatkan Mardhiah dan Nurin Farhana yang menanti di luar kelas.

Dinginnya!

        “Eii..sombongnya dia?Langsung tak ucap terima kasih kat kau?Sedangkan kau penat-penat buat laporan tu..berlagak betul!”Mardhiah meluahkan perasaan geram apabila menyaksikan sikap Arif Haiqal kepada Umi Wardina di kelas tadi.

       “Apa kau nak hairan Mar?Kau tak kenal Arif Haiqal tu..Dia memang anti-perempuan.Akupun tak tahu apa masalah dia tu..orang selalu cakap dia ni sombonglah,berlagaklah,egolah,tapi sebenarnya hati dia baik..Kalau kau kenal dia Mar,baru kau tahu perangai dia macam mana.”Nurin Farhana menjelaskan.Dia memang sporting.Walaupun dia seorang yang ramah,tetapi dia pandai menjaga tatasusilanya dengan sesiapa sahaja.Sebab itu dia disenangi oleh kawan-kawannya.

       “Tapi dia handsome kan?Aku tak kisah..Aku suka dengan sikap dia!Nampak gentleman..pada pandangan aku lah..”Mawardah memuji Arif Haiqal.

       “Gentleman?Eii..tak langsung..Aku tengok biasa saja..”

       “Sudah..sudah jangan cakap pasal dia lagi boleh tak?Mawardah ni dah lama minat dekat si Arif tu tapi Arif ni tak layan langsung..Sudahlah,boringlah cakap pasal dia..”

       “Okaylah..umi aku dah sampai..jumpa esok tau,bye!”Mardhiah menuju ke kereta yang sedang menanti di hadapan pagar sekolah sambil melambai tangan ke arah mereka.Mawardah dan Nurin Farhana turut melambai tangan ke arahnya.

* * *

      “Cakaplah..aku tau kau nak cakap sesuatu dengan aku..Tak payahlah nak tengok aku sampai macam tu..”Arif Haiqal duduk semula di atas kerusinya.Kini tinggal mereka berdua sahaja lagi di dalam kelas itu.

      “Kenapa kau layan Wardah macam tu?Kau tak suka kat dia?”Soal Amirul Naim ingin kepastian.

      “Bukan tak suka tapi aku tak nak melayan dia sangat,nanti dia perasan.Kau dapat surat dari dia kan?Aizat dah beritahu aku..Kau kan tahu Wardah tu ramai peminat..Aku takut dia lukakan perasaan kau sedangkan kau dah suka kat dia gila-gila.Sebab tu aku tak mahu kau menaruh harapan pada perempuan seperti Wardah..Lagipun kita masih belajar,bila kau kecewa,pelajaran kau akan merosot..Tentu kau tak nakkan?Hanya kerana seorang perempuan,pelajaran kau merosat..Fikirlah baik-baik,Naim..”Panjang lebar nasihat Arif Haiqal kepada Amirul Naim.

      “Habis apa aku nak buat kalau dia betul-betul suka kat aku?Kan melepas?Wardah tu ada ciri-ciri gadis idaman aku..ciri-ciri wanita solehah..macamana?”

       “Terpulanglah pada kau Naim..Aku rasa kau masih terkejut dengan suasana di sini..Tetapkan iman kau betul-betul..Betulkan kembali niat kau..Kau datang sini nak belajar ke nak cari isteri?”Arif Haiqal merenung jam di tangannya.Sudah pukul 4 petang.Perut mulai lapar.Awan semakin mendung.Seolah-olah hujan akan turun.

       “Okaylah Naim,aku kena balik sekarang..Langit dah mendung.Nanti tak sempat sampai rumah aku dah siap mandi air hujan dah..tak nak aku..Aku balik dulu,Assalamualaikum..”Arif Haiqal menggeleng kepalanya.Dia yakin Amirul Naim kuat menangkis godaan dunia.Inilah padahnya bila elok-elok  belajar di sekolah yang semua lelaki..belajar tahfiz kini masuk sekolah biasa seperti ini,sosialnya sangat menakutkan.Kalau tak kuat iman,boleh hanyut.


*** 

Universiti Yarmouk menyediakan pengajian dalam pelbagai bidang.Sistem pembelajaran di Yarmouk amat bebas dan tidak ada tahun pengajian.Sistemnya mudah menggunakan mata pelajaran.Misalnya Dirasat Islamiyah mempunyai 44 mata pelajaran,maka pelajar itu perlu menghabiskan 44 mata pelajaran tersebut barulah menerima ijazah.Tak kisahlah,kalau tiga tahun habis,maka tiga tahunlah jangka masa pengajiannya.Selain itu,pelajar Yarmouk boleh memilih masa pelajaran sendiri,pensyarah sendiri dan mata pelajaran yang ingin dipelajari.Namun semuanya masih tertakluk kepada pilihan yang disediakan oleh pihak universiti.Selain kebebasan yang ada,Jordan mempunyai disiplin yang tersendiri.Kelas wajib dihadiri.Enam kali tidak hadir tanpa sebab dan alasan yang kukuh,maka pelajar akan diharamkan ambil peperiksaan.

Muammar mengangguk-angguk mendengar penerangan di beri.Hampir 2 minggu dia berada di Jordan.Dia semakin berjaya menyesuaikan diri dengan persekitaran.Cuaca agak baik.Minggu orientasi juga hampir tamat.Dia juga mendapat ramai kawan-kawan yang baru.Nampaknya segalanya berjalan dengan lancar.Muammar bersyukur kerana impiannya untuk menyambung pelajaran ke universiti  Yarmouk,Jordan tercapai juga akhirnya.

Tiba-tiba badannya ditepuk dari belakang.Ikram menyerongeh.Dia mengambil tempat duduk di sebelah Muammar.
"Lepas ni nak pergi mana?"
"Pergi mana lagi?Baliklah.."
"Tak nak jalan-jalan lagi ke?"
"Hei..tak puas lagi berjalan ke?Mula-mula seronoklah..Nanti dah bertahun duduk sini semuanya nampak biasa je tak ada yang menarik lagi.."
"Yalah..Teman aku pergi pasar..beli barang."Muammar mengangguk.
Mereka berjalan beriringan melepasi bulatan bernama Maidan As-Syahid Wasfit Talal di tengah Balad Irbid.Keadaan disini agak sesak seperti biasa.Mereka menuju ke kawasan pasar utama.Dari pasar utama ke tempat tinggal pelajar melayu Irbid hanya mengambil masa 10 minit dengan berjalan kaki.Iaitu dikenali dengan nama Bangunan Umar Mukhtar.Itulah tempat tinggal Muammar dan pelajar melayu yang lain.

Sekudus Doa-Bab 2

Bab 2

     Muammar menanti penuh debaran.Setengah jam lagi kapal terbang akan di buka.Dia akan menaiki kapal terbang itu.Satu-satu wajah ahli keluarganya ditatap.Abangnya yang sulung,Abdul Mustaqim berdiri di sisi isterinya,Zulaika.
“Nanti jangan lupa,kalau jumpa gadis Jordan beritahu abang Aqim ya?”kata Mustaqim sambil berseloroh.Isterinya Zulaikha tersenyum simpul.Terasa dengan usikan suaminya itu.Mereka berdua baru balik ke Malaysia 2 tahun lalu, dan berkahwin di Mesir sehingga sama-sama menamatkan pengajian di universiti Kaherah di Mesir.Perut Zhulaikha semakin membesar.Entah Muammar sempat melihat kelahiran anak buahnya atau tidak,dia sendiri tak pasti.

      “Abang Aqim ni..ke situ pula..Kau jangan nak dengar cakap Abang Aqim tu..”Abang ketiganya,Mujahid bersuara.Sememangnya,Muammar agak rapat dengan Mujahid.Maklumlah perbezaan umur yang tidak terlalu jauh,menyebabkan komunikasi antara mereka tampak mesra.Mujahid kini belajar dalam jurusan syariah pengkhususan Undang-Undang dari Akademi Islam,Universiti Malaya.Kini di tahun kedua.

     Abang keduanya Muttaqin masih sibuk bermain mesej dengan telefon bimbitnya.Barangkali sedang bermesej dengan tunangnya.Sesekali dia turut serta untuk mengusik adiknya itu.Muannas masih di tingkatan 3.Disebabkan perbezaan umur yang cuma 2 tahun juga membuatkan mereka berdua agak rapat.

     “Nanti boring la abang Ammar tak ada..Jangan lupa kirim e-mail tau.”Muannas mengingatkan Muammar sekali lagi.Dua adik lelakinya iaitu Muslim dan Mukmin masih leka bermain di sekitar airport.Di suatu sudut kelihatan ayahnya,Abdul Mustapha dan ibunya, Raudhah sedang berbincang dengan pak ciknya,Umar.

      Muammar melihat jam di tangan.Sudah hampir waktu bertolak.Dia membuat pemeriksaan terakhir sekali lagi.Seketika kemudian,pengumuman bahawa kapal terbang sudah dibuka.Lima belas minit lagi,perjalanan akan di mulakan.Sesudah bersalam-salaman dengan ahli keluarga dan saudara yang mengiringinya,Muammar melangkah melepasi pejabat imigresen dan terus menaiki kapal terbang.Sebelum masuk ke dalamnya,Muammar sempat memberi lambaian terakhir pada keluarganya.

      University Of Jordon,tunggu kedatangan aku!Muammar meniupkan semangat dalam hatinya.

* * *
       Peperiksaan Awal tahun sudah berlalu.Keputusannya biasa saja.Tapi subjek sains yang diambilnya kurang memuaskan.Mardhiah mendapat tempat ke 5 di dalam kelas.Kalau di sekolah dulu,jangan harap aku nak dapat top 5 dalam kelas..top 5 dari belakang bolehlah.getus hati kecilnya.
  
        Mawardah menghampirinya.Cantiknya dia,secantik namanya.Tudung sekolah yang dipakainya labuh dan cantik potongannya.Mardhiah tersenyum kepadanya.Mukanya bujur sirih dan alis keningnya cantik.Matanya bundar dan wajahnya kuning langsat.Tidak hairanlah pelajar lelaki sering mengusiknya.

     “Tahniah..Mar!Dapat nombor 5 dalam kelas..Budak pandai,mestilah hebat,kan?”Puji Mawardah.Mardhiah termalu dipuji begitu.

     “Tak adalah..keputusan biasa saja..Emh,Wardah macammana?”Soal Mardhiah berhati-hati.Takut-takut soalanya sensitif untuk diajukan.

      “Alhamdulillah..menaik sikit..Dapat nombor 3 je..”Jawab Mawardah penuh lemah lembut.Mardhiah terpana.Mukanya panas.Rasa malu menyerbu di segenap ruang.Bukan nombor 4 atau di bawahnya tapi nombor tiga dalam kelas dan nombor lapan dalam tingkatan.Ya Allah,malunya aku..Aku pula nombor lima dalam kelas dan nombor sepuluh dalam tingkatan...Jauh result aku dari dia Sebaik mengucap tahniah,Mardhiah kembali ke meja dengan rasa malu dan rendah diri yang teramat sangat.Kelas berjalan seperti biasa sehingga tamat sesi persekolahan.Tetapi hati dan jiwa Mardhiah luruh.Dia tidak boleh fokus pada mata pelajaran selepas itu sehingga kelas tamat pada hari itu..

     Sebaik Pn Salwa menjemputnya petang itu,Mardhiah menunjukkan keputusan kepada uminya.Ternyata uminya begitu gembira sekali.Hilang rasa kecewa yang bermukim di hati.

     “Tahniah,sayang..okaylah tu..jangan risau..umi yakin,Mar dah lakukan yang terbaik..”Pn. Salwa mengusap-usap lembut kepala Mardhiah.

* * *
Hujung minggu itu,Madiha pulang ke rumah.Dia kini belajar di matrikulasi Pulau Pinang semester kedua.Kakak sulungnya,Marhamah juga balik.Tentu rumah yang sunyi sepi menjadi riuh kembali.

      Malam itu,usai makan malam bersama-sama dan berkemas,mereka berkumpul di depan televisyen.Tiada rancangan menarik melainkan berita Bernama di Astro mengenai isu politik yang tidak habis-habis.

       “Macamana Mar…okay ke sekolah situ?”Soal Marhamah tiba-tiba.Dicapainya remote dan mengubah siaran ke TV3 yang sedang menayangkan slot Cerekarama.

      “Okaylah..Kawan-kawan semua baik-baik..Tak ada masalah..Tapi kadang-kadang rasa segan pula masuk sekolah tu kak Mah..”Ujar Mardhiah sambil mengisar tempat duduk.Madiha masih sibuk mengunyap kerepek pisang di dalam balang.

       “Kenapa pula?Budak-budak situ pandai-pandai ke?”Marhammah meneka.

       “Biasalah kak..Yang pandai…pandai sungguh..Yang kurang pandai,kurang sungguh..Banyak main lah..Akak tahu,masa mula-mula Mar jejak ke sekolah itu,Mar ingat pelajarnya kurang-kurang tapi sekarang Mar rasa Mar silap!”Mardhiah menjelaskan lagi.Kakaknya yang kini bekerja sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa hanya mengangguk sambil mata tertumpu pada televisyen.Agaknya,cerita yang ditayangkan di televisyen lebih menarik daripada cerita adiknya Mardhiah.Ada sedikit rasa terkilan dengan sikap kakaknya.

       “Silap?Apa yang Mar fikir tentang sekolah harian tu?”Madiha memancing Mardhiah yang mungkin terasa dengan sikap Marhamah tadi.

       “Dulu Mar ingat,budak-budaknya teruk.Tudung pendek lah..Malas belajarlah..budak lelaki yang gatal..tapi bila Mar masuk kelas tu,huh semua tanggapan Mar salah..Mar rasa tudung mereka lagi labuh dari Mar,budak laki pun tak adalah mengorat Mar..So,Mar buat hal sendirilah..Cikgu-pun baik-baik dan selalu bagi nasihat..”Jelas Mardhiah panjang lebar. Seketika kemudian, Pn. Salwa muncul dan melabuhkan punggung di sebelah Madiha.

       “Hmm..baguslah tu Mar..Lepas ni kamu belajarlah elok-elok dari sekarang..Haa,abah dengan Marwan ke mana?”Soal Pn Salwa kepada anak-anaknya.

       “Ke mana lagi umi,Abang Wan keluar dengan abah la..”Madiha menjawab soalan uminya.

       “Hmm,kamu ni Mah..macamana?Dah buat keputusan ke?”Soal Pn Salwa lagi.Marhammah memandang sekilas kepada uminya dan kembali menumpukan perhatian pada cerita di televisyen.

        “Entahlah..Mah belum pasti lagi..Kalau umi dengan abah tengok okay,okay la tu..”Marhamah menjawab.Baginya biarlah Umi dan Abahnya membuat keputusan untuknya.Setahunya,orang yang datang merisik itu,daripada keluarga yang baik-baik.Namanya Azlan.Ustaz Azlan itu seorang penceramah bebas.Dia seorang yang terkenal dan dihormati.Ustaz Azlan juga mengajar di sekolah agama rakyat di kampungnya.Ibu bapanya adalah kawan baik kepada umi dan abah.
Tiba-tiba Marhamah terkenang pada lelaki campuran cina dan melayu bernama Danial.Pantas memorinya teringat pada perbualan antaranya dan Danial di telefon beberapa hari yang lepas.

         “Maafkan saya,Danial..Saya tak boleh terima awak…”Ucap Mardhiah sayu.

         “Tapi..apa salah saya?Saya tak akan terima keputusan awak selagi awak tak beritahu saya kenapa awak menolak saya?”Soal Danial.Kedengaran nafasnya turun naik.Mungkin sedang cuba mengawal emosi.

         “Penting sangat ke soalan tu?Kalau saya tak nak jawab?”

          “Ya..Memang penting..Penting bagi saya untuk tahu apa kelemahan dan kekurangan diri saya..Dan saya juga nak tahu di mana keikhlasan awak..Saya perlukan awak untuk mengubah diri saya..Saya tahu,saya tak sempurna..Saya jahil ilmu agama..Tapi sejak saya jumpa awak,saya rasa kita boleh saling bantu membantu..Awak telah banyak mengajar saya mencari dan mengenal Allah S.W.T yang selama ini saya abaikan..Saya berharap sangat pada awak..”Lelaki itu terus merayu.Marhamah di rundung rasa bersalah.

           “Alhamdulillah..saya bersyukur yang saya dapat mengubah awak dan kembali kepada Allah..Saya bukan nak putuskan terus hubungan ini,cuma saya mahu kita bersahabat sahaja..Lagipun saya ada ibu bapa,mereka dah tentukan jodoh saya..Dan bagi saya,pilihan ibu bapa adalah pilihan yang terbaik..Saya rasa kita tidak sesuai..err..maksud saya.. tidak sekufu..”

           “Tolonglah bagi alasan yang logik sikit..Rupanya selama ni awak tak ikhlas dengan saya.Saya mencari wanita yang dapat menerima diri saya seadanya.Saya bukan mencari wanita yang memilih..Kalau putih,semua mahu,kalau hitam sikit,tak mahu..Dengar sini,Marhamah,saya bukan baik atau sempurna di mata awak..Tetapi tak bermakna saya seorang yang jahat..Dan tidak mustahil orang yang kita rasa sempurna dimata tapi sebenarnya dia seorang yang banyak kekurangan..Don’t judge people by it’s cover,okay!Luar dan dalam tak semestinya sama!”Danial mula berhujah.Marhamah mati kata untuk membidas kembali.Ah,lelaki itu sungguh bijak berkata-kata!Bisik hati Marhamah.

            “Saya tak memilih..Sebagai wanita, saya mendambakan seorang suami yang lebih baik dari saya.Kerana setiap wanita itu ada kekurangannya,dan hadirnya lelaki itu untuk melengkapkan wanita itu.Lelaki itu adalah pemimpin bagi wanita,bukan wanita yang memimpin lelaki..Takkan awak tak paham..ini soal masa depan saya..saya berhak tentukan apa yang terbaik untuk diri saya..Tolong jangan memaksa dan mendesak hati saya..Ini keputusan saya dan tolong hormati!”Telefon di matikan.Marhamah menangis di peraduannya.Rasa bersalah,sedih,marah,benci dan sayang menyelubungi dirinya.

            “Akak..akak?Napa senyap je ni?Umi tanya tu..”Mardhiah mengoncang tubuh kakaknya.Marhamah terkejut.Dia berangan lagi.

            “Err..apa dia umi?Maaf Mah tak dengar tadi..”Marhamah bangun dan duduk di sisi uminya.

            “Kamu ni..umi membebel dari tadi rupanya dengan kusyen ni..Kamu tu dah nak masuk 25 tahun,elok sudah berkahwin..Dah ada kerjaya tetap..apa yang kamu tunggu lagi?Ke kamu ada calon lain?”Soal Pn. Salwa menduga.Marhamah terkesima.

            “Tak adalah umi,Mah belum ada sesiapa lah..Baiklah umi,Mah setuju dengan pilihan umi dan abah..Kalau umi suka,Mah pun suka..emh,bila mereka nak datang lagi?”Soal Marhamah lagi.Mardhiah dan Madiha berpandangan.Begitu mudah Marhamah membuat keputusan untuk bertunang.Sedangkan mereka tidak pernah berjumpa apatah lagi mengenali antara satu sama lain.

            “Alhamdulillah..lepas satu bebanan umi..Umi gembira sangat dengan keputusan Mah..Bila lah agaknya abah nak balik ni?Umi dah tak sabar nak beritahu berita baik ni..Mesti abah gembira mendengarnya..”jawab Pn. Salwa.Wajahnya penuh berseri-seri.Madiha  juga nampak ceria dengan keputusan Marhamah.Memang itu suatu berita yang menggembirakan!Semoga berbahagia,kak!Mardhiah berdoa dalam hati.

23 February, 2011

Manisnya sebuah kejayaan..

Hari yang gembira buatku.Mataku masih merenung slip keputusan ku..Antara percaya atau tidak..Aku mengucap syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana telah memberi aku peluang untuk mengecapi kenikmatan sebuah kejayaan..Namun aku cuba mengawal kegembiraan yang ada di hatiku kerana masih ada insan yang berduka cita dengan keputusan mereka..Begitu juga wajah segelintir guru-guru yang terpaksa menjawab dengan pengetua apabila pencapaian subjek yang mereka ajar merosot.Aku begitu sedih melihat keadaan yang berlaku..Tapi apakan daya,aku cuma mohon supaya mereka ini diberi ketabahan dan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi ujian yang datang.

Melihat kegembiraan ibu dan ayahku membahagiakan diriku.Air mata ibu mengalir kegembiraan dengan kejayaan anak perempuannya ini.Aku berjaya menebus kembali kegagalan dahulu dengan sebuah kejayaan.Alhamdulillah..Aku sungguh gembira.Adik-adikku yang jauh menelefonku mengucapkan tahniah.Saudara mara dan sahabat handai juga saling bertanya.Kini aku tidak rasa malu lagi dengan keputusanku.Aku semakin yakin menghadapi orang di sekelilingku.Semangatku membuak-buak untuk meneruskan kehidupan.Debaran dan penantian seolah-olah satu mimpi ngeri yang membawaku ke alam realiti yang menggembirakan.

Tapi aku tak boleh lalai dan leka.Jika tidak kenikmatan yang kuterima mungkin akan ditarik balik.Aku redha dengan perjalanan hidupku.Aku cuma mengharapkan yang terbaik dalam kehidupanku.Aku akan melangkah ke hadapan tanpa menoleh ke belakang.Semuanya untuk menggapai cita-cita yang hampir terkubur dulu.Dikesempatan ini aku ingin bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang telah membantuku secara langsung dan tidak langsung.Terutama guru-guru dan keluargaku tercinta.Kawan-kawan yang sentiasa memberi inspirasi dan menjadi inspirasiku terima kasih juga.Buat sahabat-sahabat yang sedang bersedih..aku berkongsi kesedihan dengan kalian..Kita study bersama-sama..aku tak akan lupakan itu..aku sentiasa bersama kalian..